Thursday, 9 June 2016

Bill Gates: Jika Hanya Berpendapatan RM250 Sebulan, Apa Dia Akan Buat?



9 Jun - Apa yang akan dilakukan oleh orang-orang kaya jika mereka tiba-tiba hidup dengan berpendapatan RM250 sebulan; sebagaimana dengan 1 billion manusia lain yang hidup dalam kemiskinan?

Salah seorang dari mereka ada jawapannya.

Manusia terkaya di dunia, Bill Gates, berkata dia akan menternak ayam jika dia hidup dalam kemiskinan.

Menerusi satu posting di blog, pengasas Microsoft itu turut menambah : "Bagaimanapun, tiada satu jawapan yang tepat memandangkan tahap kemiskinan berlainan di lain-lain tempat.

"Tetapi melalui pengalaman saya dengan yayasan kebajikan, saya telah bertemu dengan ramai orang di negara miskin yang menternak ayam, dan saya banyak belajar tentang selok-belok menternak haiwan ini. Ia agak jelas kepada saya bahawa sesiapa yang hidup dalam kemiskinan, lebih baik buat mereka jika mempunyai ayam.", tulisnya.

Tambah beliau, empat sebab untuk melakukannya.

Yang pertama ayam adalah murah dan senang dijaga. Yang kedua, mereka (ayam) adalah pelaburan yang bagus, makan ayam (dan telur) bagus untuk manusia, dan ia boleh menjana pendapatan yang memberi kuasa kepada wanita untuk mengambil peranan keusahawanan aktif dalam komuniti.

Tech Insider melaporkan : "Menerusi kajian dan trip ke Afrika Barat, Gates mendapati seorang penternak yang mempunyai 8-10 ekor ayam boleh mendapatkan pulangan 40 ekor ayam dalam masa 3 bulan. Dengan jualan $5 untuk seekor ayam (harga yang normal di tempat itu), seorang penternak boleh menjana $1,000 (RM4,000) untuk satu tahun, jauh lebih baik dari kadar pendapatan kemiskinan tegar yang berada pada $700 (RM2,800) setahun.

"Ia mungkin kelakar, saya bila serius bila saya berkata saya teruja tentang ayam", tulis Gates.

Sumber : http://www.businessinsider.my/

18 juta penduduk dunia bergelar jutawan

Hasil carian imej untuk SYED BUKHARI JUTAWAN MELAYU
Jutawan Malaysia..
WASHINGTON – Satu kajian terbaharu kelmarin mendapati meskipun hanya satu peratus daripada populasi penduduk dunia bergelar jutawan, namun jika semua aset mereka dicampurkan, ia meliputi hampir separuh daripada kekayaan global.
Sebahagian daripada 18.5 juta isi rumah di seluruh dunia mempunyai sekurang-kurangnya aset bernilai AS$1 juta (RM4 juta) dengan jumlah keseluruhan AS$78.8 trilion (RM320 trilion), menurut laporan tahunan Boston Consulting Group mengenai kekayaan privasi global.
Kajian menunjukkan kekayaan golongan elit satu peratus itu juga semakin berkembang dan meningkat daripada 45 peratus pada 2013 kepada 47 peratus tahun lalu sekali gus menyokong kebimbangan dalam kalangan ahli ekonomi bahawa jurang ketidaksamaan pemilik harta semakin melebar di seluruh dunia.
Amerika Syarikat mengetuai senarai negara memiliki jutawan paling ramai dengan lapan juta orang, diikuti China (dua juta) dan Jepun (satu juta).
Bagaimanapun kekayaan ke­seluruhan telah berkembang paling pesat di rantau Asia Pasifik disebabkan pertumbuhan ekonomi Asia Timur pada kadar 12.3 peratus setahun sejak lima tahun lalu dengan ramalan akan berkembang lebih daripada 10 peratus setahun menjelang 2020.
Tidak termasuk Jepun, rantau Asia Pasifik akan menyumbang lebih daripada 40 peratus daripada pertumbuhan kekayaan global untuk tempoh lima tahun akan datang, menurut laporan tersebut. Kebanyakannya di China dan India.
“Asia Pasifik juga dijangka akan melepasi Eropah Barat sebagai rantau kedua paling kaya pada 2017,” tambah laporan itu. – AFP

Tuesday, 7 June 2016

56 syarikat disenarai hitam.

