Monday, 20 March 2017

Lebih banyak bank Islam perlu menawarkan penyelesaian teknologi kewangan


Imej yang berkaitan
KUALA LUMPUR, 21 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Lebih banyak bank Islam perlu tampil untuk menawarkan penyelesaian teknologi kewangan (FinTech) bagi membezakan Malaysia daripada negara lain di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, Malaysia berada pada laluan yang betul untuk menuju matlamat ini, diketuai oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Apabila Gabenor sekarang ini Datuk Ibrahim Muhammad mengambil alih jawatan, ucapan umum pertamanya pada Forum Kewangan Islam Global 5.0 pada Mei tahun lepas, menyebut mengenai perbankan digital.
“Beliau mengatakan bahawa FinTech mencabar status quo dalam industri kewangan, dan model perniagaan baharu akan muncul.
“Beliau juga berkata saluran penyampaian akan mencabar kebiasaan sedia ada, dan kos transaksi akan dikurangkan, dan bukan sekadar melihat FinTech sebagai sesuatu revolusi yang tidak disenangi. Sebaliknya institusi kewangan harus menerimanya sebagai satu peluang,” katanya.
Raja Teh Maimunah berkata demikian dalam program sembang 30 minit bertajuk, Gabungan Unik di Malaysia: Syarikat Permulaan, Bank-bank Kewangan Islam, pada  Persidangan Finnovasia selama dua hari bermula hari ini.
Beliau juga memberi penekanan bahawa Muhammad, dalam ucapan beliau turut menyebut bahawa antara 10 peratus dan 40 peratus daripada perolehan keseluruhan perbankan akan berdepan risiko menjelang 2025 disebabkan teknologi kewangan atau inovasi fintech.
Maybank, RHB dan CIMB adalah tiga bank di Malaysia yang melaksanakan FinTech dengan pantas, dan buat masa ini ia bekerjasama dengan syarikat berkaitan bagi meningkatkan penyelesaian digital untuk pelanggan mereka.
Raja Teh Maimunah berkata, walaupun arah alirannya menggalakkan, terdapat beberapa Bank Islam lebih kecil yang tidak menyedari bahawa penyelesaian digital merupakan satu-satunya cara untuk mereka berkembang.
Memandangkan bank-bank itu kecil dan muncul lewat dalam industri ini, bank tersebut tidak boleh maju secepat bank konvensional dari segi rangkaian cawangan dan sebagainya.
“FinTech adalah penyelesaian untuk ini. Malangnya dalam banyak contoh, Bank Islam di Malaysia bukannya bank-bank kendiri, tetapi merupakan anak-anak syarikat daripada bank konvensional dan kebanyakannya diterajui oleh bank konvensional,” katanya.
Bagi perkembangan industri tersebut dalam kalangan syarikat pesat membangun, beliau berkata usaha penggabungan bank-bank dan pembelian bank akan membolehkan bank-bank tersebut berkembang.
“Berdasarkan penyelidikan yang telah saya baca, kebanyakannya tidak bertahan melebihi 20 bulan, malah terdapat syarikat yang ditutup akibat kekurangan dana, walaupun mempunyai idea yang pintar,” kata Raja Teh Maimunah.
Beliau menyebut iflix, sebagai contoh, adalah syarikat perkhidmatan langganan video atas permintaan yang berpangkalan di Malaysia, memasuki ke pasaran sebanyak tiga kali untuk mengutip dana. – Bernama

Madinah Zaman Nabi adalah Negara Maju.


