Monday, 6 November 2017

Rezeki Musim Tengkujuh, Jual Ubi Kayu..

 WARGA emas, Rahimah Yaakob, 60 (kiri, baju pink) mengambil peluang pada musim tengkujuh ini dengan menjual ubi kayu dengan harga RM2 satu kilogram (kg) di tepi jalan hadapan kedai kopinya di Kampung Bendang Luas. Foto Nik Abdullah Nik Omar


TUMPAT: Musim tengkujuh yang sudah bermula di negeri ini memberikan pendapatan lumayan kepada seorang warga emas yang menjual ubi kayu.
Setiap hari, Rahimah Yaacob, 60, mampu mendapat pulangan mencecah RM250 hasil daripada jualan ubi kayu yang dilonggok di hadapan kedai kopinya di Kampung Bendang Luas di sini.
Perniagaannya mendapat sambutan daripada orang ramai singgah untuk membeli ubi kayu sejak seminggu lalu dengan harga RM2 satu kilogram (kg).
Rahimah berkata, ubi kayu itu digali di kebunnya seluas 0.2 hektar dan dia mengupah orang kampung untuk menggali sebelum dilonggokkan di tepi jalan.
"Memandangkan musim tengkujuh sudah tiba, ramai pembeli datang dan ada yang membeli dalam kuantiti mencecah 30 kilogram (kg), malah bagi pembuat kuih yang berasaskan ubi kayu, boleh dikatakan setiap hari mereka akan datang membeli ubi kayu di sini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
 
Selain ubi kayu, dia turut menjual putu halba yang sangat popular di negeri ini setiap kali tiba musim tengkujuh yang menggunakan ubi kayu sebagai bahan asas.
Setiap petang, beliau dan anaknya, Norma Ibrahim, 35, akan memulakan perniagaan putu halba yang dijual dengan harga RM1 dua biji. (BH)


Sunday, 5 November 2017

Turki Bakal Hasilkan Kereta Tempatan Menjelang 2021




ISTANBUL – Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor agensi berita TurkiAnadolu (AA).
Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri, Binali Yildirim dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu.
Lima syarikat tersebut ialah – Anadolu Group, BMC, Kiraca Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.
Erdogan, mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan, atas usaha sama yang terjalin dan berjanji akan menyokong penuh usaha itu.
Beliau berharap prototaip pertama kereta buatan tempatan itu dapat disiapkan pada 2019 dan jualan bermula pada 2021.
“Kita akan menghasilkan kereta tempatan Turki yang pertama, dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia,” katanya.
Menurut Erdogan, adalah memalukan kerana Turki berada di belakang dalam industri pembuatan kereta, sedangkan pada tahun lepas sahaja lebih 750,000 kereta telah terjual.
Turki pernah menghasilkan kereta tempatan pada 1961, yang dipanggil Devrim (Revolusi), namun projek itu gagal. – BERNAMA

giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.


Friday, 3 November 2017

Polis S'pura siasat peranan Goldman Sachs dalam urusniaga 1MDB


Pendakwa dan polis Singapura meneliti hubungan Goldman Sachs Group dengan dana pelaburan negara yang dilanda skandal, 1MDB, lapor Bloomberg yang memetik sumber.

Unit jenayah ekonomi Singapura dan pendakwa raya telah menemuramah eksekutif dan bekas eksekutif Goldman Sach yang terlibat dalam penjualan bon oleh 1MDB, lapor Bloomberg.

1MDB yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadapi siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dalam dakwaan berkenaan.

Jurucakap Goldman Sachs di Hong Kong enggan mengulas lanjut.
Manakala pegawai polis Singapura dan 1MDB tidak dapat dihubungi untuk memberi komen segera.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum ini melarang dua individu terlibat dalam pelanggaran berkaitan dana 1MDB daripada mengambil bahagian dalam pengurusan khidmat kewangan dan aktiviti nasihat.

Pada Mac lalu, MAS mengeluarkan perintah larangan 10 tahun terhadap Tim Leissner, bekas pengerusi Asia Tenggara di Goldman Sachs, yang dikatakan telah membuat kenyataan palsu bagi pihak banknya tanpa pengetahuan atau persetujuannya.

