Tuesday, 2 January 2018

Pemetik Kobis Di Korea, Rupanya Pernah Menipu Orang Ramai.



Mungkin bagi sesetengah orang, bekerja di luar negara merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan. Namun, sedarkah anda tentang cabaran yang perlu diharungi untuk hidup di sana?
Baru-baru ini tular satu video seorang warga Malaysia, Adib Zizan yang bekerja sebagai pemetik kubis di Korea Selatan.
Pemuda itu menceritakan pengalamannya bekerja di sana.
“Bukan senang di bumi Korea. Saya bekerja di kilang batu, kilang konkrit. Saya bekerja sebagai seorang petani, saya tak pernah mengeluh.
“Dengan apa yang saya dapat hari ni, hasil saya sendiri,” katanya dalam video live yang dibuatnya.
Menurut Adib, dia perlu bekerja dalam keadaan suhu yang rendah dan netizen yang tidak melaluinya hanya pandai meluahkan kata-kata di laman sosial.
Sementara itu, Adib turut menceritakan pengalaman seorang remaja yang baru bekerja selama hampir dua bulan di sana dan telah mendapat pendapatan sebanyak 3 juta won (RM11,000).
Kata Adib, remaja berumur 19 tahun itu ditinggalkan ejennya dan dia bekerja sebagai pemetik kubis untuk menyara kehidupannya.
“Saya kerja pemetik kubis. Gaji saya dalam RM11,000,” katanya.
Remaja itu juga berjaya membeli telefon bimbit jenama Apple iPhone 7 Plus (128GB) selepas sebulan membanting tulang di sana.
Tambahnya lagi, dia berhijrah ke sana untuk bekerja kerana dia tiada pelajaran untuk bekerja sebagai profesional di negara ini.
Difahamkan, sejak videonya memetik kubis tular, ramai individu Malaysia di sana meminta tolong daripadanya. Tapi, dia menyatakan mereka seharusnya mencari ejen pekerjaan kerana dia juga bekerja di sana.
Dalam pada itu, lelaki ini menjelaskan dia bekerja bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupannya.
“Kami tak kacau duit anda, tak perlu nak kecam. Walaupun saya seorang pemetik kubis, saya tak ambil duit anda.
“Saya bukan manusia yang cakap indah dari rupa. Yang kenal saya tahulah saya sudah buat berbagai kerja di Korea.
“Jika hanya pandai berkata-kata, tiada apa yang terjadi,” tambahnya lagi.
Penjelasan tersebut diberikan apabila ada netizen yang mengkritik pekerjaannya. Namun, dia tidak menghiraukan kata-kata netizen dan fokus dengan kerjanya sahaja.
Rata-rata netizen menyatakan pemuda ini seharusnya dijadikan contoh kerana berdikari dan tidak berputus asa untuk mengubah kehidupannya.
Setelah tular tentang kisah memetik kobis, kini tular pula bahawa beliau seorang penipu. Ini adalah perkongsian dari facebook Cik Ain yang menceritakan pengalaman seseorang yang telah ditipu.

