Thursday, 9 November 2017

Minyak Naik Lagi, Anjing-anjing Gua Menyalak Terus.





Harga minyak bagi minggu ini mencatatkan kenaikan. Dan seperti biasalah, setiap kali berlaku kenaikan walaupun setengah sen, para haters akan mengecam dan mula memperlihatkan seolah-olah kehidupan mereka telah terjejas teruk. Dunia seolah-olah sudah terbalik dengan kesan kenaikan minyak. Kadar inflasi telah mengosongkan dompet dan akaun bank mereka. Malah lebih teruk lagi, ada pula yang menggambarkan kenaikan harga minyak telah menyebabkan syarikat tempat mereka bekerja, muflis dan mereka sekarang menjadi penganggur.

Anehnya, gaya hidup golongan haters dan banyak komplen itu tidak berubah sedikit pun. Mereka masih lagi berjoli dan berfoya-foya. Mereka masih lagi berasa selamat dengan sumber dan keadaan kewangan mereka walaupun di media-media sosial, mereka mengatakan mereka memperjuangkan nasib orang di kampung.

Harga minyak di negara ini diapungkan mengikut harga semasa secara mingguan. Harga minyak dunia menyaksikan trend menaik sekaligus menyebabkan harga dalam negara juga meningkat.

Bagaimanapun, haters yang selama ini cukup cakna dengan perkembangan dunia terutama sekali yang membabitkan isu-isu 1MDB, apabila membabitkan harga minyak, tiba-tiba sahaja mereka bertukar menjadi orang yang paling tidak tahu apa-apa. Mereka seolah-olah diserkup tempurung besi dan terpisah daripada dunia luar.

Apa yang berlaku di Arab Saudi memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia. Berita-berita media antarabangsa yang selama ini sering menjadi rujukan haters, turut memaparkan peningkatan harga minyak dunia semasa ekoran krisis yang berlaku di Arab Saudi.

Arab Saudi merupakan negara pengeluar petroleum terbesar dunia.
Antara hujah yang paling biasa diberikan untuk menghalalkan kemarahan mereka ialah harga barang. Kenaikan harga minyak akan menyebabkan harga barang naik. Oleh sebab itulah, kerajaan perlu mengekang kenaikan harga minyak bagi mengelakkan kenaikan harga barang.

Masalahnya ialah, di Malaysia harga barang tidak bersandarkan kepada kenaikan harga minyak. Memang benar, para orang tengah dan pemborong akan menggunakan alasan harga minyak untuk memaksimakan keuntungan tetapi ketika harga minyak turun, harga barang tidak ikut turun, bahkan beberapa barangan lain khususnya barangan pengguna melibatkan makanan, terus meningkat.

Hairannya, ke mana kebijaksanaan mereka semua yang dalam kes 1MDB, mereka akan merujuk kepada pelbagai saluran media antarabangsa? Mereka akan memberikan hujah-hujah bersandarkan apa yang ditulis oleh media-media antarabangsa, tetapi dalam isu kenaikan harga minyak mereka hanya berhujah bersandarkan kepada apa yang mereka nampak semata-mata? (Semberono.com)

Jualan burkini lonjak 10 X ganda sejak larangan di Perancis -Pereka.



KUALA LUMPUR: Wanita yang mencipta burkini berkata, jualannya mencatat peningkatan 10 kali ganda sejak Perancis melarang pemakaian baju renang menutup aurat itu dan fesyen rekaannya membuka lembaran baru untuk wanita Islam bersukan.

Pereka fesyen, Aheda Zanetti berkata, ribuan wanita di Eropah – kebanyakannya bukan Islam membeli burkini ciptaannya untuk menutup aurat ketika ke pantai, manakala wanita Islam pula memakai burkini untuk bersukan secara bebas.

“Orang di Perancis (yang melarang burkini) sudah membantu perniagaan saya dan wanita yang fikir mereka tidak boleh membeli baju renang seperti ini,” kata pereka kelahiran Lubnan yang menetap di Australia lebih 40 tahun.

