Pengurusan kewangan yang lemah antara punca kegagalan usahawan Bumiputera. - Gambar hiasan
TAWAU - Kira-kira 91 peratus usahawan Bumiputera di negeri ini yang gagal dalam perniagaan berpunca daripada kelemahan pengurusan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.
Katanya, peratusan hasil kajian yang telah dijalankan terhadap usahawan Bumiputera baru-baru ini melibatkan pelbagai bidang perniagaan dengan 43 peratus daripada jumlah itu melibatkan kelemahan pengurusan kewangan.
"Kelemahan pengurusan melibatkan sama ada kelemahan mentadbir, masalah interpersonal, kecuaian dan penipuan manakala kelemahan pengurusan kewangan meliputi komponen lemah dalam penyediaan akaun," katanya.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kursus Pemprosesan Fish Ball dan Chinese Food anjuran Sedcovest Holdings Sdn. Bhd. di sini hari ini.
Katanya, kelemahan dalam mengurus perniagaan adalah isu kritikal dan tiada erti jika mendapat pelbagai sokongan dan bantuan kerajaan atau pinjaman serta bantuan kewangan jika tidak menguasai kemampuan mengurus perniagaan secara cekap. - Bernama
No comments:
Post a Comment