Tular Penipu
Topik hangat di media social sekarang pemetik kobes bergaji 11k sebulan?? Sembang? Realiti atau fantasi?
ADIB ZIZAN A.K.A PEMETIK ANGUR & KOBES
1-AUSTRALIA ðŸ‡¦ðŸ‡º
2-KOREA ðŸ‡°ðŸ‡·
#KASIFAMOUS
#mohonshare
#kasiviral
terlebih dahulu aku kenal kan korang siapa adib zizan. Dia ni seorang backpakers yg merantau ke bumikangaroo@australia dengan niat pada mulanya untuk bekerja. Bila dah bekerja di farm2 dalam keadaan yg tidak boleh bekerja adib ni banyak kali dibuang contractor farm kerana sikap dia yg acah2 gangster.
Konon panas baran, so dalam masa sama dia ni juga ada niat konon nak jadi agent peluang pekerjaan bagi rakyat msia yg menginginkan gaji lumayan seperti kami mangsa2 beliau, jadi ada beberapa contact contractor di setiap daerah OZ seperti shepperton,robbinvale,mildura,nyah dan banyak lagi.
Rangkaian penipuan adib ni terdiri dari abib,kakak dia (nadia ) serta beberapa lagi agent dibawah dia mengikut setiap negeri. Bagi mengaburi mata kami antara batch terawal yg dihantarkan ke OZ adalah seperti berikut adalah kenyataan yang dijanjikan oleh adib dan sekutunya sebelum kami berangakat ke OZ :
* kediaman yg selesa (rumah(
* tiada caj pengankutan kerja
* tiada potongan gaji ( bermaksud gaji direct)
* ticket flight pergi dan balik
* gaji yang lumayan 10k sebulan
* bekerja direct dibawah syarikat farm tersebut
* jika ada apa2 masalah akan diselesaikan dengan segera
* bekerja secara berterusan mengikut musim
Setelah sampai apa yang di janjikan pada kami semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir, kami ditempat kan dikawasan pendalaman supaya sukar berkomunikasi dengan keluarga atau menghubungi beliau. Kami ditempatkan di rumah panjang dalam keadaan kotor dan sempit serta ketiadaan air dan kemudahan kenderaan untuk membeli keperluan makanan.
Gaji yang dijanjikan langsung jauh berbeza dari janji jani adib. Malahan ada diantara orang perantaraan adib di OZ yang cuba mengaut untung seperti caj kenderaan sebanyak 10$ sekali keluar seorang. Gaji kami diambil percent% oleh tuan penasihat adib. Secara jujurnya adib ni seorang yang kaki sembang. Tak ada tanggung jawab langsung. Dia buat dia lepas tangan sehinggakan batch2 sebelum kami memberontak melarikan diri dari farm tersebut. Kehidupan kami menjalani hari2 bekerja amatlah sukar kerana farm tersebut langsung tidak mendatangkan gaji yang lumayan.
Selama 3 bulan kami bertahan kami sebelum minta ditukarkan ke farm yang ada berdekatan bandar mildura. Di farm yg ke dua (redcliff) gaji kami selalu kurang. Gaji pun cukup2 350$/week . Sewa rumah pulak 120$/week caj kenderaan 7$/day = 49$/week. Cuba korang bayang kan apa yang korang boleh kumpul dengan jumlah 181$ setelah tolak duit makan minum?? Lama kelamaan adib ni makin kerap hantar budak ke OZ berpuluh2 group, beratus org yg dia hantar terkandas di daerah new souths wale. Ramai yang xpuas hati dengan adib. Adib mendiamkan diri.
Call xangakat. Whtpp senyap. Aku pun apa lagi dengan duit2 yg batch kami kumpul Hassan Hussin Muhammad Farid Amirul Hafiz kami kongsikan bersama batch yang baru terkandas ditipu adib Muiz Rahman Saifull DDin untuk melarikan diri ke brisbane queensland dengan bus & train . Dalam keadaan sejuk -8 kami bersembunyi di belakang station bus usang selama 10jam kami tidur dalam keadaan sejuk beku. Bayangkan nak beli makanan pun susah lagikan nak bayar sewa rumah?? Mana kami mampu!!!! Dengan pelbagai msg ugutan diterima ke telephone masing2.
Tak kan kami nk bertahan kalau kje pun gaji kne makab??? Untuk pengetahuan korang masih ada ramai lagi saki baki yang terkandas di OZ oleh perbuatan si adib ni. Khairil Shah Ezyyohana Yakob antara batch aku yg xbalik lagi smpi skrg. Bila semua batch yg adib hantar memberontak di OZ nama dia mula panas menjadi perbualan setiap mangsa batch2 yg dia dah hantar, masing2 tunggu adib datang, aku ingat kalau dia datang mmng dah lama arwah, malah ada juga yg sempat kejar si bangsat ni. Tapi bangsat ni licik dia ada keret kami cuma ada kaki! Bila dah liiineeee panas di OZ dia bertukar pulak ke negara KOBES 11K iaitu korea ðŸ‡°ðŸ‡· ala yg haritu ada pmpuan nangis sambil baca sajak kat kolumpo tu….. taktik yg sama adib guna untuk menarik perhatian mangsa2.
Tabur janji2 manis. Korang ingt korang mampu ke dapat 11k?? Tu semua hanyalah propaganda kedaruk si adib bangsat tu. Sekarang dia dah top kat bigo aku dengar?? Kejadah apa hidup kje makan hasil makab gaji org, menipu mangsa yg betul2 perlukan duit dengan dikaburi janji janji si adib 11k. Korang tau x ada diantara batch2 kami yg jual tanah, jual motor, jual kereta,tinggal anak bini . Begolok gadai semata2 termakan janji adib ni. Aku tak nak tengok anak bangsa aku sendiri tersadai kat luar negara, sebab aku dah rasa!!! Korang mana yang pandai berkata2 lain kali siasat dlu latar belakang penyangak ni. Dia ddk senang2 kat msia pakai kereta mewah.
Pakai superbike itu semua hasil menipu duit kami. Duit tambang yg diminta dalam anggaran 4k-5k!!! Ticket flight pergi baru rm700 dan ticket balik dia bagi ticket palsu. Korang bayang kan brape banyak hanat ni dan kroni2 dia untung??? Kalau 10 org??? Kalai 100 org??? Kira la dah berapa???? Korang nilai sendiri la wajar kah org sebegini dibiarkan bermaharajalela kaya raya??
Lama kami perhatikan kau dib. Ingtkan kau dah insaf. Xapa kau dah puas telan manis. Kali ni kami kasi kau cuti lama2. Apam kau main ugut2 kau samseng kampung dusun? Malaysia ada undang2, hari ni aku kau kau famous anak branak. Kami diam bukan kami takut tapi bagi peluang untuk kau merasai kehidupan kat luar. Tarik nafas dalam2 lepas ni kau da ddk dalam. Semua bukti2 kami simpan.
Semua mangsa2 aku dah kumpulkan. Kalau aku xbuat mcm ni makin ramai org kau tipu. Nak kaya keja guna kuderat sendiri bodoh. Bukan dengan cara jual org.
#PPIM
#PDRM
#kobes11k
#IMIGRESENMALAYSIA
#australialinepanas
#korealinepanas
creditto md vin Vlll
(Diangkat dari airsoya.com)