Madinah Zaman Nabi adalah Negara Maju
Hidayatullah.com–Negara Madinah yang dibangun oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam tahun 622 M, adalah sebuah negara maju; dalam arti negara itu merupakan negara ideal dalam perspektif peradaban Islam.  Hal itu disampaikan oleh Dr. Adian Husaini dalam acara Kajian Bulanan di Masjid Darut Tauhid Bandung, Ahad (19/03/2017).
Merujuk kepada QS 7:96, Adian menjelaskan bahwa negara ideal (negara maju) adalah “negara taqwa”, yakni negara yang masyarakatnya beriman dan bertaqwa. Negara seperti itulah yang akan mendapatkan kucuran berkah Allah dari langit dan bumi. “Jadi, konsep kemajuan suatu masyarakat atau suatu negara jangan hanya diukur dari aspek materi saja, seperti aspek pendapatan per kapita,” kata Adian di hadapan ratusan jamaah Darut Tauhid.
Merujuk kepada konsep kemajuan manusia yang digagas oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Adian menguraikan konsep kemajuan jiwa manusia. Secara hakiki, manusia yang maju, adalah manusia yang jiwanya mengalami proses pembersihan (tazkiyatun nafs). Jiwanya bersih dari berbagai penyakit jiwa, seperti sombong, dengki, malas, penakut, lemah, riya’, dan sebagainya.
“Lihatlah bagaimana al-Quran menjelaskan para orang tua yang bijak, seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ya’qub, Luqman al-Hakim, dan sebagainya dalam mendidik anaknya agar mereka menjadi manusia yang maju, dalam arti menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala,” kata Doktor Peradaban Islam dari ISTAC-IIUM tersebut.
Dalam kaitan konsep kemajuan itulah, menurut Adian, negara Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassallam dan para Khulafa al-Rasyidun adalah negara maju, yang bisa dijadikan sebagai negara model yang ideal.  Karena itu, Adian menyesalkan, mengapa dalam pelajaran di sekolah-sekolah pada umumnya, para pelajar muslim tidak dikenalkan dengan konsep ideal “negara Madinah”.
“Ahli manuskrip kuno, Prof. Hamidullah, menulis bahwa Piagam Madinah adalah the first written constitution in the world,” jelas Adian.
Bahkan, masyarakat Madinah ketika itu adalah masyarakat yang cinta ilmu, cinta pengorbanan, dan saling mengasihi satu sama lain. Karena itu tidak heran, dalam waktu singkat, Madinah menjelma menjadi pusat peradaban di dunia. Tahun 636 M, umat Islam sudah mampu merebut Kota Jerusalem dan membangun peradaban baru yang penuh toleransi.  Merujuk pada buku “Jerusalem” karya Karen Armstrong, Adian menyebut, Umar bin Khathab adalah pemimpin pertama yang memberikan toleransi beragama di Kota Jerusalem.  Pada tahun 711 M, umat Islam mulai membangun peradaban maju dan besar di Andalusia yang berlangsung sekitar 800 tahun.
Dalam Kajian yang berlangsung sekitar 2,5 jam itu, Adian mengimbau perlunya orang tua memiliki kepedulian terhadap pendidikan sejarah bagi anak-anaknya. “Orang-orang Barat saja sampai sekarang tetap membanggakan warisan intelektual Yunani dan para intelektual masa lalu mereka. Jangan sampai anak-anak muslim tidak paham sejarah, akhirnya mereka tidak bangga dengan khazanah sejarah mereka sendiri,” jelasnya.
Pada kesempatan itu Adian menekankan pentingnya menjadikan keluarga sebagai institusi pendidikan yang utama dalam membangun peradaban Islam di masa depan. Ironisnya,  mulai TK sampai Perguruan Tinggi, para pelajar tidak diberikan pendidikan bagaimana menjadi orang tua yang baik. Pemerintah pun tidak punya kementerian pemberdayaan keluarga.
“Yang ada sekarang kementerian pemberdayaan perempuan. Padahal,  sekarang makin banyak laki-laki yang tidak berdaya, yang juga perlu diberdayakan,” kata Adian, sambil ketawa, diiringi tawa jamaah.
Secara panjang lebar, Ketua Program Doktor Pendidikan Islam Universitas Ibn Khaldun Bogor itu kemudian menjelaskan bagaimana tanggung jawab dan kiat orang tua dalam mendidik anak-anak mereka. Ia mengimbau para pemuda yang belum menikah, agar memiliki ilmu bagaimana mendidik anak, sebelum menikah. “Orang tua wajib mendidik anak-anaknya, agar anak-anaknya bisa mendidik anak-anak mereka menjadi manusia yang lebih baik lagi. Dengan itu akan tercipta generasi Muslim yang makin tangguh dari masa ke masa,” paparnya. 

