Sunday 4 December 2016

Strawberi Gaza berjaya tembusi pasaran Eropah



Strawberi Gaza dikhabarkan berjaya menembusi pasaran Eropah. 

Seorang petani bernama Amjad Barawi telah menekuni pertanian strawberi ini sejak beberapa tahun lalu di baldah Betlahia, utara Jalur Gaza. Dia melakukan segala usaha untuk memperbaiki kualiti strawberinya sesuai standard eksport.

"Kami sudah mula memetik hasil pertanian strawberi saat ini jauh lebih banyak dibanding tahun-tahun sebelumnya. 

"Penurunan ini kerana pencerobohan terakhir Israel yang menghancurkan kesuburan tanah pertanian," kata Barawi kepadaPalestinian Information Center (PIC), semalam.
 
Beliau berkata, "awal bulan Disember ini kami dibenarkan mengesksport hasil strawberi ini ke pasaran-pasaran Eropah sehingga menjadi pintu rezeki baru berbanding pasaran tempatan".

Sementara itu petani Jalur Gaza lain, Muhammad Rajab berkata, hasil tuaian strawberinya mencapai kira-kira dua hektar, cukup melimpah meski hujan terlambat, lapor portal Islampos

Dia menyatakan, tahun lalu tidak boleh mengeksport buah itu namun pada tahun ini boleh mengeksport.

Tanah strawberi di Jalur Gaza mencapai 245 hektar dan sebahagian besar hasilnya dieksport ke pasaran Eropah. Tapi pada tahun sebelumnya tanah itu mencapai 1,200 hektar lebih namun rosak oleh perang Israel. (Harakah)

No comments:

Post a Comment