Thursday 16 June 2016

Najib gagal urus tadbir Malaysia dengan baik -PM Britain David Cameron



Walaupun ada pihak-pihak yang cuba menafikan kenyataan mata wang ringgit merudum dengan teruknya, hakikatnya, ekonomi Malaysia kini berada pada paras yang boleh dikatakan ‘gawat’.

Hal ini adalah kerana ringgit merupakan matawang di rantau ASEAN yang jatuh merudum pada kadar terbanyak sekali.

Sumber-sumber dari komuniti usahawan memberitahu situasi semakin buruk kerana persepsi terhadap para pemimpin negara.

"Kenyataan yang sering berbolak-balik dari pihak kerajaan telah menimbulkan kemusyikilan dalam kalangan usahawan," komen seorang pelabur asing dengan syarat nama beliau dirahsiakan.

Selain daripada itu, akhbar harian di Britain juga pada hujung bulan lalu telah melaporkan bahawa Perdana Menteri negara itu, David Cameron telah menggesa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak supaya melakukan urustadbir yang lebih baik dan berkesan terutamanya dalam isu ketelusan.

"Ini semua telah menjejaskan imej Malaysia. Oleh sebab itu, kadar Ringgit Malaysia sudah melebih RM4 untuk 1 Dolar Amerika dan lebih RM6 untuk 1 Pound Britain. Jika keadaan ini berterusan, kita akan mengimpot dengan kadar yang amat mahal," sambung pelabur asing tersebut.

Beliau juga memberitahu bahawa penggantungan terbitan akhbar ‘The Edge' juga memberi impak persepsi yang buruk terhadap negara kita. (IH)

No comments:

Post a Comment