Friday, 19 June 2015

Ringgit jatuh: Bank Negara dilihat bersihkan Mahathir


Keadaan ringgit yang tidak stabil disebabkan oleh faktor antarabangsa dan perkembangan domestik tetapi tidak melibatkan aspek politik, kata Bank Negara.

Kenyataan itu sekali gus dilihat berbeza sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang menyalahkan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kejatuhan harga ringgit.

Faktor antarabangsa, kata Bank Negara, termasuk jangkakan pelabur susulan dasar kewangan bank-bank utama serta trend semasa harga minyak mentah dan gas.

Manakala faktor dalaman termasuk kebimbangan kerajaan terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu-isu berkaitan penarafan.

“Oleh kerana perkembangan luaran di luar kawalan mana-mana ekonomi terbuka, setiap usaha perlu diambil untuk menyelesaikan isu-isu dalaman yang dihadapi ekonomi kita,” kata bank pusat itu.

Bank Negara juga berkata Malaysia mempunyai asas dan prospek pertumbuhan yang kukuh, dan ringgit akan kembali stabil selepas itu itu diselesaikan.

Bank Negara juga berkata tidak akan terlibat dalam sebarang agenda politik dan akan menumpukan tugasnya untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan fiskal.

Ahmad sebelum ini mendakwa dimaklumkan oleh Bank Negara bahawa Mahathir antara punca harga ringgit jatuh.

Pada September tahun lalu, ringgit diikat pada RM3.20 untuk satu dolar Amerika Syarikat. Sekarang ia diikat pada RM3.70. (MK)

Monday, 15 June 2015

Dr M: Proton akan masuk pasaran Perodua.

Proton akan bersaing dengan Perodua dalam pasaran kereta kompak selepas prestasi lembab syarikat kereta pertama nasional itu, kata Pengerusi Proton Tun Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, memorandum persefahaman telah ditandatangani dengan pengeluar kereta Jepun Suzuki untuk membantu mereka berkembang ke pasaran dikuasai Perodua.

“Perodua sepatutnya kekal dengan (kereta kapasiti enjin) 660cc tetapi kini mereka masuk ke wilayah Proton.

“Pada masa itu OK... tetapi sekarang walaupun mempunyai dua syarikat pengeluar kereta, pasaran kita daripada 80 peratus jadi 48 peratus,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam hari ini.

Kenyataan Mahathir itu kebetulan dibuat tiga hari selepas bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa TV3 cuba memburuk-burukkan Proton, antara legasi pentadbirannya.

Zainuddin, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu juga berkata terdapat pihak memaklumkan padanya bahawa TV3 tiga malam berturut-turut menyiarkan keburukan teksi Proton.

TV3 bagaimanapun menjelaskan bahawa laporan itu tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini. (MK)

Wednesday, 27 May 2015

Saham FGV merosot, PAS hantar memorandum aduan ke Bursa KL

Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.
Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015. 
Spekulasi Felda Global Venture (FGV) bakal digugurkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ekoran prestasi sahamnya yang semakin jatuh merudum membimbangkan peneroka, kata Dr Rosli Yaakop.
Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata, FGV perlu disiasat bagi memastikan syarikat itu tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang pasaran saham dalam proses penyenaraiannya dan dalam urus niaga di Bursa Malaysia.
Katanya, ini berdasarkan saham FGV menurun RM2.02 seunit, jatuh 54% di bawah harga tawaran asal (IPO) RM4.45 sesaham, memberi petunjuk masa depan FGV yang kelam.
Kebimbangan itu disuarakan melalui memorandum kepada Bursa Malaysia Kuala Lumpur, memastikan agar FGV bebas dari sebarang cubaan memanipulasi harga pembelian 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad.

"Jika didapati ada pelanggaran peraturan dan undang-undang pasaran saham, manipulasi, pengkhianatan dan penipuan, tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terbabit," kata Rosli dalam memorandum yang diserahkan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia diterima Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad. – 26 Mei, 2015. (TMI)
-

Monday, 25 May 2015

Jualan Kereta Proton Merudum 52.8% Kerana..

jualan,proton
PETALING JAYA: Penjualan kereta nasional keluaran Proton mencatatkan penurunan ketara sepanjang empat bulan pertama 2015.
Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, ia hanya menjual 4,972 buah kereta.
Ia menunjukkan penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan Mac di mana jualannya mencecah 10,528 unit.
Meskipun menganggap kejatuhan jualan itu yang dikaitkan dengan sikap pengguna yang membuat pembelian awal sebelum Cukai Barang dan Jualan (GST) berkuatkuasa pada 1 April, jualan Proton berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia mencatatkan penurunan sebanyak 23.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Secara keseluruhan, jumlah penjualan kenderaan baru di Malaysia jatuh sebanyak 32.9 peratus.
Setakat ini, kereta keluaran Perodua menguasai pasaran jualan kereta tempatan dengan jumlah 17,584 unit diikuti Honda 6,562 unit, Proton , 4.972 unit, Toyota, 4,200 unit dan Nissan 2,722 unit.
Menurut sumber yang dipetik daripada www.carlist.my sambutan terhadap model City, Jazz, CR-V, Accord dan juga HR-V telah membantu melonjak jualan Honda sebanyak 27.3 peratus. (FMT)

