Thursday 28 December 2017

Afghanistan tingkat pengeluaran kismis


Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
DI dalam sebuah bangsal di Afghanistan, seorang petani bernama Abdul Jalil Gulza kelihatan sedang membelek-belek buah anggur yang telah dituai sebelum digantung untuk dikeringkan bagi dijadikan kismis.
Bangsal yang dikenali sebagai khanas itu telah digunakan oleh keluarganya untuk menggantung dan mengeringkan buah anggur yang kemudiannya diproses menjadi kismis.
Afghanistan pernah menyumbang sebanyak 10 peratus kismis dalam pasaran global pada satu ketika dahulu.
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Namun, selepas hampir empat dekad negara itu berhadapan dengan konflik peperangan, jumlah tersebut berkurang kepada hanya dua hingga tiga peratus.
Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dan produktiviti pengeluaran kismis, kementerian pertanian negara itu membantu membiayai pembinaan khanas yang moden dan baharu.
“Khanas yang serba moden ini menjadi tempat untuk mengeringkan anggur bagi membolehkan lebih banyak kapasiti kismis dihasilkan,” jelas Gulzar.
Ini kerana sektor pertanian Afghanistan menjadi pemacu utama ekonomi di negara itu.
Afghanistan mempunyai hampir 100 jenis anggur yang ditanam di seluruh negara.
Industri pembuatan arak dilarang di negara itu dan ramai petani menukar anggur yang mereka tanam untuk dijadikan kismis kerana ia lebih mudah dihasilkan dan harganya juga tinggi.
Jana ekonomi
Anggur segar dijual pada harga sekitar AS$4.50 (RM18) untuk tujuh kilogram manakala harga bagi satu kilogram kismis adalah sekitar AS$14 (RM57).
Walaupun keuntungan tidak banyak seperti petani lain yang menuai hasil eksport terbesar Afghanistan iaitu candu, ia tetap menjana ekonomi bagi kebanyakan rakyat di negara itu.
Berdasarkan data kerajaan, Afghanistan menghasilkan hampir 900,000 tan buah anggur pada tahun lalu. Bagaimanapun negara itu hanya mengeksport 111,000 tan anggur segar dan 15,000 tan kismis.
Kekurangan kemudahan tempat simpanan dingin dan keperluan import yang ketat dalam banyak pasaran di luar negara telah menyebabkan buah anggur Afghanistan dijual di bazar-bazar tempatan terutamanya pada musim menuai.
Lambakan itu juga telah menyebabkan harga buah anggur menurun.
“Pada dasarnya, pembinaan khanas yang moden ini mempunyai tiga kesan. Pertama, ia akan mengurangkan jumlah anggur segar di pasaran. Kedua, ia dapat meningkatkan kualiti proses dan produk kismis yang dihasilkan dan ketiga, ia dapat mengawal harga,” kata penyelaras hortikultur kementerian pertanian, Abdul Samad Kamawi.
Walaupun penambahbaikan dalam pemprosesan penghasilan kismis dilakukan, akses utama untuk mengeksport produk itu ke luar negara seperti Pakistan, India dan Rusia masih sukar.
Pengusaha kismis tempatan perlu memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh negara-negara Eropah.
Sesetengah syarikat menggunakan teknologi tinggi bagi menghasilkan kismis yang berkualiti.
Tabasom iaitu salah satu syarikat pengeksport utama kismis di Afghanistan mempunyai dua kilang pengeluaran di Kabul yang dilengkapi dengan mesin X-ray serta pengesan logam untuk memastikan hanya kismis terbaik dibungkus sebelum dihantar ke luar negara. – AFP

No comments:

Post a Comment