Leissner bertanggungjawab menguruskan hubungan dengan 1MDB apabila Goldman Sachs terlibat mengatur tiga bon yang dikeluarkan dari tahun 2012 hingga 2013.

MAS telah menyatakan hasratnya untuk mengharamkan Leissner Disember lalu. (TKO)

Thursday, 2 November 2017

Bajet 2018 dan poket anak muda.


TAHNIAH diucapkan kepada Jabatan Profesional Muda PAS yang telah menganjurkan diskusi Bajet 2018 secara kreatif, melalui program Teh Tarik For Malaysia (TTFM) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dengan kehadiran hampir 50 orang pengunjung dan turut diikuti oleh 15,000 penonton secara langsung melalui Facebook, ternyata pendekatan yang lebih santai ini berjaya menarik minat anak muda bagi menyuarakan pandangan terhadap isu ekonomi negara dan bebanan sara hidup yang ditanggung mereka.
Terdahulu panelis membicarakan tentang kedudukan bajet dalam ekonomi negara, dan kaitannya terhadap kehidupan rakyat dan anak muda. Secara ringkas, bajet merupakan sebuah perancangan yang menggariskan punca pendapatan dan aliran perbelanjaan dalam tempoh setahun, bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Justeru, proses merangka belanjawan ini bukannya terhenti di peringkat kerajaan, malah anak muda sebagai individu dan ketua keluarga turut disarankan untuk menyediakan belanjawan peribadi sebagai langkah mengurus kewangan dengan lebih bijak.
Secara spesifik, diskusi TTFM Bajet 2018 melihat belanjawan ini adalah ‘mesra anak muda’ dalam aspek keusahawanan dan latihan kemahiran, tetapi ‘tidak mesra anak muda’ dalam aspek kos sara hidup dan peningkatan pendapatan.
Pelbagai insentif keusahawanan wajar dimanfaatkan oleh golongan belia, meliputi bantuan modal, gran perniagaan dan bimbingan keusahawanan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti MARA, MDEC, TEKUN, PUNB, dan Amanah Ikhtiar.
Namun, kerajaan disarankan agar mempermudahkan proses memohon bantuan keusahawanan, antaranya dengan tidak lagi perlu mengisi borang secara manual, dan yang paling penting, tidak perlu dipolitikkan seperti perlu mendapatkan sokongan Ahli Parlimen BN di dalam borang permohonan.
Selain itu, para belia disarankan untuk memanfaatkan segala bantuan yang disediakan dalam aspek latihan dan kemahiran, khususnya dalam bidang TVET, ekonomi digital dan revolusi industri 4.0.
Dalam suasana kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, para graduan wajar mengambil peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah melalui peruntukan MyBrain. Di samping itu, golongan belia bandar dan luar bandar disarankan untuk mengikuti pelbagai program latihan kemahiran di bawah KBS, MDEC, MARA, dan SME Corp, sebagai usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan dan taraf kehidupan generasi muda.
Manakala dalam aspek kos sara hidup dan peningkatan pendapatan, Bajet 2018 dilihat ‘tidak mesra anak muda’, khususnya kesan daripada pelaksanaan GST yang menyumbangkan kepada kenaikan harga barang, di samping kesukaran golongan muda untuk memiliki rumah dan peluang pekerjaan yang terhad.
Selain itu, Bajet 2018 dilihat terlalu menumpukan aspek pembangunan material, sehingga mengabaikan aspek pembangunan akhlak dan kemanusian bagi mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi cabaran sosial dan teknologi digital yang semakin moden. Kecanduan remaja terhadap gajet semakin menghakis nilai kemanusiaan di dalam interaksi sosial, malah mendedahkan mereka terhadap pelbagai budaya negatif yang perlu dikawal dengan penerapan nilai agama dan akhlak yang mulia.
Di penghujung diskusi tersebut, terdapat lima agenda bertindak yang disarankan terhadap generasi muda dan kerajaan dalam konteks Bajet 2018.
Pertama, pendapatan yang diperolehi oleh individu dan kerajaan mestilah daripada sumber yang halal dan diberkati, tanpa ada unsur rasuah, salahguna kuasa dan perkara yang diharamkan agama.
Kedua, perbelanjaan mestilah terhadap perkara yang perlu dan mampu, bukannya berbelanja dengan boros dan menjerumuskan diri ke lembah hutang, sebagaimana kerajaan yang kini menanggung hutang mencecah 55% kepada KDNK.
Ketiga, simpanan perlu ditetapkan pada kadar minima 10% daripada pendapatan, bagi menghadapi sebarang musibah serta mempersiapkan diri, keluarga dan negara terhadap keperluan di masa hadapan.
Keempat, aspek pembiayaan peribadi perlu beralih kepada instrumen perbankan Islam, meliputi aspek simpanan, pembiayaan, takaful dan pelaburan. Aspek ini juga juga perlu diutamakan oleh kerajaan, yang masih lagi menanggung unsur riba’ dalam pinjaman dan bon kerajaan.
Kelima, kebijaksanaan pemimpin dalam mengurus kewangan. Tanpa mengira samada ketua keluarga mahupun kerajaan, inilah kunci kejayaan sebuah pengurusan kewangan yang baik demi kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan.
Di atas noktah inilah, diskusi mengambil kesimpulan terhadap kaitan Bajet 2018 dan poket anak muda, seterusnya menyarankan agar generasi muda memilih pemimpin yang adil dan berkebajikan bagi mengurus ekonomi negara. – HARAKAHDAILY 2/11/2017
Penulis adalah Pengarah Strategi DPPM dan panelis diskusi TTFM Bajet 2018.

