Friday, 9 March 2018

Senarai 50 Individu Terkaya Malaysia 2018


Hasil carian imej untuk Robert Kuok Robert Kuok Hock Nien merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut. Wikipedia
Berikut adalah senarai terkini 50orang paling kaya di Malaysiamenurut laporan majalah Forbes. Ranking disusun berdasarkan nilai bersih (net worth) mereka pada awal bulan Mac 2018.
"Sugar King" Tan Sri Robert Kuok masih kekal sebagai orang terkaya Malaysia untuk tahun 2018. Beliau berada di kedudukan sebagai individu paling kaya di Malaysia sejak 13 tahun lalu.
Hartawan ini juga merupakan individu ke-96 paling kaya di dunia dengan kekayaan bernilai AS$14.8 bilion (RM57.7 bilion) yang sebahagian besarnya datang dari sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
50 Individu Paling Kaya di Malaysia 2018
RankNamaNilai Bersih (USD)UmurPunca Kekayaan
1Robert Kuok$14.8 B94minyak sawit, perkapalan, hartanah
2Quek Leng Chan$7.2 B76perbankan, hartanah
3Ananda Krishnan$7.1 B79telekom, media, oil-services
4Teh Hong Piow$6 B87perbankan
5Lee Shin Cheng$5.6 B79minyak sawit, hartanah
6Lim Kok Thay$4.7 B66kasino
7Chen Lip Keong$3.3 B70kasino, hartanah, tenaga
8Koon Poh Keong & Poh Ming$3 B-aluminum
9Lau Cho Kun$2.6 B82minyak sawit, hartanah
10Kuan Kam Hon$2.5 B70sarung tangan sintetik
11Francis Yeoh & siblings$2.4 B63pembinaan, power, hartanah
12Syed Mokhtar AlBukhary$1.9 B66kejuruteraan, tenaga, pembinaan
13Jeffrey Cheah$1.3 B72hartanah
14Lim Wee Chai$1.2 B60sarung tangan getah
15Lim Peng Cheong & Lim Peng Jin$1.19 B-pembuatan
16Tiong Hiew King$1.1 B82balak, media
17Lee Oi Hian & Lee Hau Hian$1.05 B-minyak sawit/kimia/hartanah
18Surin Upatkoon$1 B68telekom, loteri, insurans
19Danny Tan Chee Sing$990 M62hartanah
20Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming$980 M-perhutanan, minyak sawit, hartanah
21G. Gnanalingam$950 M73ports
22David Kong$920 M63perkhidmatan pengebumian
23Desmond Lim Siew Choon$910 M57hartanah
24Goh Peng Ooi$900 M63perisian
25Vincent Tan$820 M66runcit, perjudian, hartanah
26Ngau Boon Keat$810 M69minyak & gas
27Lim Kang Hoo$800 M62hartanah
28Ninian Mogan Lourdenadin$770 M64hartanah, runcit, perkhidmatan kewangan
29Wong Thean Soon$755 M46perkhidmatan elektronik
30Tony Fernandes$745 M53syarikat penerbangan
31Kamarudin Meranun$735 M56syarikat penerbangan
32Ibrahim Syed Azman$700 M57pengangkutan/kenderaan bermotor
33Ahmayuddin bin Ahmad$580 M61pelabuhan
34Azman Hashim$520 M78perbankan
35Kong Chong Soon$510 M77hartanah
36Leong Kok Wah$480 M64hartanah
37Patrick Grove$440 M42e-commerce/media
38Cheah Cheng Hye$435 M63pelaburan
39Yong Pang Chaun$430 M67runcit
40Teong Teck Lean$425 M57perkhidmatan penghantaran
41Lim Han Weng$420 M65minyak & gas
42Freddy Lim Nyuk Sang$380 M65minyak sawit
43Mokhzani Mahathir$370 M57minyak & gas
44Ong Leong Huat$365 M73hartanah, pembinaan, perkhidmatan kewangan
45Tan Chin Nam$355 M91hartanah
46Wong Teek Son$320 M55pembuatan sarung tangan
47Leong Hoy Kum$315 M60hartanah
48Mohd Abdul Karim Abdullah$310 M52minyak & gas
49Norraesah Mohamad$305 M69pelaburan
50Anthony Tan$300 M36pengangkutan on-demand, perisian mudah alih

Thursday, 8 March 2018

Bos Amazon Muncul Orang Kaya Pertama AS$100 Bilion




RASMI… Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos disahkan majalah bisnes ternama Forbes sebagai manusia terkaya pertama di dunia melepasi nilai AS$100 bilion (kira-kira RM390 bilion).

