Thursday, 28 December 2017

Afghanistan tingkat pengeluaran kismis


Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
DI dalam sebuah bangsal di Afghanistan, seorang petani bernama Abdul Jalil Gulza kelihatan sedang membelek-belek buah anggur yang telah dituai sebelum digantung untuk dikeringkan bagi dijadikan kismis.
Bangsal yang dikenali sebagai khanas itu telah digunakan oleh keluarganya untuk menggantung dan mengeringkan buah anggur yang kemudiannya diproses menjadi kismis.
Afghanistan pernah menyumbang sebanyak 10 peratus kismis dalam pasaran global pada satu ketika dahulu.
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Namun, selepas hampir empat dekad negara itu berhadapan dengan konflik peperangan, jumlah tersebut berkurang kepada hanya dua hingga tiga peratus.
Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dan produktiviti pengeluaran kismis, kementerian pertanian negara itu membantu membiayai pembinaan khanas yang moden dan baharu.
“Khanas yang serba moden ini menjadi tempat untuk mengeringkan anggur bagi membolehkan lebih banyak kapasiti kismis dihasilkan,” jelas Gulzar.
Ini kerana sektor pertanian Afghanistan menjadi pemacu utama ekonomi di negara itu.
Afghanistan mempunyai hampir 100 jenis anggur yang ditanam di seluruh negara.
Industri pembuatan arak dilarang di negara itu dan ramai petani menukar anggur yang mereka tanam untuk dijadikan kismis kerana ia lebih mudah dihasilkan dan harganya juga tinggi.
Jana ekonomi
Anggur segar dijual pada harga sekitar AS$4.50 (RM18) untuk tujuh kilogram manakala harga bagi satu kilogram kismis adalah sekitar AS$14 (RM57).
Walaupun keuntungan tidak banyak seperti petani lain yang menuai hasil eksport terbesar Afghanistan iaitu candu, ia tetap menjana ekonomi bagi kebanyakan rakyat di negara itu.
Berdasarkan data kerajaan, Afghanistan menghasilkan hampir 900,000 tan buah anggur pada tahun lalu. Bagaimanapun negara itu hanya mengeksport 111,000 tan anggur segar dan 15,000 tan kismis.
Kekurangan kemudahan tempat simpanan dingin dan keperluan import yang ketat dalam banyak pasaran di luar negara telah menyebabkan buah anggur Afghanistan dijual di bazar-bazar tempatan terutamanya pada musim menuai.
Lambakan itu juga telah menyebabkan harga buah anggur menurun.
“Pada dasarnya, pembinaan khanas yang moden ini mempunyai tiga kesan. Pertama, ia akan mengurangkan jumlah anggur segar di pasaran. Kedua, ia dapat meningkatkan kualiti proses dan produk kismis yang dihasilkan dan ketiga, ia dapat mengawal harga,” kata penyelaras hortikultur kementerian pertanian, Abdul Samad Kamawi.
Walaupun penambahbaikan dalam pemprosesan penghasilan kismis dilakukan, akses utama untuk mengeksport produk itu ke luar negara seperti Pakistan, India dan Rusia masih sukar.
Pengusaha kismis tempatan perlu memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh negara-negara Eropah.
Sesetengah syarikat menggunakan teknologi tinggi bagi menghasilkan kismis yang berkualiti.
Tabasom iaitu salah satu syarikat pengeksport utama kismis di Afghanistan mempunyai dua kilang pengeluaran di Kabul yang dilengkapi dengan mesin X-ray serta pengesan logam untuk memastikan hanya kismis terbaik dibungkus sebelum dihantar ke luar negara. – AFP

Wanita Ini Jadi Kaya Dengan Hantar Susu Tepung.


Susu Tepung

WANITA ini, Song Chen, menjadi kaya dengan menghantar susu tepung untuk bayi ke kampung halamannya di China. Dia yang kini menetap di Australia sejak tiga tahun lalu, akan menghantar bekalan susu tepung berkenaan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Kami hantar susu ini melalui kapal terbang. Saya ada ramai kawan di sana (China) dan mereka meminta saya menghantar susu ke sana.
“Jika saya tiada masa untuk membelinya di sini, kawan-kawan saya di sini pula akan membantu. Mereka akan membeli pada masa-masa tertentu dan jenama yang berbeza kerana anda tidak boleh membeli dalam kuantiti yang banyak,’’ kata Song Chen.
Untuk satu penghantaran susu ke China, Song Chen memperolehi hampir RM12,600.
Menurut Song Chen, dia yakin dengan melakukan urus niaga berkenaan, ia dapat membantu ekonomi Australia.
“Bukan semua penduduk tempatan membeli susu yang mahal, mereka hanya beli yang murah. Orang China sahaja yang beli susu mahal,’’ katanya.
Boleh dikatakan penghantaran besar susu tepung ini dilakukan setiap hari ke China oleh penduduknya yang menetap di Australia. 