JSJK Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan forex serta merampas wang tunai RM2.7 juta pada 1 Disember tahun lalu di Selangor.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 56 syarikat pelaburan ha­ram telah disenarai hitam Bank Negara Malaysia (BNM) selepas didapati mengaut keuntungan lebih puluhan bilion ringgit daripada ke­giatan itu sejak empat tahun lalu.
Namun, ada sebahagian daripada syarikat berkenaan dikatakan masih aktif menjalankan kegiatan pelaburan termasuk dengan menukar nama syarikat bagi me­ngaburi mata pihak berkuasa.
Antara jenis pelaburan yang se­ring digunakan bagi memperdaya rakyat negara ini adalah pelaburan berbentuk emas, simpanan dana, pertukaran mata wang asing dan harga komoditi.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, senarai itu dikeluarkan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa yang juga pelabur kepada BNM selepas gagal mempe­roleh pulangan yang dijanjikan syarikat ber­kenaan.
Katanya, sikap tamak sebahagian pelabur yang mahu memiliki kekayaan dengan cara mudah menyebabkan mereka senang ditipu sehingga sanggup mengeluarkan wang simpanan bernilai ratusan ribu ringgit.
Bagaimanapun, Roslan menegaskan banyak lagi syarikat yang berselindung de­ngan nama pelaburan haram, namun tidak dapat disenaraihitamkan berikutan tiada mang­sa tampil membuat laporan dirinya ditipu. (Kosmo!)

Sunday, 5 June 2016

Pekerja M'sia Di Australia Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. -Ibnu Hasyim.



WEBLOG Ibnu Hasyim mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada pekerja-pekerja Malaysia yang beragama Islam di rantau orang, di Negara Kanggaru Australia.

Terutama yang pergi melalui khidmat runding pihak kami.

Dari Keluarga-keluarga di Malaysia..

Pulau Tinggi Terendak Cina
Nampak dari Pasir Sibu,
Tuan/puan pergi janganlah lama
Tak kuasa hamba menanggung rindu.

Dari Weblog Ibnu Hasyim..

Kalau ada jarum patah
Jangan simpan dalam peti,
Kalau ada silap salah
Jangan simpan dalam hati.

Untuk semua..

Pualau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badab di kandung tanah
Budi baik dikenang jua.

Insya Allah, ali-hamdulillah!





Untuk maklumat lanjut sila hubungi..

Ibnu Hasyim 5Jun 2016.
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel +6014 222 5865 (KL)

Wasap (Muaz) +6018 201 8842

Weblog Panduan: Ibnu Hasyim.Com
Rujuk artikel: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
http://www.ibnuhasyim.com/2015/06/peluang-kerja-kutip-buah-di-australia.html
Kerjasama Perunding: HMH Resources (Reg.no 001646737-T)

