Saturday 23 December 2017

Jepun Cipta Produk Teh Susu Air Jernih..

Jepun Cipta Teh Susu Kelihatan Air Jernih

JOM KREEATIF


TOKYO – Daripada produk aiskrim unik tidak akan cair sehinggalah burger keju berwarna hitam, Jepun memang terkenal dengan snek ringan yang pelik tetapi sedap.

Baru-baru ini pula, satu produk unik pula berjaya dihasilkan iaitu minuman yang agak kelihatan seperti air putih jernih dalam botol mineral tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis teh susu.
Pengilang minuman Jepun, Suntory, mengumumkan produk premium terbaharu iaitu Suntory Tennensui keluaran mereka mula dipasarkan pada September lalu, lapor agensi berita tempatan Cnet.
Ini merupakan produk kedua dikeluarkan mereka sepanjang tahun ini selepas April lalu apabila pengilang tersebut berjaya menghasilkan minuman teh limau yang juga langsung tidak ada warna.
Kemunculan minuman ini berjaya membuatkan ramai pembeli mereka kehairanan. Pengilang berpusat di Osaka ini menafikan bahawa mereka sekadar menggunakan perisa buatan.
Untuk menghasilkan air teh yang tidak berwarna ini, syarikat minuman antara tertua di Jepun yang diasaskan sejak 1899 tersebut menggunakan proses penyejatan dan pemeluwapan.
Air dijerang sehingga didih untuk menghasilkan wap air yang kemudian melalui daun-daun teh hitam. Ia kemudian melalui kondenser untuk menjadi sejuk dan dikumpul dalam bentuk air.
Suntory juga menggunakan susu untuk air minuman ini di mana ia hanya menggunakan laktosa dan mineral susu yang memang secara aslinya pun adalah tidak berwarna.
Syarikat tempatan ini dikenali di seluruh dunia kerana membeli bahagian produk minuman firma GlaxoSmithKline dari British pada 2014 untuk mengeluarkan jenama Ribena
Awal bulan lalu, laman Mothership menyatakan bahawa minuman teh susu tanpa warna ini sudah boleh diperoleh di seluruh Singapura. – Agensi

No comments:

Post a Comment