Perbualan telefon luar biasa antara Trump dan Ing-wen Jumaat lepas mengundang bantahan diplomatik terhadap AS pada hari berikutnya.
Perbualan tersebut adalah yang pertama sejak Presiden Jimmy Carter mengiktiraf dasar Satu China pada 1979.
Bakal Naib Presiden AS, Mike Pence cuba meredakan keadaan apabila menyatakan panggilan Ing-wen sebagai menghormati Trump dan bukan petanda AS mengubah dasarnya tentang China.
Namun, Trump, 70, yang sebelum ini berjanji akan melabel China sebagai pemanipulasi mata wang masih meneruskan retorik kerasnya kelmarin.
“Adakah China pernah bertanya kepada kita adakah baik untuk menurunkan mata wang yuan (mengakibatkan syarikat kita sukar bersaing), mengenakan cukai tinggi ke atas produk AS di negara mereka (AS tidak mengenakan cukai ke atas produk China) atau membina kompleks ketenteraan besar di tengah Laut China Selatan? Saya rasa tidak!” kata Trump.
China, Taiwan, Filipina, Vietnam, Malaysia dan Brunei menuntut sebahagian atau keseluruhan Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan bernilai beberapa trilion dolar setiap tahun.
China menyalahkan Taiwan berhubung panggilan telefon itu tetapi turut mengemukakan bantahan terhadap AS Sabtu lepas dengan menegaskan bahawa dasar Satu China perlu menjadi teras hubungan antara Beijing dan Washington. – Reuters
No comments:
Post a Comment