Zanetti berkata, ciptaannya berjaya menggalakkan lebih ramai wanita Islam menyertai sukan kerana ia memberi mereka keyakinan untuk bersukan secara sederhana, sejajar tuntutan agama.

“Semuanya mengenai hak wanita dan pilihan,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters.

Burkini – singkatan bahasa bagi burqa dan bikini ialah baju renang longgar dan menutup aurat, kecuali muka, tangan dan kaki.

Berpuluh bandar di Perancis menguatkuasakan larangan itu sejak Ogos 2016 dengan alasan burkini melanggar undang-undang sekularisme negara berkenaan.

Sebuah mahkamah bagaimanapun menggantung larangan itu dengan berkata, burkini tidak membawa sebarang ancaman kepada ketenteraman awam.
Larangan itu dikuatkuasakan susulan satu siri serangan maut oleh pengganas di Perancis, tetapi ia turut menimbulkan persoalan mengenai tempat yang mempunyai populasi ramai umat Islam dan Arab dalam masyarakatnya.

Ramai ahli politik konservatif dan sayap kanan menyokong larangan itu, tetapi ia mendapat tentangan aktivis kebebasan awam, wanita dan Islam. Perpecahan itu diburukkan lagi dengan rakaman polis menguatkuasakan larangan itu ke atas wanita yang sedang bersantai di pantai dipenuhi pengunjung di Nice.

Zanetti, seorang bekas pendandan rambut, mencipta baju renang itu pada 2004 bagi membolehkan wanita Islam menyertai aktiviti air dan sukan lain dengan menutup aurat mereka.

Beliau berkata, jualannya melonjak daripada purata 200 helai sebulan kepada 2,000 helai sejak larangan itu dikuatkuasakan, dengan kebanyakan tempahan datang dari Eropah.

Katanya, 40% tempahan daripada orang bukan Islam, sama ada bekas penghidap kanser, ibu yang prihatin dengan bentuk badan mereka dan wanita yang mehu melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Pasaran Islam

Zanetti yang ciptaannya turut meliputi tudung olahraga dikenali sebagai “hijood”, bukan sekadar pereka fesyen yang bersaing untuk merebut peluang dalam pasaran pakaian Islam menguntungkan.

Nike menjadi jenama pakaian sukan pertama yang memasuki pasaran itu dengan pelancaran tudung untuk atlet wanita Islam, Mac lalu.

Jenama pakaian wanita berpangkalan di London, Aab dan rantaian pakaian Jepun, Uniqlo turut membuat rekaan untuk pasaran sederhana itu.

DKNY, Mango, Tommy Hilfiger dan Zara juga mempunyai koleksi “Ramadan”, manakala Dolce & Gabbana mereka satu siri tudung.

Ulama Islam konservatif menganggap sukan untuk wanita Islam sebagai kurang sopan, tetapi Zanetti berkata, persaingan itu memberi keyakinan wanita Islam boleh menikmati lebih banyak kebebasan.

“Mereka tidak akan melakukannya jika tidak yakin pasaran ini perlu berkembang – dan ia sedang berkembang.
“Wanita Islam mengambil bahagian dalam sukan semakin ramai,” katanya dalam kunjungan ke Malaysia baru-baru ini untuk sebuah pameran mengenai wanita Islam.

Zanetti memuji pembaharuan di Arab Saudi, tempat kelahiran Islam, dengan membenarkan wanita menyertai acara sukan mulai 2018 dan melantik ketua sukan wanita pertama di negara itu.

Penyertaan wanita dalam sukan menjadi isu di Arab Saudi, di mana wanita tidak boleh bersenam dengan lelaki dan tiada kemudahan sukan awam untuk wanita.

“Itu satu permulaan, itu hebat … pintu sedang dibuka.”

“Ada wanita di luar sana yang membina keyakinan, mempertahankan hak mereka. Masih ada ramai wanita yang perlu melakukannya, tetapi sekurang-kurangnya pintu sudah dibuka sekarang.” (TKO)

Wednesday, 8 November 2017

Myvi Baharu Dibuka Untuk Tempahan Esok




KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengumumkan tempahan Myvi serba baharu akan dibuka esok di kesemua pusat pameran syarikat automotif itu di seluruh negara.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, Myvi baharu itu berharga di antara RM44,300 hingga RM55,300 sebuah.

