Saturday, 12 November 2016

Dolar AS kukuh lepas Trump menang punca ringgit lemah


Hasil carian imej untuk Dolar AS kukuh lepas Trump menang punca ringgit lemah
KUALA LUMPUR – Pergerakan ringgit yang tidak menentu dalam pasaran tukaran mata wang asing adalah disebabkan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden AS yang ke-45 kelmarin.
Pensyarah Ekonomi Sunway University Business School, Dr. Yeah Kim Leng berkata, dengan seluruh dunia kini tertumpu kepada langkah Trump dalam melaksanakan dasar baharunya, ia memberi impak kepada kebanyakan mata wang pasaran baru muncul yang menerima tekanan ekoran pengukuhan dolar AS.
Katanya, kemungkinan itu membabitkan dasar dalam sektor sektor korporat, cukai, dagangan, polisi fiskal serta kadar faedah yang diramalkan dinaikkan oleh Rizab Persekutuan AS.(kosmo!)

Friday, 11 November 2016

''Trump Burger', Tawaran Baru Dari Rusia..


Burger King Rusia Tawar Menu Baharu 'Trump Burger'

KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu beberapa hari lalu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyatnya dan juga beberapa negara lain.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, namun terdapat juga negara yang mengiktirafnya.
Anataranya negara Rusia yang mana presiden negara itu sendiri iaitu Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya menerusi aplikasi Telegram.
Malah bukan itu sahaja, rangkaian makanan segera terkenal Burger King cawangan Rusia turut mengeluarkan menu baru bersempena kemenangan Trump dinamakan sebagai Trump Burger.
Menurut wakil Burger King, menu baharunya itu adalah versi Angriest Whooper bersaiz besar yang merupakan burger paling laris dijual oleh rangkaian itu.
Burger King Rusia Tawar Menu Baru 'Trump Burger'
Angriest Whooper adalah burger terpedas yang dimiliki Burger King yang disajikan dengan bawang bombai dan lada jalapeƱo bersama sos paling pedas di restoran itu.
Menu berkenaan merupakan edisi terbaru Burger King untuk peminat-peminat makanan segera rangkaiannya.
Terdahulu sebuah cafe di Moscow iaitu Roll Race telah melancarkan menu dikenali sebagai ‘US Presidential Sandwiches’ yang menampilkan calon Parti Demokrat dan Republikan sebagai nama menu baru mereka. 

Ancaman Black Money didakwa ada kaitan Daesh


Hasil carian imej untuk black money
hishammuddin1
KUALA LUMPUR, 11 Safar 1438H, Jumaat – Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan ancaman jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan ‘black money’ yang dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh perlu ditangani segera.
Beliau berkata, kegiatan gelap meliputi penyeludupan orang, senjata dan dadah seharusnya dibendung kerana dikhuatiri wang hasil kegiatan itu disalurkan untuk membiayai pergerakan Daesh yang boleh mengancam keselamatan negara.
Katanya, kini Kementerian Pertahanan perlu mengambil alih tanggungjawab berhubung isu ini kerana melibatkan militan Daesh yang mana sebelum ini jenayah rentas sempadan hanya di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.
Penglibatan Kementerian Pertahanan adalah untuk memastikan dana yang diperoleh menerusi aktiviti perjudian dan penyeludupan haram tidak sampai ke tangan pengganas yang telah menapak di rantau ini.
“Menerusi perkongsian maklumat dengan pihak luar terutamanya negara jiran dan serantau kita dapat menangani masalah jenayah rentas sempadan ini dengan lebih pantas,” katanya. (ismaweb.net/)

India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Rasuah.


India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi

NEW DELHI – Pemerintah India pada Rabu bertindak menarik balik edaran wang kertas mata wang negara tersebut dengan denominasi tertinggi, iaitu 500 dan 1,000 rupee, lapor media tempatan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi ketika memaklumkan perkara itu memberitahu, kedua-dua denominasi wang tersebut ditarik secara rasmi daripada tender perundangan di seluruh dunia mulai 9 November 2016.
Bagaimanapun, rakyat yang memiliki dua jenis wang kertas berkenaan masih lagi dapat mendepositkan di kaunter perbankan tempatan atau ditukarkan dengan denominasi rendah yang lain sehingga akhir Disember 2016 ini.
Sejurus pengumuman secara mendadak tersebut, masyarakat India dilaporkan sanggup bergegas dan beratur panjang di semua mesin tunai automatik untuk memasukkan wang 500 dan 1,000 rupee yang dimiliki mereka.
Wang 500 rupee mula diperkenalkan pada 1987 disusuli 1,000 rupee pula pada 2000. India pernah ada wang 5,000 dan 10,000 rupee sejak 1949 sebelum kedua-duanya itu dimansuhkan secara serentak pada 1978 lalu.
India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi
Langkah mengejutkan yang dilakukan Modi itu merupakan salah satu usaha untuk memenuhi janji ketika kempen pilihan raya bagi mencegah pengelakan cukai dan penggubahan haram ‘wang gelap’ ditempatkan di luar negara.
Tindak serupa sebenarnya pernah dilakukan European Central Bank beberapa tahun lalu menarik peredaran wang kertas denominasi 500 euro sebagai cara untuk mencegah kegiatan penyimpanan daripada hasil aktiviti jenayah.
Agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg melaporkan, pihak bank pusat India menyatakan ini adalah pertama kalinya sejak 1978 apabila pemerintah bertindak drastik menarik peredaran wang daripada pasaran.
Kepanikan masyarakat dapat disaksikan di sekitar ibu kota New Delhi dan pusat komersial utama India, Mumbai manakala penganalisis ekonomi menyatakan, sistem perbankan akan mengalami ‘lonjakan kecairan’ aset tunai.
India Haram Wang 500 Dan 1,000 Rupee Elak Korupsi
Bagaimanapun kebanyakan pemerhati kewangan tempatan masih lagi bersikap berwaspada kemungkinan adanya kesan besar pada pertumbuhan dan inflasi domestik, meskipun ia dijangka tidak berlangsung dengan begitu lama.
“Ini adalah risiko jangka pendek terhadap ekonomi, yang akan terus diawasi,” ujar penganalisis Citigroup Inc. dalam laporan mereka. Pengurup wang di seluruh dunia malahan tidak lagi menerima dua denominasi wang tersebut.
Ketika ini dianggarkan terdapat sebanyak 16.5 bilion wang kertas pecahan 500 rupee manakala kira-kira 6.7 bilion lagi wang kertas pecahan 1,000 rupee yang beredar secara luas di serata pasaran India dan juga luar negara.
Ia didedahkan oleh timbalan gabenor Reserve Bank Of India, R. Gandhi dan susulan itu, bank pusat berkenaan menerbitkan wang kertas denominasi 2,000 rupee dan 500 rupee versi baharu. – Agensi

Thursday, 10 November 2016

Trump menang: Ekonomi Malaysia akan lebih mencabar -Bernama.

Donald Trump
"PASARAN pesat membangun lebih terdedah jika Amerika Syarikat (AS) melaksanakan pendirian melindungi perdagangan antarabangsanya," kata Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).   

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Najib Abdullah berkata manifesto pilihan raya Donald Trump berhubung globalisasi dan  perdagangan bebas merupakan ancaman kepada pertumbuhan global, yang sudah pun tertekan akibat permintaan yang lemah dan lebihan bekalan. 
   
"Walaupun pergantungan langsung eksport Malaysia dalam pasaran AS sudah berkurangan dalam tempoh sepuluh tahun lepas, impak tidak langsung menerusi negara ketiga, terutama China dan Singapura, akan dirasai.    
"Tahun-tahun mendatang akan menjadi lebih mencabar bagi ekonomi Malaysia," katanya.

Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan kesan ke atas perdagangan antarabangsa berikutan kemenangan Trump dalam pemilihan Presiden AS hari ini.

Mengenai kesan ke atas pasaran kewangan, Najib berkata dalam kes Malaysia, kecairan asing banyak dalam pasaran bon kerajaan terutama dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, namun agak rendah dalam pasaran ekuiti.    

"Kumpulan MIDF yakin asas-asas negara ini cukup kukuh bagi memberi jaminan kepada pemegang bon asing untuk terus melabur di negara ini.    
"Tambahan pula, Standard & Poor baru sahaja mengesahkan penarafan kedaulatan Malaysia pada A-," kata Najib.    

Beliau berkata kesan ke atas industri dan syarikat dijangkakan berlaku perlahan-lahan dengan perubahan ketara dalam nilai dolar US akan memberi kesan ke atas pembiayaan banyak industri.  

"Sebagai contoh, dolar yang beransur-ansur lemah akan menjadi positif kepada keuntungan pengeksport minyak sawit kerana ia akan diterjemahkan kepada hasil ringgit yang lebih tinggi.    
"Bagaimanapun, perlindungan yang lebih ketat oleh AS membawa kesan buruk kepada perdagangan global, dan dijangka menjejaskan  perkhidmatan perkapalan dan pelabuhan," katanya. 
   
Najib bagaimanapun berkata, Trump juga berjanji untuk menangani pelaburan langsung asing AS terutama dengan China.