Thursday, 2 June 2016

Indonesia Pamerkan Produk Teknologi Canggih di ComunicAsia 2016 Singapura

Paviliun Indonesia di CommunicAsia, Singapura. Bertempat di Hall F, Marina Bay Sand, Singapura. (IST) Paviliun Indonesia di CommunicAsia, Singapura. Bertempat di Hall F, Marina Bay Sand, Singapura. (IST)
Singapura: Indonesia kembali pamerkan produk teknologi canggih hasil industri kreatif di ajang bergengsi teknologi informasi dan bisnis digital CommunicAsia 2016, 31 Mei hingga 3 Juni 2016 di Singapura. Sejumlah perusahaan dan komunitas pelaku bisnis IT tanah air memboyong berbagai aplikasi komunikasi, bisnis dan animasi dalam pameran teknologi terbesar Asia tersebut.
IKITAS Semarang misalnya memamerkan aplikasi smart payment untuk keperluan bisnis. Sementara komunitas Malang Creative Fusion membawa produk animasi yang diklaimnya tidak kalah hebat dan “smooth” dibandingkan dengan besutan perusahaan kelas dunia, Pixar. Selain itu, ada juga PT Indoguardika Cipta Kreasi (ICK), perusahaan pelopor teknologi antisadap Indonesia yang memboyong berbagai aplikasi dan perangkat komunikasi berenkripsi buatannya. Produk komunikasi antisadap yang dipamerkannya antara lain aplikasi ponsel antisadap (SMS Guard, Chat Guard dan Voice Guard), Radio Guard, VPN (Virtual Private Network) Guard dan TiO (Three in One) Guard.
Menurut Zakiyudin, pejabat Kementerian Perindustrian yang hadir dalam pameran ini, ada lima lagi perusahaan dan komunitas IT Indonesia lain yang tergabung dalam paviliun Indonesia di Hall F, Marina Bay Sands, Singapura. Kelimanya adalah Asosiasi Piranti Lunak Indonesia (Aspiluki), Cimahi Creative Association, Bandung Technopark, Asosiasi Pengusaha Komputer Indonesia (Apkomindo), dan Asosiasi Industri Kreatif dan Animasi (Ainaki). Semua perwakilan yang ada di paviliun Indonesia ini di bawah kordinasi Kementerian Perindustrian.
Dalam kesempatan itu, Direktur Riset dan Produksi PT. ICK, Sujoko mengapreasiasi inisiatif Kementerian Perindustrian yang menyokong penuh produk Indonesia di pameran internasional ini. Dukungan semacam ini bisa mendongkrak daya saing produk IT Indonesia di dunia internasional.
“Dengan ajang pameran seperti ini maka dunia akan semakin tahu bahwa produk IT Indonesia sangat berkualitas dan bisa bersaing dengan produk negara maju lainnya,” jelas Sujoko, dalam keterangan pers yang diterima dakwatuna.com, Rabu (1/6/2016),
Produk antisadap ICK, lanjut Sujoko, mulai dikenal di dunia internasional melalui pameran-pameran semacam ini. Kementerian Perindustrian sendiri menyambut baik industri tanah air yang memproduksi alat antisadap. Menurutnya ini adalah langkah maju dalam teknologi sekaligus menyasar ceruk pasar yang tepat.
“Kami mengapresiasi keikutsertaan ICK dalam pameran ini, karena saat ini tidak ada perusahaan antisadap lainnya di Indonesia selain ICK,” ujar Zakiyudin.
Zakiyudin menambahkan, pasar teknologi antisadap ini masih sangat berkembang dan peluangnya masih sangat terbuka lebar. Ditambah kebutuhan itu meningkat seiring dengan semakin tingginya tingkat ketergantungan masyarakat dengan teknologi.
Turut hadir pula Walikota Tangerang, Arief R. Wismansyah. Dalam kesempatan tersebut dia menyampaikan pentingnya Indonesia memperkuat teknologi dalam negeri. Dia berharap produk-produk teknologi anak bangsa bisa berkibar di tanah air.
Tentang CommunicAsia 2016
CommunicAsia adalah pameran teknologi informasi dan komunikasi (ICT) serta konferensi yang diadakan sejak tehun 1979. Acara ini lazim berjalan bersamaan dengan pameran BroadcastAsia dan EnterpriseIT yang semuanya dioperasikan oleh Singapore Exhibition Services. Gelaran ini berlangsung 31 Mei hingga 3 Juni 2016 di Marina Bay Sands, Singapura, sebuah lokasi pameran serupa Jakarta International Expo di Kemayoran.
Pada CommunicAsia 2016 berbagai teknologi terbaru dalam 3D Printing, Internet of Things (IOT), cyber security, smart city, dan berbagai teknologi canggih lainnya. Teknologi terbaru tersebut dapat berperan besar dalam kehidupan bisnis serta sosial dunia. (IH)
Sekitar 1840 perusahaan dari seluruh dunia, termasuk 8 perusahaan dan komunitas teknologi informasi Indonesia, ikut menyemarakkan gelaran CommunicAsia 2016 ini. (IH/dakwatuna)

Monday, 30 May 2016

10 Syarikat Paling Ramai Rakyat M'sia Idamkan Pekerjaan.

job
MENERUSI satu kajian dijalankan oleh JobStreet.com yang melibatkan 7,958 responden, berikut merupakan carta 10 syarikat yang paling diidamkan oleh rakyat negara ini bagi membentuk karier:
10. Public Bank
10
9. Tenaga Nasional Berhad
9
8. Intel
8
7. Nestle
7
6. Air Asia
6
5. Maybank
5
4. Sime Darby
4
3. Google
3
2. Shell
2
1. Petronas
1