Beliau berkata, Myvi serba baharu melambangkan segala pendirian Perodua yang mengutamakan keselamatan dan ciri-ciri yang memudahkan pemanduan.

“Model ini dilengkapi enjin 1.3 liter dan 1.5 liter dan merupakan kenderaan cekap tenaga EEV.” Katanya. 
LOGO Myvi baharu yang dilancarkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh di Kuala Lumpur, hari ini. - UM


Beratur 3 Hari Untuk Beli IPhone X Dan Kemudian…




IPHONE X adalah telefon berspesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding iPhone 8 daripada syarikat gergasi teknologi, Apple.

Bermula minggu ini, telefon pintar ini telah ditawarkan di beberapa buah negara termasuk di negara jiran, Singapura.

Seperti pelancaran versi terdahulu, telefon pintar keluaran Apple sentiasa mendapat sambutan yang boleh dikatakan bak goreng pisang panas. Bukanlah perkara baru jika peminat tegar produk Apple ini sanggup bermalam atau beratur panjang di hadapan Apple Store seluruh dunia semata-mata untuk menunggu giliran membeli telefon pintar pintar berkenaan.

Bagaimaapun sejak semalam, rakaman video memaparkan orang ramai mula beratur panjang di hadapan Apple Store Singapura turut menjadi tular di media sosial.

Menariknya, seorang lelaki daripada ratusan peminat Apple yang ‘berkampung’ di situ merupakan warga Malaysia. Lelaki yang dikenali sebagai Hairi sewaktu ditemubual wartawan Todayonline memberitahu bahawa dia telah beratur selama tiga hari semata-mata mahu membeli iPhone X.

Mengakui penat kerana tidak cukup tidur, namun Hairi tetap bersyukur dan berpuas hati kerana dirinya dan isteri berjaya menjadi antara yang terawal memiliki telefon pintar keluaran Apple itu.

Sesetengah netizen memuji kecekalan lelaki dari Johor Bahru itu serta mengucapkan tahniah kerana berjaya memiliki peranti idaman selepas tiga hari berada di negara jiran itu.

Bagaimanapun menurut perkongsian netizen di laman sosial, Hairi membeli iPhone X bukan untuk dirinya dan isteri sebaliknya untuk djiual semula di Malaysia dengan kadar harga dua kali ganda daripada harga asal.



Hairi yang menggunakan akaun nama ‘Gua Shidan’ di laman Facebook menjual kembali dua set iPhone X versi 256GB itu pada harga RM9,888 seunit.

Boleh dikatakan RM9,888 itu merupakan satu jumlah harga yang sangat mahal untuk dihabiskan semata-mata untuk telefon pintar, membuatkan netizen memerli tindakan Hairi ekoran meletakkan harga yang keterlaluan.

“Belanja kahwin adik pun tak mahal macam ni,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Yaacob Farhani.

Seperti yang dipaparkan dalam laman Apple Store Malaysia, harga buat iPhone X untuk versi 256GB dijual pada harga RM5,899 berbanding harga yang ditawarkan Hairi iaitu RM9,888.

Bagaimanapun melalui semakan kami hari ini, Hairi telah pun menukar harga penawaran awalnya, iaitu daripada RM9,888 kepada RM7,888.



Tidak dinafikan, trend sanggup beratur panjang demi menjadi pemilik iPhone terawal dan kemudian jual kembali pada harga tinggi sememangnya merupakan modus operandi yang telah lama digunakan segelintir peminat Apple.
Apa-pun, wang ringgit sebenarnya tidak jadi isu buat peminat tegar Apple ini kerana mereka sememangnya  sanggup habis ribuan ringgit demi menjadi individu terawal memilik peranti yang memilik teknologi tercanggih. – MYNEWSHUB.CC

Tuesday, 7 November 2017

Mengapa Rekabentuk Industri Perlu Daftar? Samsung Bayar Apple AS$1.05B ..



