Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah berkata, guru berusia 51 tahun itu menyedari ditipu selepas membuat tiga transaksi dari 16 hingga 24 November lalu.
"Mangsa menerima mesej pesanan ringkas yang memberitahu dia mempunyai hutang sebanyak RM3,375 dengan sebuah bank.
"Mangsa kemudiannya menghubungi semula nombor itu dan dijawab seorang lelaki daripada bank berkenaan di ibu negara," katanya ketika sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Menurutnya, lelaki itu memberitahu ada pihak menggunakan nama mangsa untuk membuat pinjaman bank.
Tambahnya, mangsa diarahkan menghubungi Bank Negara melalui nombor telefon yang diberikan lelaki itu. - K! ONLINE