Thursday, 30 November 2017

Tips Selamat Elak Ditipu Ketika Borong Di China



APABILA semakin ramai usahawan baharu yang tumbuh bak cendawan, maka makin ramailah pemborong yang akan ke negara China untuk mencari produk berkualiti pada harga murah.

Iya tak iya juga, kebanyakkan produk di tanah air pun rata-ratanya merupakan barangan import daripada negara tembok besar itu. Jadi semua sudah sedia maklum, lambat laun anda sebagai usahawan juga pasti akan ke sana.
Di bawah merupakan lima tips supaya anda lebih berwaspada ketika hendak memborong barangan  dan produk di China.
Jaga-jaga nombor 5 paling perlu diberikan perhatian betul-betul, kerana ramai yang sering tertipu…
1. Kenal Pemborong
Berjumpa sendiri dengan pemborong, kenal secara peribadi, dapatkan kad bisnes dan nombor peribadinya.
2. Simpan Resit
Resit adalah satu-satunya bukti bertulis yang boleh menunjukkan anda membeli di premis tersebut. Anda boleh gunakan sebagai bukti aduan polis sekiranya berlaku kes penipuan.
3. Bayar 30% Deposit
Bayar sedikit supaya pemborong membuat kerja dengan pantas dan elak supaya anda ditipu. Terdapat kes di mana pembeli membayar sepenuhnya tetapi resit pembayarannya hilang, tempahannya terus tidak dilayan.
4. Wang Palsu
Perhatikan semasa proses pertukaran wang, sentiasa perhati kelakuan pemborong ketika wang ditukar, kira dan rasa sendiri wang tersebut untuk elak menjadi mangsa penipuan.
5. Pastikan pemborong merupakan pemborong kedai tersebut
Terdapat kes di mana individu licik yang akan menyamar menjadi pemborong kedai kerana kemahirannya bercakap dalam bahasa inggeris.
Awas! mereka ini mengeluarkan resit palsu selepas menerima bayaran daripada anda.
Moga tips di atas menjadi panduan untuk anda yang berniat suatu hari nanti untuk memborong di sana. Selamat mencuba.
Ramdan Johari
Dazra Ventures & Consultancy

Wednesday, 29 November 2017

Rugi RM600,000 Jadi Mangsa Macau Scam

Guru wanita rugi RM600,000
Mustafa Kamal (tengah) ketika sidang akhbar mengenai seorang guru yang menjadi mangsa Macau Scam di pejabatnya di Kuching tadi.


KUCHING - Seorang guru wanita di sini menjadi mangsa penipuan Macau Scam apabila dia ditipu hampir RM600,000 baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Abdullah berkata, guru berusia 51 tahun itu menyedari ditipu selepas membuat tiga transaksi dari 16 hingga 24 November lalu.
"Mangsa menerima mesej pesanan ringkas yang memberitahu dia mempunyai hutang sebanyak RM3,375 dengan sebuah bank.
"Mangsa kemudiannya menghubungi semula nombor itu dan dijawab seorang lelaki daripada bank berkenaan di ibu negara," katanya ketika sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Menurutnya, lelaki itu memberitahu ada pihak menggunakan nama mangsa untuk membuat pinjaman bank.
Tambahnya, mangsa diarahkan menghubungi Bank Negara melalui nombor telefon yang diberikan lelaki itu. - K! ONLINE

Awas tipu daya pakej palsu ke Tanah Suci.