Sunday, 19 March 2017

Rumah Segera, Dibina Dalam 24 Jam. Lihat Ini..


MOSCOW, 20 Jamadilakhir 1438H, Ahad – Apis Cor, sebuah firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berjaya membina sebuah rumah seluas 400 kaki persegi dalam tempoh 24 jam.
Menurut laporan portal berita Metro, ia merupakan syarikat pertama yang berjaya membangunkan mesin pencetak 3D mudah alih, sekali gus membolehkan ia mencetak sebuah bangunan di lokasi yang dikehendaki.
Menurut syarikat itu, bahan-bahan yang digunakan boleh bertahan sekurang-kurangnya 175 tahun, dan hanya menelan kos sebanyak AS$10,134 (kira-kira RM44,969) – termasuk kos segala kelengkapan asas.
Rumah pertama Apis Cor berbentuk ibarat igloo masyarakat Eskimo di kawasan pedalaman Kutub Utara itu dibina di kota Rusia, Moscow.
Apis Cor menyatakan ini adalah kali pertama dalam amalan pembinaan di Rusia, cetakan dibuat sebagai sebuah rumah berbanding panel-panel yang dicetak terlebih dahulu sebelum dipasang kemudian.
Rumah itu menempatkan satu ruang terbuka, tandas, rumah tamu dan dapur yang kecil tetapi berfungsi penuh cekap.
Syarikat itu menyatakan, pihaknya yakin ini adalah langkah pertama untuk ke pasaran pembinaan masa depan, yang akan tertumpu kepada teknologi cetakan 3D. – Agensi
PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

 

Friday, 17 March 2017

Kelantan bantu usahawan berdikari


MINGGU Gerakan Usahawan Kelantan 2017 dianjurkan kerajaan negeri bagi memberi peluang usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk mereka.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata, usahawan tempatan berpeluang memasarkan produk pada program berkenaan.
Katanya mereka juga dapat meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran perniagaan.
"Gerakan Usahawan Kelantan dianjurkan bagi menyedia peluang dengan program lebih konfrenhensif kepada usahawan tempatan dapat bersaing dengan usahawan luar.
“Minggu gerakan usahawan dianjurkan sebagai satu platform bagi membolehkan peniaga mempromosi produk mereka,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.
Sebanyak 400 lot disediakan pada minggu usahawan tersebut yang mewakili pelbagai sektor.
Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 bermula 23 Mac sehingga 1 April 2017 bertempat di Pasar Seni Bazar Tok Guru, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena program berkenaan termasuk pasar seni, ekspo makanan halal Kelantan, karnival 'online' anak muda, laman sejahtera, jahitan kreatif dan seminar.
Orang ramai juga boleh mengikuti kelas memasak, pertunjukan magis, pertandingan PC Games, mini konsert Anak Muda Kelate, KB Buskers, cabaran chef cilik dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob  pada 23 Mac jam 11 pagi di Kelantan Trade Centre. – HARAKAHDAILY 16/3/2017

Thursday, 16 March 2017

H5N1: Pengusaha itik telur rugi RM200,000

 Dua kakitangan JPV melakukan operasi memusnahkan unggas di kawasan Kampung Kedondong yang disyaki terkena jangkitan H5N1 semalam.