Reka Bentuk Industri: Kes Apple VS Samsung!

KORANG tahu tak kira-kira lima tahun lepas, syarikat gergasi telekomunikasi Apple telah menuntut pampasan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) daripada Samsung di mahkamah Amerika Syarikat atas alasan Samsung telah menciplak reka bentuk iPad dan iPhone.
Bicara punya bicara, mahkamah di Amerika Syarikat (AS) memutuskan Samsung perlu membayar Apple pampasan berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.15 bilion!)
Ini kerana mahkamah di sana mendapati beberapa produk keluaran Samsung telah melanggar aspek reka bentuk dan perisian iPhone Apple.


Dahlah menang, susulan kepada keputusan itu, nilai saham Apple meningkat kepada AS$12 sesaham!

Nampak tak ‘kelicikan’ Apple, dapat keuntungan berkali-kali ganda. Ini kerana daripada awal lagi mereka sedar akan hakikat betapa pentingnya mendaftarkan reka bentuk perindustrian mereka.

Nasib baiklah Samsung bukan ‘kecik anak’ punya syarikat, mereka masih mampu membayar jumlah tersebut walaupun ‘pening kepala’ jugalah memikirkan bagaimana laba mereka ‘hilang’ begitu saja.

Korang rasa korang boleh jadi macam syarikat Apple tak? Mengapa pula tidak?
Seperti mana Apple, korang juga berhak ke atas produk yang korang reka tetapi itu semua tidak bermakna kalau korang tidak mendaftarkan reka bentuk industri korang di MyIPO dengan segera!

Sebelum pergi lebih jauh, jom kita tengok apa yang dimaksudkan dengan REKA BENTUK PERINDUSTRIAN.

Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata.

Kalau nak daftar, ia mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di negara kita dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian.

Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah (3D), corak dan hiasan (2D) atau gabungan kedua-duanya sekali yang terdapat pada barang tersebut.


Untuk pengetahuan korang, sesuatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama lima (5) tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 4 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 25 tahun!

Pun begitu, ada juga yang reka bentuk perindustrian yang TAK BOLEH didaftarkan.

Pertama bila ia tidak mempunyai nilai estetik yang jelas. Kedua kaedah atau prinsip pembinaan yang melanggar syarat ditetapkan.

Ketiga bila ciri reka bentuk itu hanya ditentukan semata-mata oleh fungsi (Dictated solely by the function). Keempat, ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain.

Apapun yang paling penting, reka bentuk yang korang cipta itu tak boleh bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral.

Dah jelaskan pasal maksud reka bentuk industri dan ciri-ciri barangan yang tak boleh didaftarkan?

Baik, ini bahagian paling penting DAN korang perlu ambil tahu.

KENAPA REKA BENTUK INDUSTRI INI PERLU DIDAFTARKAN?


Pertamanya hak eksklusif bro. Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang dikeluarkan BOLEH digunakan sebagai bukti yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah.


Sebagai pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar, korang mempunyai hak eksklusif untuk MEMBUAT, MENGIMPORT, MENJUAL, MENYEWA atau MENGGUNAKANNYA bagi tujuan perdagangan atau perniagaan.

Kalau ada pihak yang hendak menggunakan reka bentuk korang yang berdaftar itu, mereka mesti minta kebenaran korang dulu. Jika tidak, korang boleh mengambil tindakan melalui undang-undang sivil di bawah peruntukan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Cuma satu je nak pesan, sesuatu reka bentuk perindustrian yang berdaftar di Malaysia adalah diberi perlindungan hanya di Malaysia SAHAJA. Untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara lain, pemohon hendaklah membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang berkaitan.

BERAPA LAMA PROSES DIAMBIL UNTUK SIJIL DIKELUARKAN?


Purata Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dikeluarkan adalah dalam tempoh 8 bulan dari tarikh penerimaan borang, dokumen dan yuran pemfailan yang lengkap. Tempoh tangguhan selama 6 bulan adalah bertujuan menghormati peruntukan Artikel 4(c)(1), Konvensyen Paris (pindaan 28 September 1979).