Ini merupakan penganugerahan dua tahun berturut-turut buat Petronas apabila mereka sekali lagi dipilih sebagai peneraju carta yang dijalankan oleh agensi pekerjaan berkenaan.
Petronasi diwakili oleh Ketua Pengurusan Tenaga Kerjanya, Ungku Haslina Ungku Mohamed Tahir yang hadir menerima trofi tersebut.
Menurut Pengurus JobStreet Malaysia, Chook Yuh Yng, senarai 10 syarikat ini adalah sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia apabila enam daripada syarikat itu adalah milik tempatan.
“Ternyata senarai
 top 10 syarikat di Malaysia adalah lebih membanggakan apabila enam daripada 10 syarikat itu terdiri daripada syarikat tempatan.
“Ini berlainan dengan kajian yang dilakukan di negara serantau seperti Singapura dan Filipina yang mana senarai mereka lebih banyak dikuasai syarikat antarabangsa dan negara luar,”katanya ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan JobStreet Top 10 Companies 2016 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, hari ini.
Penyampaian trofi disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Talentcorp Malaysia, Johan Mahmood Merican dan Ketua Pegawai Eksekutif SEEK Asia, Suresh Thiru.

Dalam survey itu juga mendapati antara faktor-faktor yang menarik pekerja untuk memilih sesebuah syarikat itu adalah disebabkan faktor ganjaran dan insentif, gaji, budaya dan suasana kerja, perkembangan kerjaya dan reputasi syarikat tersebut.
Naib Presiden Pengurusan Kumpulan Sumber Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abdul Rahman berkata: “Kami berterima kasih dengan Anugerah JobStreet.com’s People’s Choice Award 2016.
“Sebagai sebuah syarikat bertaraf global, Petronas yakin perkembangan pekerja adalah suatu faktor yang penting bagi kelangsungan sesebuah syarikat itu.
“Kami percaya dengan budaya kerja yang diterapkan di Petronas seperti Kesetiaan, Intergriti, Profesionalisme dan Kerjasama merupakan faktor yang menyebabkan kami kekal sebagai syarikat yang paling banyak rakyat Malaysia nak bekerja,” katanya.
Kajian JobStreet.com dilakukan pada Disember lalu melibatkan lebih 7,000 responden yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, jantina, tahap pendidikan dan dari pelbagai industri pekerjaan. (IH)

Tuesday, 24 May 2016

Trend bisnes secara online


Transaksi online merupakan kaedah jual beli yang semakin banyak dilakukan bagi menggantikan cara manual. – Gambar hiasan

MUSIM silih berganti dan zaman juga berubah. Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dan mengubah cara hidup mereka.
Perniagaan melalui internet atau lebih dikenali sebagai e-dagang pada masa kini telah menjadi satu trend.
Di Malaysia, perniagaan secara online semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai usahawan menjadikan internet sebagai saluran untuk memulakan perniagaan kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar.
Para usahawan hanya perlu memiliki sebuah komputer dan kebolehan sebagai aset utama untuk memulakan perniagaan.
Berdasarkan statistik Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 2013, nilai e-dagang di negara ini mencatatkan nilai pasaran berjumlah RM53 bilion. Ia dijangkakan meningkat kepada RM72 bilion pada penghujung 2015. Malah, disasarkan akan terus berkembang kepada RM88 bilion pada 2016.
Menurut Pengasas Syarikat Konsultasi, Castanea Resourses, Hardiana AJ, dalam perniagaan secara online menjadi pilihan pada masa kini kerana ia mempunyai banyak sisi positif.
“Perniagaan online membolehkan usahawan menjual produk lebih cepat dan mudah memasuki pasaran global.
“Selain dapat membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari, ia juga menggantikan konsep konvensional yang memerlukan pelanggan datang ke kedai dan mengisi borang untuk membeli barang.
“Hari ini, hanya dengan sekali klik, semuanya dapat diuruskan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan di internet jauh lebih murah, maka ia membuka peluang kepada usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Harmony Hollow Software pada 2006, walaupun perniagaan online dipercayai mempunyai potensi yang lebih besar berbanding bisnes konvensional, kekangan dan cabarannya tetap ada.
Antaranya, rintangan kepada teknologi baharu, kekurangan pelanggan berpotensi, kesukaran pelaksanaan, kekurangan kemahiran teknologi dan masalah kos.
Selain kekangan daripada sudut teknologi, keyakinan dan kepercayaan para pengguna juga antara cabaran mereka yang mengendalikan bisnes ini.
Sesetengah pelanggan kurang yakin dengan transaksi tanpa kertas dan bersemuka dengan penjual.
Selain itu, sesetengah pelanggan lebih suka menjalankan aktiviti beli-belah secara konvensional. Melalui cara ini, mereka berpeluang melihat, meneliti dan memilih produk-produk yang diingini di depan mata.
Kekangan itu menyebabkan perniagaan online masih kurang diberi perhatian dan sukar dilaksanakan terutamanya di negara-negara yang kurang maju serta rakyatnya tidak celik teknologi. Kekangan itu mampu menyebabkan kegagalan pelaksanaan perniagaan online.
Hardiana menambah, isu penipuan, sekuriti, keselamatan dan kerahsiaan data juga menjadi perkara yang sering diperdebatkan oleh pelanggan. Hal ini boleh mengurangkan keyakinan mereka terhadap perniagaan online jika isu-isu ini tidak ditangani dengan baik.