PASIR MAS – Seorang pengusaha itik telur di Kampung Kedondong di sini kerugian lebih RM200,000 apabila ternakannya terpaksa dimusnahkan selepas disyaki terkena jangkitan selesema burung H5N1.
Pemilik ternakan tersebut, Mohd. Hakimi Azrol Mohd. Zaki, 20, berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaan kerana dia baru sahaja mengusahakan ternakan tersebut sejak dua minggu lalu.
Katanya, dia menternak kira-kira 7,000 ekor itik telur termasuk 2,000 yang baru dibeli daripada pembekal tempatan.
“Bagaimanapun, saya diberi pampasan RM10 untuk setiap ekor itik yang dimusnahkan atau dianggarkan kira-kira RM70,000.
“Sedikit sebanyak ini dapat meringankan beban sekali gus dapat digunakan selepas ini untuk merancang langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. (Kosmo)

Wednesday, 15 March 2017

Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum. Kisah Anak M'sia Di Sudan.


TUMPANG bangga kami membaca kisah inspirasi mengenai seorang anak Malaysia yang berjaya di Sudan ini.

Kehebatan jurutera yang merupakan bekas mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini membuktikan graduan keluaran universiti tempatan tidak kurang hebatnya.
Kisah lelaki bernama Tuan Haji Zuraimi Isa ini diceritakan oleh Masnira Ramli melalui laman Facebooknya.
“Dari padang pasir yang tandus bertukar ke ladang gandum yang subur!”
Ini adalah projek wakaf Al Rajhi Group di Sudan. Kendalian jurutera Malaysia.
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Siapa sangka projek WAKAF yang bakal menyumbangkan 80% hasil keuntungannya kepada negara-negara miskin di seluruh dunia ini mempercayai seorang jurutera Malaysia, Tuan Haji Zuraimi Isa sebagai Ketua Jabatan – Perkhidmatan Pengurusan Air yang terlibat dalam pembinaan rumah pam, pam pengairan, pembinaan terusan dan pivots.
Beliau ternyata sangat hebat mashaALLAH di dalam bidang kejuruteraan mekanikal apabila kepakarannya sudah dipercayai oleh 7 buah negara sepanjang 19 tahun beliau bertugas.
Namun projek ini lebih memberikan kepuasan lahiriah dan juga rohani apabila khabarnya ia merupakan projek wakaf, kepuasannya berbeza daripada projek mega lain yang pernah beliau terlibat.
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Apa yang berjaya membuatkan saya terlalu kagum adalah projek ini berjaya menukar sebuah padang pasir yang tandus di negara panas Sudan menjadi sebuah ladang gandum yang sangat subur dengan kepakaran teknologi kejuruteraan yang digunakan. Hebat mashaALLAH!
Bercerita tentang cabaran. Menurut beliau cabaran terbesar yang terpaksa di lalui adalah dalam mendapatkan alat ganti.
Kebanyakan projek wakaf ini berada di pedalaman padang pasir. Jarak terdekat dengan bandar utama adalah 400km.
Jadi beliau banyak melakukan modifikasi untuk menyiapkan sesuatu projek berdasarkan apa material yang terdapat di tapak projek.
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Anak Malaysia Tukar Padang Pasir Jadi Ladang Gandum
Semoga projek ini akan terus berkembang dan melibatkan banyak negara lain khususnya kepada negara-negara miskin di benua Afrika. Amin.
Jurutera hebat. Anak kelahiran negeri Kelantan, Tuan Haji Zuraimi Isa adalah keluaran universiti tempatan. Universiti Teknologi MARA. Syabas Tuan. Semoga terus memberikan insprasi kepada anak-anak muda yang meminati bidang kejuruteraan mekanikal.
Nasihat Tuan Hj. Zuraimi Isa untuk generasi akan datang.
Prinsip utama adalah kejujuran dan ikhlas. Jujur dalam bekerja, jujur dalam berkawan dan juga jujur dalam kehidupan. Bila kita jujur dalam bekerja, tidak menipu walaupun kadang-kadang kita di pihak yang sedikit, ALLAH swt akan bukakan jalan untuk kita.
Sepanjang dalam kerjaya saya, saya tidak pernah meminta untuk dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji.
Tetapi dengan kejujuran dan keikhlasan dalam melaksanakan kerja, kenaikan pangkat dan gaji itu datang sendiri.
Saya tidak pandai membodek, dan saya terkenal di kalangan rakan sekerja sebagai seorang yang tegas dan garang. Tetapi itulah resepi saya dalam menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.
Kadang-kadang saya juga meragui kemampuan saya sendiri, tetapi saya tidak pernah berundur. Saya sahut cabaran itu dan buktikan saya mampu lakukan!
Bukan senang untuk membina keyakinan orang asing terhadap kita sebagai orang Asia. Tetapi, Alhamdulillah kebanyakan warga asing sama ada dari Eropah atau benua lain amat menghormati saya. – MYNEWSHUB.CC