Oleh yang demikian, MyIPO hanya akan membuat carian dan pemeriksaan kebaharuan yang telah didaftarkan 6 bulan selepas dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan.


Akhir sekali nak pesan kat sini, janganlah berlengah untuk mendaftarkan reka bentuk industri korang dengan segera di MyIPO. Kena ingat, ia berdasarkan siapa dulu yang daftar.
Andai kata ada orang lain yang terlebih dahulu menciplak dan mendaftarkan reka bentuk yang korang reka tu, korang tak boleh marah seandainya hak itu jatuh ke tangannya.
Jangan kata abang tak payung! – MYNEWSHUB.CC

Sport Direct buka cawangan ke-28















SPORT Direct telah membuka cawangannya yang ke-28 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
PENJUAL barangan sukan terkenal di Malaysia, Sport Direct Malaysia (Sport Direct) telah membuka cawangan terbaharunya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kedai setinggi lima tingkat itu merupakan cawangan ke-28 Sport Direct selepas memasuki pasaran di Malaysia pada tahun 2011.
Pengarah Urusan Sport Direct, Paul Gibbon berkata, pembukaan kedai baharu itu dapat membantu menggalakkan masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti sukan.
Menurutnya, menerusi penglibatan dalam sukan, ia mampu melahirkan komuniti yang mengamalkan gaya sihat dan menikmati kualiti hidup lebih baik.
“Sejak kebelakangan ini, kami dapati masyarakat Malaysia semakin aktif bersukan seperti berbasikal, mendaki, berlari dan menyertai cabaran berhalangan.
“Dengan pembukaan kedai Sport Direct ini, orang ramai boleh mendapatkan pakaian, kasut dan barangan keperluan sukan yang asli dengan lebih mudah,” katanya dalam satu kenyataan.
Turut hadir pada majlis perasmian kedai baharu itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Almarhum Ibni Tuanku Ja’afar.
 LEBIH 1,500 jenis barang sukan pelbagai jenama dijual di Sport Direct cawangan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dianggarkan lebih 1,500 jenis barang sukan daripada pelbagai jenama dijual di cawangan baharu tersebut.
Antara jenama terkenal dunia yang boleh diperoleh di kedai seluas 7,925 meter persegi itu ialah Nike, Adidas, Under Armour, Puma, Everlast, Slazenger, Karrimor dan Lonsdale.
Menurut Gibbon, barangan yang dijual di cawangan Sport Direct terbaharu itu disusun menyerupai kedai asalnya di Britain.
Jelasnya, kedai tersebut disusun dalam 11 kategori berbeza bagi memudahkan pelanggan mencari barangan yang ingin dibeli.
“Antara kategori itu ialah The Boot Room, Racket Centre, Swim Shop, Field & Trek, The Game Room, Men Sport Lifestyle, Women Sport Lifestyle dan Kids Sport Lifestyle,” katanya.
Maklumat lanjut dan promosi terkini di Sport Direct boleh diperoleh dengan melayari laman web, www.sportdirect.com.(Kosmo!)

Monday, 6 November 2017

Usahawan Puyuh di Kedah


Pagi tadi saya bersama Ketua Dewan Muslimat Kedah, YB Dato Ustazah Aishah berkesempatan menziarahi seorang usahawan Puyuh yang terkenal di Sidam Kanan, Kedah.
Tempat perusahaan En Samsudin adalah antara tempat yang turut dilanda banjir di sebelah semenanjung utara. Menurut En Samsudin beliau boleh mengeluarkan 2000 ekor puyuh setiap 4 hari.
Hasil carian imej untuk Usahawan Puyuh di Kedah
Jumlah maksima yang boleh ditampung pada satu satu masa adalah adalah 24,000 ekor. Perusahaannya merangkumi penetasan & menternak, memproses daging puyuh dan kedai makan produk puyuh. Semoga terus maju jaya
Hj Muhamad Sobri Osman
Pengerusi Lajnah Ekonomi Kedah
6.11.2017