Nasi Campur Udang Galah 2 Pinggan RM100, Patut!


INILAH gambar beserta resit yang dimuat naik seorang wanita mendakwa dikenakan harga RM100 oleh peniaga nasi campur di Leban Chondong, Rompin sehingga menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.


KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu tidak melakukan kesalahan.
Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati caj yang dikenakan berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga dipamerkan pada bahagian hadapan kedai.
“Siasatan mendapati gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor bersama lauk termasuk sayur dan sotong.
“Harga udang galah telah dinyatakan mengikut gred A, B dan C iaitu antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan,” katanya di sini semalam.
Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai agar bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan untuk mengelakkan kekeliruan. (Kosmo!)

Wednesday, 1 November 2017

Jom Rasa Makan Daging Kanguru!



Sebelum beli lihat dulu tanda halalnya..

SETELAH pemberitahuan saya mengenai kerja di Australia, informasi baru mengenai peluang kerja di sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia, yang kebetulan saya paparkan gambar kanguru.. Kawan saya telefon berseloroh..

"Hang tak tau ka, la ni Australia pun tak suka binatang kanguru? Kangaroo dikenali sebagai haiwan endemik dari Australia. Walau bagaimanapun, kewujudan mamalia ini sebenarnya dianggap ancaman.

"Kini Australia diminta untuk memburu lebih kerap dan menggunakan daging kanggaru. Oleh itu Australia dianggap menindas penduduk haiwan marsupial." Kata kawan saya itu.

Memang betul, dilihat dari laman ABC News, Selasa 12/9) lalu, menurut rekod kerajaan Australia sejak tahun 2016 sehingga kini penduduk penduduk haiwan marsupial 45 juta kepala. Hampir dua kali ganda manusia penduduk Australia. 

Manakala enam tahun lebih awal, jumlah penduduk kanggaru kira-kira 27 juta ekor. Diduga bahawa kenaikan itu disebabkan oleh faktor semula jadi, iaitu berimbas curah hujan yang tinggi berupaya menyediakan makanan untuk kanguru. 

Hasil carian imej untuk kanguru
Imej yang berkaitan
Foto: iStock

Profesor David Paton dari University of Adelaide meminta orang Australia tidak teragak-agak untuk makan daging kanggaru. Ia tidak sia-sia jika jika kanguru adalah sasaran.

"Sekiranya kita mahu menyingkirkan haiwan ini, ia mesti dilakukan secara kemanusiaan, tetapi kita juga perlu memikirkan apa yang akan kita lakukan seterusnya jika kita membunuh kangaroo. Kita tidak boleh membiarkan mayat mereka rosak dalam sangkar atau penangkapan," kata Paton.

Saya pula bersetuju..