Pembelian secara online semakin menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan fleksibel. – Gambar hiasan

“Kunci utama kejayaan seorang usahawan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan secara online ialah kesungguhan mereka memastikan output yang ditawarkan berkualiti.
“Selain itu, bisnes secara online juga memerlukan peniaga yang sentiasa melihat perkembangan laman web mereka supaya segala pembelian daripada pelanggan dapat dihantar secepat mungkin,” ujarnya.
Kepuasan pelanggan akan menyebabkan pelanggan setia terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Lonjakan positif
Biarpun perniagaan online dilihat lebih banyak kelebihan dan besar potensinya, tanpa perancangan yang mantap, lemah mengatur strategi dan kurang kreativiti maka hasilnya tetap tidak memuaskan.
Pendek kata, baik perniagaan online mahupun tradisional, kedua-duanya memerlukan ilmu, kegigihan, kreativiti, inovasi dan kesungguhan.
Dalam pada itu, pengusaha perniagaan online Sweet n Cozy Collection, Rahayu Mohd. Tohari, 38 memberitahu, trend perniagaan online sebenarnya adalah satu lonjakan positif yang boleh memajukan sesebuah bisnes.
Menjual barangan keperluan buatan tangan untuk kanak-kanak dan wanita, pengalaman Rahayu selama lima tahun mengendalikan perniagaan online telah memberinya banyak peluang serta ruang bukan sahaja memperkenalkan produk rekaannya sendiri tetapi mendapat capaian pelanggan dari luar negara.
“Perniagaan online merupakan salah satu cabang bisnes yang sangat membantu dan fleksibel daripada aspek promosi serta penjualan barangan kepada pembeli.
“Ia membuka radius yang luas terutamanya kepada capaian pelanggan. Malah, saya sendiri pernah berurus niaga dengan pelanggan dari Finland, Amerika Syarikat dan Brunei,” katanya ketika hubungi Kosmo! baru-baru ini.
Mengulas tentang hala tuju dan masa depan perniagaan online, Rahayu mengakui bahawa konsep bisnes itu akan terus berkembang dan persaingan dijangka meningkat.
Ia jelas dalam tempoh lima tahun, kewujudan peniaga online boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh setelah hujan. Bagaimanapun, pada pandangannya, trend jual beli moden itu dilihat tidak akan menjejaskan konsep jualan terus atau langsung.
“Walaupun perniagaan online kini telah memasuki jualan barangan harian, ia tidak dilihat sebagai ancaman kepada jenis perniagaan tradisional. Ini berikutan masih ramai lagi pembeli yang mahu berurusan secara dua mata untuk memeriksa sendiri produk jualan.
“Ia bertujuan bagi mengelakkan kes penipuan oleh peniaga. Pada masa sama, penjual juga perlu arif tentang konsep transaksi pembayaran agar tidak menjadi mangsa kepada pembeli hantu,” ujarnya. (Kosmo!)