Sunday, 24 December 2017

Susu Tiruan, 16 Aduan Diterima. -KPDNKK Johor

16 aduan baharu diterima berkaitan susu tiruan

KULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menerima 16 aduan baharu berhubung susu rumusan bayi berjenama yang dipercayai tiruan.

Aduan itu diterima selepas rampasan susu tiruan pada 10 Disember didedahkan sehingga 21 Disember lalu.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, sebanyak 16 aduan itu diterima melibatkan sembilan di Johor Bahru, enam (Pontian) dan satu (Batu Pahat).

Menurutnya, aduan itu diterima selepas pihaknya merampas susu tiruan pada 10 Disember hingga Rabu lalu.

“Untuk makluman terdapat 16 aduan diterima setakat ini di Johor. Aduan sama ada diragui sebagai susu tiruan selepas ibu bapa mengesan anak mereka sakit.

“Berdasarkan aduan ibu bapa, mereka mendapati susu itu tidak tulen dan tiada lipatan tajam pada paket selain sampel susu berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Bagaimanapun tiada rampasan dilakukan setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas di Pasaraya Econsave Senai, Kulai, Johor.

Jelas Khairul Anuar, pihaknya menyeru ibu bapa yang meragui susu rumusan berjenama membuat aduan kepada KPDNKK negeri.

Katanya apa sahaja proses mengangkap dan menghukum peniaga yang tidak bertanggungjawab itu adalah mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Pada 10 disember lalu, KPDNKK Johor berjaya merampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan berjenama dengan anggaran nilai RM 42,000.

Ia susulan pengeluar susu berkenaan mendapat aduan dari pengguna bahawa anak mereka mengalami muntah teruk selepas meminum susu berkenaan pada April lalu. (astroawani)

Saturday, 23 December 2017

Jepun Cipta Produk Teh Susu Air Jernih..

Jepun Cipta Teh Susu Kelihatan Air Jernih

JOM KREEATIF


TOKYO – Daripada produk aiskrim unik tidak akan cair sehinggalah burger keju berwarna hitam, Jepun memang terkenal dengan snek ringan yang pelik tetapi sedap.

Baru-baru ini pula, satu produk unik pula berjaya dihasilkan iaitu minuman yang agak kelihatan seperti air putih jernih dalam botol mineral tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis teh susu.
Pengilang minuman Jepun, Suntory, mengumumkan produk premium terbaharu iaitu Suntory Tennensui keluaran mereka mula dipasarkan pada September lalu, lapor agensi berita tempatan Cnet.
Ini merupakan produk kedua dikeluarkan mereka sepanjang tahun ini selepas April lalu apabila pengilang tersebut berjaya menghasilkan minuman teh limau yang juga langsung tidak ada warna.
Kemunculan minuman ini berjaya membuatkan ramai pembeli mereka kehairanan. Pengilang berpusat di Osaka ini menafikan bahawa mereka sekadar menggunakan perisa buatan.
Untuk menghasilkan air teh yang tidak berwarna ini, syarikat minuman antara tertua di Jepun yang diasaskan sejak 1899 tersebut menggunakan proses penyejatan dan pemeluwapan.
Air dijerang sehingga didih untuk menghasilkan wap air yang kemudian melalui daun-daun teh hitam. Ia kemudian melalui kondenser untuk menjadi sejuk dan dikumpul dalam bentuk air.
Suntory juga menggunakan susu untuk air minuman ini di mana ia hanya menggunakan laktosa dan mineral susu yang memang secara aslinya pun adalah tidak berwarna.
Syarikat tempatan ini dikenali di seluruh dunia kerana membeli bahagian produk minuman firma GlaxoSmithKline dari British pada 2014 untuk mengeluarkan jenama Ribena
Awal bulan lalu, laman Mothership menyatakan bahawa minuman teh susu tanpa warna ini sudah boleh diperoleh di seluruh Singapura. – Agensi

Friday, 22 December 2017

Jualan iPhone X, Bakal Menyumbang Keuntungan RM 89 billion Kepada Samsung



Samsung dan Apple mempunyai hubungan yang amat kompleks di dalam dunia teknologi. Mereka saling saman menyaman tetapi masih memerlukan di antara satu sama lain untuk terus beroperasi. Menurut laporan media Korea Selatan, jualan iPhone X bakal menyumbang sehingga$22 bilion (RM 89 bilion).