"Bagaimana kalau penduduk-penduduk Islam atau badan dakwah di Australia cuba cari jalan mengagih daging kanguru tersebut kepada orang-orang miskin di Australia atau di luar negara?" Saya beri pandangan.

"Nanti saya fikirkan dan berbincang dengan kawan-kawan dari persatuan di sini!" Katanya, apalagi kerana dia warga Australia. 


Imbas sedikit dari sudut Syari'ah Islam, 
bolehkah orang Islam makan daging kanguru?

Daging kanguru dijual di Australia. Terdapat diproses sebagai steak untuk sosej. Dilaporkan daging kanguru rendah lemak dan protein tinggi. Bagaimana hukumnya dalam Islam?

Dalam laman halalmui.org (10/08) disebutkan bahawa setakat ini tidak ada nash Al-Qur'an maupun As-Sunnah atau Al-Hadis yang menjelaskan secara khusus tentang undang-undang pengambilan daging kanggaru. Kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW binatang itu tidak diketahui dan tidak ada dalam bahasa Arab.


Berkaitan dengan itu, dapat dilihat sisi halal peraturan umum. Jika kanguru termasuk kategori haiwan herbivor (pemakan tumbuhan), bukan karnivor (pemakan daging), tidak termasuk binatang buas, tidak bertaring, tidak mencengkam, tidak memangsa, tidak memakan bangkai, tidak menjijikkan, dan tidak ada faktor atau unsur penyebab haram, maka hukumnya halal digunakan.

Sementara nash-nash yang menjelaskan keharaman haiwan dalam Al-Qur'an diantaranya ada dalam ayat ini: 
  • "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tecekik, yang dipukul, yang terjatuh, dan binatang itu menyerang, kecuali kamu menyembelihnya. " (A.S. Al-Maidah [5]: 3).
  • Sedangkan dari Hadis Nabi Muhammad SAW: Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda, "Setiap binatang buas yang bertaring, maka memakannya adalah haram." (Muslim).
  • Dari Ibnu 'Abbas, beliau berkata, "Rasulullah saw melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring, dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam." (Muslim).
  • "Rasulullah saw dilarang memakan hewan dan susu jalalah yang dihasilkan darinya." (Abu Dawud, dan At-Tirmidhi). Haiwan jalalah sendiri yang menjijikkan haiwan untuk makan kotoran.
Menurut laman halalmui.org, peruntukan yang lebih rojih (kuat) mengenai status undang-undang pengambilan daging kanguru akan dibincangkan secara menyeluruh oleh Suruhanjaya Fatwa MUI (Indonesia). Kerana itu perlu maklumat dan pengesahan yang lebih tepat dari pakar atau ahli binatang ini. Terutama berkaitan dengan haiwan yang jatuh ke dalam kategori kanguru. 

Sekian secara ringkas.

IBNU HASYIM
KL:22/10/17

Sila hubungi..
018 2018342 (Muaz) atau 
011 33111321 (IbnuHasyim)
Klik juga..
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..

giant-hypermarket


Sekiranya anda berpendapat pasaraya yang berjaya menjadi pilihan pengguna setempat sejak sekian lama kalis daripada sebarang masalah anda mungkin silap. Terbaru, sebanyak lima pasaraya Giant bakal ditutup secara serentak seawal minggu hadapan.
Lima pasaraya Giant yang terlibat adalah Giant cawangan Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama. Masing-masing bakal ditutup secara serentak pada 5 November 2017 ini.
Berdasarkan laporan, GCH Retail yang turut memegang hak perniagaan bagi Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall mengatakan syarikat mereka bersedia untuk membuat perubahan bagi pelan modal bisnes mereka sesuai dengan kehendak pengguna.
Dalam pada itu, Giant cawangan Bercham, Perak bakal diperluaskan bagi menawarkan lebih banyak pilihan dan barangan kepada penduduk setempat. GCH Retail juga dalam masa yang sama sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai konsep terbaru daripada Cold Storage di KLCC.

Diharap keputusan yang dibuat ini bukanlah petanda ekonomi negara sedang tenat dan sekadar stategi bagi memantapkan bisnes syarikat yang berpengaruh dalam industri peruncitan ini. (Thesundaily)


IKLAN:
giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..

Ini Solosi pekerjanya!


Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.