Thursday 9 June 2016

18 juta penduduk dunia bergelar jutawan

Hasil carian imej untuk SYED BUKHARI JUTAWAN MELAYU
Jutawan Malaysia..
WASHINGTON – Satu kajian terbaharu kelmarin mendapati meskipun hanya satu peratus daripada populasi penduduk dunia bergelar jutawan, namun jika semua aset mereka dicampurkan, ia meliputi hampir separuh daripada kekayaan global.
Sebahagian daripada 18.5 juta isi rumah di seluruh dunia mempunyai sekurang-kurangnya aset bernilai AS$1 juta (RM4 juta) dengan jumlah keseluruhan AS$78.8 trilion (RM320 trilion), menurut laporan tahunan Boston Consulting Group mengenai kekayaan privasi global.
Kajian menunjukkan kekayaan golongan elit satu peratus itu juga semakin berkembang dan meningkat daripada 45 peratus pada 2013 kepada 47 peratus tahun lalu sekali gus menyokong kebimbangan dalam kalangan ahli ekonomi bahawa jurang ketidaksamaan pemilik harta semakin melebar di seluruh dunia.
Amerika Syarikat mengetuai senarai negara memiliki jutawan paling ramai dengan lapan juta orang, diikuti China (dua juta) dan Jepun (satu juta).
Bagaimanapun kekayaan ke­seluruhan telah berkembang paling pesat di rantau Asia Pasifik disebabkan pertumbuhan ekonomi Asia Timur pada kadar 12.3 peratus setahun sejak lima tahun lalu dengan ramalan akan berkembang lebih daripada 10 peratus setahun menjelang 2020.
Tidak termasuk Jepun, rantau Asia Pasifik akan menyumbang lebih daripada 40 peratus daripada pertumbuhan kekayaan global untuk tempoh lima tahun akan datang, menurut laporan tersebut. Kebanyakannya di China dan India.
“Asia Pasifik juga dijangka akan melepasi Eropah Barat sebagai rantau kedua paling kaya pada 2017,” tambah laporan itu. – AFP

No comments:

Post a Comment