Thursday 2 November 2017

Nasi Campur Udang Galah 2 Pinggan RM100, Patut!


INILAH gambar beserta resit yang dimuat naik seorang wanita mendakwa dikenakan harga RM100 oleh peniaga nasi campur di Leban Chondong, Rompin sehingga menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.


KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu tidak melakukan kesalahan.
Pengarahnya, Sharuddin Jali berkata, siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati caj yang dikenakan berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga dipamerkan pada bahagian hadapan kedai.
“Siasatan mendapati gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor bersama lauk termasuk sayur dan sotong.
“Harga udang galah telah dinyatakan mengikut gred A, B dan C iaitu antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan,” katanya di sini semalam.
Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai agar bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan untuk mengelakkan kekeliruan. (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment