Friday 11 November 2016

Ancaman Black Money didakwa ada kaitan Daesh


Hasil carian imej untuk black money
hishammuddin1
KUALA LUMPUR, 11 Safar 1438H, Jumaat – Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan ancaman jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan ‘black money’ yang dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh perlu ditangani segera.
Beliau berkata, kegiatan gelap meliputi penyeludupan orang, senjata dan dadah seharusnya dibendung kerana dikhuatiri wang hasil kegiatan itu disalurkan untuk membiayai pergerakan Daesh yang boleh mengancam keselamatan negara.
Katanya, kini Kementerian Pertahanan perlu mengambil alih tanggungjawab berhubung isu ini kerana melibatkan militan Daesh yang mana sebelum ini jenayah rentas sempadan hanya di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri.
Penglibatan Kementerian Pertahanan adalah untuk memastikan dana yang diperoleh menerusi aktiviti perjudian dan penyeludupan haram tidak sampai ke tangan pengganas yang telah menapak di rantau ini.
“Menerusi perkongsian maklumat dengan pihak luar terutamanya negara jiran dan serantau kita dapat menangani masalah jenayah rentas sempadan ini dengan lebih pantas,” katanya. (ismaweb.net/)

No comments:

Post a Comment