"Ini mungkin memberi kesan negatif ke atas syarikat Malaysia, terutama dalam sektor elektronik dan elektrik, yang telah meletakkan diri mereka dalam rantaian nilai global," katanya.    
Salah satu ancaman terbesar industri ke atas kemenangan Trump ialah beliau tidak menyenangi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).    
"Pembatalan TPP akan mengurangkan harapan bagi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana berorientasikan eksport di negara anggota TPP untuk mendapat akses yang lebih besar di AS," katanya. - Bernama


Tuesday, 8 November 2016

Bank Tesco: 20,000 Pemilik Akaun Kehilangan Wang


Bank Tesco: 20,000 Pemilik Akaun Kehilangan Wang

TESCO Bank di United Kingdom menghentikan urus niaga dalam talian untuk pelanggan selepas 20,000 buah akaun semasa dipercayai telah mengalami kehilangan wang, menurut laporan akhbar The Guardian.

Ketua Eksekutif institusi perbankan tersebut, Benny Higgins, memberitahu BBCbeliau “amat berharap” agar para pelanggan akan dibayar balik dalam tempoh 24 jam.
Kira-kira 40,000 akaun didapati melakukan urus niaga yang mencurigakan pada hujung minggu lalu, di mana separuh daripada jumlah wang di dalam akaun-akaun itu telah diambil, katanya.
Salah satu punca boleh dipertimbangkan adalah peruncit pihak ketiga, kata bank itu.
Selain itu, terdapat kemungkinan sistem perbankan dalam talian Bank Tesco itu telah digodam.
Menurut salah seorang pelanggan, sejumlah wang tunai telah dikeluarkan dari akaun dalam empat transaksi berasingan, dan kesemuanya didapati dilakukan dari Rio de Janeiro, Brazil.
Namun, pelanggan masih dapat menggunakan kad mereka untuk pengeluaran tunai, pembayaran cip dan pin, serta pembayaran bil.
Mereka juga boleh menggunakan perbankan dalam talian, tetapi tidak boleh membuat transaksi dalam talian sehingga keadaan kembali terkawal, kata Higgins kepada program TV Today.
Sebelum ini, bank itu mengesahkan beberapa akaun “telah terdedah kepada aktiviti jenayah dalam talian, dan terdapat beberapa kes yang melibatkan wang yang dikeluarkan tanpa kebenaran.”
Higgins turut memohon maaf atas “kebimbangan dan kesulitan” yang telah dihadapi pelanggan.
Pada hujung minggu lalu, pelanggan merungut tentang pengeluaran wang tanpa kebenaran, sekatan kad dan penangguhan yang lama untuk menghubungi pihak bank melalui telefon.
“Kami terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pengawal selia untuk menangani insiden penipuan ini dan akan memastikan pelanggan kami dimaklumkan melalui kemas kini yang teratur menerusi laman web kami, Twitter, dan komunikasi secara langsung,” kata Higgins lagi.
Sementara itu, saham dalam kumpulan Tesco telah jatuh lebih daripada 2% pada awal dagangan selepas insiden pengeluaran tanpa kebenaran ini. 


Akhbar The Brunei Times Ditutup Kerana Tidak Dapat Menampung Sumbernya..



Post Pic
 
PETALING JAYA: Akhbar berbahasa Inggeris The Brunei Times mengumumkan penutupannya, selepas 10 tahun beroperasi sejak penubuhannya pada 2006.
 
Akhbar itu mengumumkannya pada muka depan akhbarnya hari ini yang turut menyatakan ini hari terakhir penerbitan akhbar itu.
 
Brunei Times yang dimiliki oleh Brunei Times PLC bermula dengan format broadsheet sebelum bertukar kepada saiz tabloid pada 2010.
 
“Brunei Times tidak dapat lagi menampung sumbernya untuk meneruskan operasi media dan penerbitannya. Lembaga pengarah syarikat bersetuju tindakan terbaik ialah dengan menutup akhbar itu,” menurut pengumuman di muka depan akhbar itu.
 
“Ini disebabkan isu perniagaan, standard laporan dan kewartawanan yang perlu memenuhi tanda aras dan juga isu berkaitan kemapanan perniagaan, terutama dalam keadaan mencabar daripada media alternatif.”
 
Menurut Bangkok Post, penutupan akhbar itu akan menyebabkan kira-kira 130 kakitangan hilang pekerjaan.
 
The Brunei Times ialah salah satu akhbar utama di Brunei yang turut menerima kritikan oleh NGO kebebasan media antarabangsa Reporters Without Borders (RSF) kerana “penapisan sendiri”.
 
“Penapisan sendiri ialah peraturan untuk wartawan yang bekerja di Radio Television Brunei milik kerajaan dan akhbar utama – Borneo Bulletin, The Brunei Times dan Media Permata,” menurut rumusan rasmi NGO itu mengenai kebebasan media Brunei.