Tuesday, 14 March 2017

April 24 kafe bawah tanah












 
IDZANY menunjukkan menu signatur yang terdapat di kafe April 24, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

MALAYSIA merupakan sebuah negara unik kerana dikurniakan kepelbagaian budaya, etnik dan agama. Selain itu, negara yang cukup bertuah ini, kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan Barat.
Justeru, tidak hairanlah jika pelancong menyifatkan Malaysia sebagai syurga makanan.
Kepada mereka yang gemar makan dan tidak tahu di mana lokasi menarik untuk mengisi perut boleh mengunjungi kafe April 24.
Terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor, kafe itu menampilkan hidangan berkonsepkan gabungan makanan (fusion) Asia dan Barat. Ia bagi memberi lebih banyak pilihan dan memenuhi cita rasa masyarakat tempatan.
Pemiliknya, Idzany Nasser, 31, atau lebih mesra disapa Nini berkata, April 24 mula beroperasi sejak Oktober 2015. Uniknya kafe itu beroperasi di ruangan bawah tanah, tidak sama seperti premis perniagaan yang beroperasi berdekatan dengannya.
“Kafe ini agak berbeza kerana lokasinya di ruangan bawah tanah. Selepas diubah suai menjadi sebuah kafe, ruangan makanan, penyediaan minuman, dapur, kaunter pembayaran dan tandas telah ditempatkan di dalam kafe ini,” kongsinya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya, para pelanggan boleh membuat pesanan menu ala carte di kafe itu kerana terdapat hampir 90 jenis hidangan makanan dan 53 pilihan minuman disediakan.
“Antara menu makanan yang menjadi pilihan di sini ialah nasi putih ayam masak mentega bersama susu, nasi goreng ketam kulit lembut, mi raja ayam pandan dan gegelang bawang goreng (onion ring).

GEGELANG bawang goreng atau onion ring ini antara juadah pembuka selera di kafe April 24.

Tempahan awal
“Bagi mereka yang gemarkan pasta, antara menu yang harus dicuba ialah pasta ala marinara dengan ayam, spageti bolognese dan pasta olive garlic seafood,” ujarnya.
Jelas anak jati Kuala Lumpur itu, kafe itu boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa dan menyediakan tempat yang selesa untuk pelanggan menikmati juadah serta bersantai bersama rakan mahupun keluarga tercinta.
“Begitupun, saya menyarankan kepada pelanggan untuk membuat tempahan meja awal terutamanya pada hujung minggu bagi kemudahan kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai harga makanan, Idzany memberitahu, harga hidangan makanan yang ditawarkan adalah serendah RM8. Manakala, menu makanan paling mahal iaitu supreme grill (ayam panggang bersama kentang putar, ayam Turki, kambing panggang, kepak ayam dan sosej berbeku) pula berharga RM70.
Di samping itu, kafe April 24 turut menghidangkan minuman yang mampu menghilangkan dahaga seperti mango lassi, chocolate milkshake dan honey melon.
Tidak ketinggalan makanan pembuka selera iaitu sup cendawan dan kentang goreng keju.
Sebagai pelengkap hidangan, turut disediakan aneka pilihan menu pencuci mulut seperti kek keju Nutella, kek red velvet dan pavlova.
“Biarpun agak jauh dari ibu kota, saya optimis, apa yang ditawarkan di sini dapat menarik hati pelanggan untuk bertamu di kafe kami,” tuturnya. (Kosmo!)