KEJADIAN seramai 35 bakal haji berstatus orang kenamaan (VIP) yang mengalami kerugian sebanyak RM1.6 juta kerana dikatakan ditipu oleh sebuah syarikat pengurusan haji yang kononnya menyediakan perkhidmatan pakej Haji VIP ke Tanah Suci Mekah, Arab Saudi pada Ogos lalu mungkin mengejutkan ba­nyak pihak.
Dalam kes pakej haji VIP itu, kesemua mangsa dikatakan telah membelanjakan antara RM50,000 hingga RM200,000 seorang untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut yang membolehkan mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada musim haji yang lepas. Namun, semua mangsa hanya mampu berputih mata.
Sebenarnya, kes yang membabitkan 35 mangsa itu bukanlah pertama kali berlaku di negara ini. Malah, ia merupakan antara puluhan kes penipuan membabitkan jemaah haji atau umrah di negara ini membabitkan kerugian jutaan ringgit.
Kes-kes penipuan melibatkan jemaah-jemaah haji atau umrah ini sudah banyak kali dipaparkan di dada-dada akhbar, media elektronik dan sosial.
Bilangan mereka yang terpedaya dengan kegiatan licik oleh pihak tidak bertanggungjawab ini tetap bertambah dengan ada sahaja mangsa-mangsa yang terpedaya.
Malah, dalam sesetengah kes, mereka yang menjadi mangsa penipuan ini bukanlah calang-calang orang. Ada yang terdiri daripada golongan cerdik pandai.
Persoalannya, mengapakah kes-kes penipuan seperti ini terus terjadi dan ia berlaku seolah-olah masyarakat kita begitu mudah diperdaya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan duit secara haram.
Permasalahan itu sebenarnya boleh dielakkan jika semua bakal haji atau umrah bersedia untuk memilih syarikat pengurusan haji atau umrah yang berlesen.
Namun, ramai dalam kalangan kita yang suka mengambil jalan pintas seperti ingin menunaikan ibadah haji dengan kadar segera.
Dalam kes umrah pula, ramai sebenarnya yang mudah terpengaruh dengan tawaran pakej murah tidak masuk akal oleh pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh, orang ramai perlulah berhati-hati dan mula mempersoalkan pakej-pakej umrah yang ditawarkan dengan harga serendah RM3,500 dan ke bawah memandangkan harga tiket kapal terbang untuk pergi dan balik ke Tanah Suci sahaja sudah mencecah hampir RM4,000.
Sepatutnya, siasat dulu latar belakang sesebuah syarikat itu dan jangan mendaftar dengan syarikat-syarikat yang tidak berlesen.
Justeru, semua bakal haji atau umrah yang berhasrat menggunakan khidmat selain Tabung Haji atau Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji perlulah merujuk terlebih dulu kepada pihak berkuasa atau Tabung Haji sendiri.
Ini adalah kerana pihak berkuasa hanya memberikan lesen kepada beberapa syarikat tertentu untuk menguruskan segala urusan mengenai pakej menunaikan haji atau umrah.
Sebaik-baiknya segala urusan ke Tanah Suci perlulah melalui mereka yang bertauliah dan bukannya dengan syarikat-syarikat yang tidak diiktiraf.
Langkah ini penting supaya ia boleh membendung gejala penipuan membabitkan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Secara tidak langsung, penggunaan syarikat-syarikat bertauliah juga dapat memastikan orang ramai sampai ke Tanah Suci dan menunaikan ibadat haji atau umrah dengan sempurna. (IH)

Tuesday, 28 November 2017

Resepi Cupcake Coklat Yang Sedap


Resepi Cupcake Coklat Yang Sedap

Resepi Cupcake Coklat Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko
  • 3 Biji Telur - Gred A
  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Sudu Teh Vanilla
  • 1 Sudu Kecil Baking Powder
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 1 Cawan Gula Pasir
  • 1 Sudu Teh Garam
Cara Menyediakan Cupcake Coklat:
  1. Masukkan telur dan gula pasir dan kacau sehingga sebati.
  2. Campurkan baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko, tepung, gula dan garam dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan esen vanilla. Masukkan ke dalam cup mengikut saiz pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.
  5. Setelah siap dibakar, biarkan ia sejuk seketika.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Mudah kan! Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

Sumber Foto: Bukuresep

Monday, 27 November 2017

Cadang Ganti Nama Proton Kepada "Bao Teng" -CEO



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd. (TKO)

Friday, 24 November 2017

Agensi Halal Pertama Turki Beri Khidmat Dunia Islam


ISTANBUL – Pembukaan agensi akreditasi halal pertama Turki bakal menyediakan perkhidmatan pensijilan halal kepada umat Islam di seluruh dunia, lapor agensi Anadolu pada Khamis.