Ini adalah kerana Apple dijangka memesan di antara 180-200 juta panel OLED untuk skrin iPhone X tahun hadapan. Tahun ini sahaja mereka dilaporkan telah memesan 50 juta panel dari Samsung. Setiap panel dianggarkan dibekalkan pada harga $110 (~RM 448) sebuah. Ini bersamaan dengan keuntungan di antara $19.8-$22 bilion (~RM 81-89 bilion) kepada gergasi Korea ini.


Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar dengan kualiti terbaik di dunia. Pesaing terdekat mereka LG tetapi seperti yang dilihat pada Pixel 2 XL, mempunyai masalah tuna-skrin yang masih belum berjaya diselesaikan.

Sumber Rujukan: The Investor
AMANZ

4 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual.



PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihat menghentikan penggunaan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin serta segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua produk Progressive Mix Industries iaitu Nuriz Shoppe-Uv Pearl Cream dan Nuriz-D'Solve didapati mengandungi merkuri.

Produk Aura Gorgeous Beauty  and  Healthy iaitu Aura Gorgeous Night Cream juga dikesan mengandungi merkuri manakala  produk Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd iaitu NV Anti Blemish Toner 1 pula mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Beliau memberi amaran kepada para penjual dan pengedar supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Dr Noor Hisham berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan itu pula  boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Beliau berkata produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Kedua-dua bahan racun itu, yang sering digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, pedih, mengelupas, dan hipersensitif. 
"Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV serta meningkatkan risiko kanser kulit," katanya.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa merkuri merupakan bahan toksik yang perlu dielakkan sama sekali dalam apa jua produk kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudian memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.
“Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400.

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang  http://npra.moh.gov.my/   -- Bernama

Thursday, 21 December 2017

Masakan Barat.. Ini 6 Resepi Mudah, Cuba Sendiri Di Rumah!


Masakan barat sering menjadi pilihan orang ramai jika ke restoran. Jarang sekali masakan barat ini dimasak dirumah kerana cara penyediannya yang agak leceh. Namun sebenarnya, masakan barat ini lagi mudah dibuat berbanding masakan lain. Bayangkan anda boleh jimat banyak jika makan satu keluarga.
Kami kongsikan dengan anda masakan barat yang mudah dibuat. Yang paling penting, rasanya yang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Jangan lupa masak lebih, risau kalau-kalau korang sendiri tak cukup.

Lempeng Seafood ‘Heinz’

Ini antara makanan melayu yang dibaratkan. Mungkin anda rasa pelik kerana belum mencuba. Tapi kami pasti ada yang tidak cukup dengan satu keping apabila mencubanya. Tempoh untuk penyediaan makanan ini sangat cepat. Memang berbaloi untuk mencuba resepi ini. Sedapnya!

Fajita Frittata

Telur goreng versi Sepanyol ini memang sedap dimakan begitu sahaja. Telur yang dimasakan bersama keju ini pasti menjadi kegemaran korang. Boleh diambil ketika sarapan kerana resepi ini kaya dengan pelbagai rasa yang sedap. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, pasti hari hari mahu. Hehe..

Stik Ikan Tenggiri

Bosan makan stik ayam? Apa kata anda cuba stik ikan tenggiri ini. Memang mudah dan lazat dengan rasa kemanisan ikan tenggiri ini. Masakan cara begini juga sihat untuk orang berpantang dan sedang diet. Apa tunggu lagi? Jom ganti ayam anda dengan ikan tenggiri. Kelainannya pasti dirasai. Nyumm sedap!

Kroket Tauhu Berkeju Rangup

Bosan makan goreng pisang di waktu petang? Apa kata anda cuba resepi ala barat ini yang pasti buat anda terangkat sedap. Rasanya yang lembut di dalam dan ranggup di luar memang sesuai dijadikan santapan petang anda. Cara penyediaannya pun senang, anak anak pasti suka.

Penne Goreng

Bosan dengan masakan pasta biasa. Apa kata cuba resepi yang memberikan anda rasa kelainan ini. Kami pasti ada di antara anda pernah mencuba masakan ini. Memang sedap jika dimakan bila bila masa. Jangan risau masa penyediaan masakan ini hanya 30 minit. Mudah kan? Jom cuba.

Makaroni Bakar

Bukan resepi yang baru didengar, namun makaroni ini memang jarang dibuat. Mungkin korang tidak tahu bagaimana cara membuatnya, jadi ianya senang hanya membuat pesanan di restoran. Kini, anda tak perlu risau kerana resepi yang kami kongsi ini sangat mudah disediakan. Penyediaannya pula sangat senang. Rasanya sama macam anda makan di restoran mahal. Tak percaya? Boleh cuba sendiri.
Sumber : Myresepi