Saturday, 23 May 2015

Sindiket gores menang tumpas




Mior FARIDALATHRASH (tengah) menunjukkan sebahagian daripada invois bayaran dan kupon gores dan menang yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Timur Laut, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Kegiatan sindiket penipuan gores dan menang yang me­ngaut keuntungan lebih RM700,000 sejak tiga bulan lalu akhirnya tumpas selepas pejabat mereka di Jalan Slim, Jelutong di sini diserbu sepasukan anggota polis Rabu lalu.
Ahli sindiket terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita, masing-masing berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada pukul 2.50 petang.
Operasi tersebut dijalankan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Kosmo! difahamkan, suspek menyasarkan golongan warga emas dan pesara sebagai mangsa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menawarkan baucer kepada mangsa di kawasan tertentu seperti di pusat beli-belah dan bank.
“Mangsa akan menjadi tertarik selepas membuka baucer berkenaan ke­rana dimaklumkan mereka bakal memenangi cabutan bertuah berupa barangan elektrik, perabot dan rumah sebelum dipujuk ke pejabat suspek untuk membuat bayaran. (Kosmo!)

Thursday, 14 May 2015

Beli IPhone On Line, Dapat Biskut. Pihak Berwajib Mana, Perlu Tindak Segera?

Biskut diterima Nor yang diletakkan dalam kotak iPhone 6. — Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang membeli Iphone 6 terpakai melalui perniagaan atas talian terpaksa berputih mata apabila mendapat beberapa kepingan biskut di dalam bungkusan yang diterimanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Nor, turut menanggung kerugian RM890.

Menurutnya, urusniaga itu dijalankan pada pertengahan April lalu apabila mahu membeli telefon bimbit berkenaan untuk dihadiahkan kepada anaknya.

Memetik Sinar Harian hari ini, Nor memberitahu peniaga itu dikenali sebagai Hafriz dan berasal daripada Terengganu.

"Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050 kemudian dia sendiri secara sukarela beri diskaun dengan harga RM1,890," katanya.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan harga berkenaan, Nor memasukkan RM300 seperti yang diarahkan sebagai bayaran pendahuluan dan baki perlu dilunaskan apabila barang diterima.

"Semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan kononnya barang sudah dipos dan meminta saya memasukkan lagi RM590," ujarnya.

Selepas enam hari menunggu, Nor terkejut apabila bungkusan yang disangkanya Iphone 6 itu hanyalah beberapa keping biskut yang diletakkan di dalam kotak Iphone 6 itu.

"Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya bila melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut," kata Nor lagi.

Nor lantas bertanyakan hal itu kepada si penjual, namun sehingga kini tidak mendapat sebarang balasan meskipun laman web dan akaun Instagram yang diguna Hafriz masih aktif. - Siakapkeli.my

Pihak mana yang perlu bertindak segera? (IH)

Lihat sebelum ini..
Al-Kisah, BELUT..

Saturday, 9 May 2015

McDonald’s Terancam Bangkrap. Dianggap Bodoh, Makan Di Restoran Itu.


PERNIAGAAN restoran segera McDonald's merancang menutup 350 restoran mereka. Langkah itu diambil selepas perniagaan mereka mengalami penurunan jualan yang sangat drastik. Dipetik dari laman Metro.co.uk, Jumaat (24/4), McDonald 's mengalami penurunan jualan secara global mulai 0.6 peratus hingga 8.6 peratus.

"Sebagai restoran terkemuka dunia, kami sedang berubah menjadi lebih responsif kepada pelanggan masa kini," kata Ketua Pegawai Eksekutif McDonald, Steve Easterbrook.

Daripada 350 gerai yang akan ditutup tersebut, 220 di antaranya berada di China. Sementara 130 outlet lain berada di Jepun.

"Kami tengah mengembangkan sebuah rancangan pemulihan (putar haluan) untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan membawa, pertumbuhan yang menguntungkan," ujar Easterbrook.

Sementara, laman Mirror.co.uk menulis jualan global McDonald 's menurun 2.3 peratus sepanjang suku pertama tahun ini, termasuk penurunan 2.6 peratus di Amerika Syarikat. Di Eropah, mereka mengalami penurunan jualan 0.6 peratus.

Bagi banyak pemerhati dalam bidang kulineri, fenomena penurunan pelanggan restoran terkemuka dunia ini sesungguhnya disebabkan trend pengguna yang mula beralih daripada mengambil makanan sampah (junkfood atau fastfood) menuju makanan sihat dan organik. Kesedaran masyarakat mula berkembang seiring dengan banyaknya aduan kesihatan berkaitan makanan-makanan sampah tersebut. 

Hanya di negara-negara miskin, makanan di gerai makanan segera dijadikan trend gaya hidup seolah-olah habit, padahal di Amerika Syarikat dan negara-negara maju, restoran-restoran itu sudah mulai ditinggalkan dan dianggap bodoh jika anda masih mahu makan di sana.

*sumber eramuslim.com