Memetik kenyataan Menteri Ekonomi Nihat Zeybekci, agensi itu berkata, ia dijangka dibuka akhir tahun ini, bertujuan menyediakan perkhidmatan pensijilan kepada pasaran global bagi produk halal bernilai US$3.9 trilion.
“Permintaan penduduk umat Islam global yang berjumlah 1.8 bilion orang bagi produk halal dan pensijilannya semakin meningkat,” kata Zeybekci pada Sidang Kemuncak Halal Sedunia di sini.
Menteri itu berkata permintaan bagi produk halal, yang dihasilkan menurut undang-undang Islam seperti yang ditaksir dalam al-Quran, tidak dapat dipenuhi hanya oleh negara Islam.
“Bagaimanapun, kita boleh menghasilkan produk yang lebih baik daripada tahap hari ini,” katanya.
“Semua tugasan dalam menentukan standard, mewujudkan sistem pentaksiran dan penilaian serta prosedur pengesahan bagi produk halal perlu dilakukan oleh negara-negara Islam.
“Turki mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada dunia Islam, katanya.
Bulan lepas, kerajaan Turki telah mengemukakan cadangan kepada parlimen untuk menubuhkan agensi itu, yang bakal menjadi satu-satunya di negara tersebut namun berupaya mewujudkan cawangan di luar negara.
Agensi akreditasi halal menguatkuasakan standard, melindungi pengguna produk halal dan merangsang perdagangan antarabangsa.
Dalam satu kenyataan bertulis di sidang kemuncak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata pengurusan pensijilan halal menerusi agensi tunggal adalah penting kepada umat Islam di seluruh dunia.
Sidang kemuncak itu dan Ekspo Halal Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bermula pada Khamis.
Agensi Anadolu adalah rakan komunikasi global dan lebih 200 firma serta jenama mengambil bahagian dengan penceramah terkemuka dari 80 negara akan membincangkan isu berkaitan makanan halal, farmasi dan perubatan selain kewangan Islam, pelancongan dan tekstil sehingga hari Sabtu. – BERNAMA

Unik! Rumah Mudah Alih, Pasang Siap 6 Jam


MENAKJUBKAN! Sebuah rumah mudah alih yang boleh dirobohkan dan dipindahkan ke lokasi baru untuk dibina semula diperkenalkan di London, United Kingdom.

Rumah berharga £25,000 (RM136,564) ini boleh dibina semula hanya dalam tempoh enam hingga tujuh jam termasuk pemasangan bumbung, dinding pada bahagian dalam serta lantai.
Bukan itu sahaja, malah ia boleh dibina di mana-mana lokasi tanpa memerlukan tapak konkrit seperti rumah-rumah biasa.
Bagi proses pemasangan pula, rumah yang mempunyai reka bentuk anggun ini hanya memerlukan lebih kurang dalam tiga orang tenaga kerja sahaja untuk proses pembinaan semula.
Memetik sumber, MYNEWSHUB difahamkan rumah mudah alih yang datang dalam pelbagai saiz bermula dari 26.9 hingga 83 meter persegi ini mempunyai dua peringkat tangga.
Semua model asas bagi rumah ini dikatakan mempunyai sebuah bilik mandi, bahagian dapur yang luas serta manual pemasangan teknikal yang akan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 60 hari selepas lakaran terakhir.
Komponen rumah inovatif itu yang juga merupakan produk syarikat M.A. Di Home yang dikeluarkan oleh sebuah kilang yang terletak di Itali.
Rumah itu juga boleh diangkut ke mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan trak.Wah, sangat menarik bukan?
Dah tak perlu susah-susah serabut nak fikir beli rumah lagi. Angkut sahaja rumah lama. Dah la luas, cantik pula tu!– MYNEWSHUB.CC/Agensi/AM