Menurut laporan makalah berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS) itu, Bezos, 54, atau nama asalnya Jeffrey Preston Jorgensen, kini memiliki kekayaan berjumlah AS$124 bilion (RM483 bilion) setakat rekod pada 7 Mac.
Pengasas laman beli-belah runcit terbesar di dunia yang berpusat di Seattle, AS tersebut mula mencatatkan nilai kekayaan AS100 bilion pada 24 November tahun lalu selepas saham syarikatnya melebihi 2.5 peratus ketika itu.
Amazon yang ditubuhkan pada 1994 dengan nama permulaannya sebagai Cadabra sebelum ditukar pula kepada nama sedia ada, memiliki hampir 600,000 pekerja di seluruh dunia dan dianggap syarikat internet terbesar global.
Warga AS tersebut, yang dilahirkan di New Mexico tetapi kemudian dibesarkan di Texas ini, memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrikal dan sains komputer dari Universiti Princeton yang berprestij pada 1986 lepas.
Bezos mengahwini pekerja di pejabatnya sendiri yang juga merupakan graduan terbaik pengajian bahasa Inggeris dari universiti sama,  MacKenzie S. Tuttle, 43, pada 1993 lalu dengan mereka kini dikurniakan empat orang anak.
Beliau sebenarnya sudah bergelar bilionaire dengan kekayaan AS$1.6 bilion (RM6.2 bilion) pada 1998 lalu apabila menyertai senarai Forbes untuk indvidu terkaya dunia susulan penyenaraian saham Amazon di bursa New York.
Menariknya, Bezos mula memintas kedudukan manusia paling kaya di dunia pada 27 Julai tahun lepas dengan kekayaan AS$90 bilion (RM351 bilion) mengatasi pengasas bersama firma ternama, Microsoft iaitu Bill Gates.
Ia sekali gus menjadikan Bezos sebagai individu keenam menyandang gelaran manusia terkaya dalam sejarah 30 tahun Forbes, setelah berjaya mendahului Gates yang sudah memegang status elit ketika itu selama tujuh tahun.
Menurut Forbes, sehingga kini terdapat 2,200 bilionaire di seluruh dunia dengan jumlah terkumpul kekayaan mereka sahaja mencecah AS$9.1 trilion (RM35.5 trilion), naik 18 peratus berbanding rekod tahun sebelum ini.
Untuk rekod, ketika Forbes mula memperkenalkan senarai manusia terjaya dunia pada 1987, hanya terdapat 140 bilionaire di serata dunia dengan keseluruhan kekayaan mereka ialah AS$295 bilion (RM1.2 trilion) waktu itu.
Sehingga kini, Forbes melaporkan AS terus kekal sebagai negara yang memiliki paling ramai bilionaire iaitu 585 orang, diikuti oleh China sebanyak 373 orang dan India pula sejumlah 119 orang. – Agensi

Wednesday, 7 March 2018

China Melabur RM15.9 Bilion Kepada Brunei




BANDAR SERI BEGAWAN – Pekerja China dilapor sedang giat menyiapkan kompleks penapisan dan petrokimia dekat sebuah jambatan yang menghubungkan ibu negara ini dengan Pulau Muara Besar di utara Brunei.

Hengyi Group merancang kompleks tersebut menjadi projek pelaburan asing terbesar di Brunei dan menjadi tempat bergantung minyak apabila fasa pertama kompleks bernilai AS$3.4 bilion (RM13.2 bilion) itu siap.
Lapor sebuah akhbar tempatan, Bank of China telah mengambil langkah membuka cawangan pertamanya di sini pada Disember 2016 selepas firma perbankan seperti HSBC dan Citibank berundur dari negara itu.
Ketika ini, jumlah pelaburan keseluruhan China di Brunei dianggarkan bernilai AS$4.1 bi­lion (RM15.9 bilion) ketika China meningkatkan inisiatif Satu Jalur, Satu Laluan (OBOR) negara itu.
Dasar itu dijangka menghubungkan China dengan Asia Tenggara, Afrika dan Eurasia menerusi rangkaian kompleks pelabuhan, jalan raya, kereta api dan taman perindustrian.
“Brunei merupakan sebuah negara penting sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21,” kata Duta China ke Brunei, Yang Jian dalam satu kenyataan pada Februari tahun lalu.
Sementara itu, Hengyi Industries, syarikat tempatan yang membina pusat penapisan berkenaan yang dijangka siap penghujung tahun ini bagaimanapun tidak memberikan komen ketika ditanya mengenai isu berkenaan.
Fasa kedua kompleks itu bernilai AS$12 bilion (RM46.8 bi­lion) akan mengembangkan kapasiti penapisan pusat berkenaan kepada 281,150 tong sehari.
Penembahan itu turut menghasilkan sebanyak 1.5 juta tan setahun ethylene dan dua juta setahun paraxylene.
Sultan Hassanal Bolkiah dengan segera memperbaharui ekonomi negara dan mempelbagaikan sumber pendapatan sambil memerangi rasuah dan mengambil tindakan ke atas pembangkang ketika kadar pengangguran di kalangan belia meningkat.
Bagaimanapun, Projek Muara Besar yang pada mulanya dijanjikan untuk graduan baru negara itu tidak dipenuhi apabila ribuan pekerja China dihantar bagi membina kompleks itu mengakibatkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan.
“Kami masih tiada kerja, jadi mengapa wujudkan peluang pekerjaan untuk warga China?” soal seorang peniaga di sini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
*Video sekadar hiasan…