Monday, 1 January 2018

Ramai Warga Malaysia Cacat Kerja Secara Haram Di Korea


PERIT… Sebelum ini sebuah akhbar berpengaruh tempatan tahun lalu pernah menyiarkan laporan khas kisah pederitaan ramai warga Malaysia bekerja sebagai buruh kasar secara haram di Australia.

Kali ini akhbar tersebut dan sebuah portal berita tempatan memaparkan pula cerita sedih ratusan rakyat Malaysia yang menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Korea Selatan akibat ditipu ejen tempatan akhir-akhir ini.
Hanya kerana mahu mengejar gaji lumayan dan tergoda dengan janji manis pihak tertentu, ada dalam kalangan warga Malaysia menjadi cacat anggota tubuh badan atau cedera akibat kerja berbahaya di negara Asia timur itu.
Memang kasihan, tetapi itulah realiti kehidupan pahit di sana sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segala-galanya kerana pengaruh tarikan upah mata wang won Korea Selatan sehingga menjadi hamba abdi era moden!
Pendedahan insiden menyedihkan itu dibongkar dengan pendedahan beberapa rakyat Malaysia yang pernah menjadi mangsa dan sumber rapat dengan mereka kepada pihak mStar online.
Kumpulan ini, jika sekali pun ‘terlepas’ risiko ditipu ejen yang menguruskan kemasukan mereka, ia sama sekali tidak menjanjikan kesenangan hidup atau gaji tinggi seperti yang diimpikan sebelum terbang ke negara K-Pop itu.
Hakikat ini diakui beberapa mangsa, hanya kerana keterujaan untuk dapat tawaran gaji tinggi antara RM6,000 hingga RM12,000 sebulan, sambil kononnya mahu mahu menimba pengalaman bekerja di luar negara.
Selain ditipu dan tidak dibayar gaji yang dianggap kes biasa, ada yang mendakwa dipukul dan didera, dimanipulasi, serta diabaikan teruk dari segi aspek kebajikan dan keselamatan sebagai pekerja oleh pihak majikan.
Paling mengejutkan apabila ada antara mereka yang sebelum ini sempurna, terpaksa pulang ke tanah air dalam keadaan cacat dan cedera akibat kemalangan di tempat kerja, dan lebih sedih apabila majikan hanya lepas tangan.
Semua ini kerana mereka masuk dengan cuma menggunakan visa pelancong selama tiga bulan yang memang perlu diperbaharui apabila hampir tamat tempoh dan status mereka di sana sebenarnya sebagai buruh haram!
Antara yang menjadi mangsa ialah seorang bekas pramugari di sebuah syarikat penerbangan Malaysia yang putus empat jari tangan ketika sedang bekerja di sebuah kilang besi, sekitar April lalu.
“Saya hanya fikir tentang duit apabila memilih bekerja di Korea Selatan sehingga sanggup melupakan aspek keselamatan diri,” katanya yang berusia 26 tahun, tetapi enggan mendedahkan identitinya.
Afiq (bukan nama sebenar), 22, yang memiliki diploma dari sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur pula cedera pada lutut apabila terlibat dalam kemalangan di kilang konkrit tempat dia bekerja kira-kira enam bulan lalu.
Malang nasibnya apabila majikan bukan saja berlengah-lengah untuk menghantarnya ke hospital dengan memberi 1001 alasan, tetapi juga enggan menjelaskan bil rawatan sebanyak RM33,737 seperti yang dijanjikan.
“Sebaliknya mereka menyuruh saya balik ke Malaysia untuk pembedahan dan datang bekerja semula apabila sembuh,” katanya. Bagaimanapun Afiq tidak menganggap dirinya ditipu ejen.
Sebaliknya ia lebih kepada menjadi mangsa majikan di Korea Selatan yang tidak mementingkan keselamatan dan kebajikan pekerja. Sumber mStar Online yang menetap di Korea Selatan mengakui realiti kejadian ini.
Dipercayai seramai kira-kira 300 rakyat Malaysia telah menjadi mangsa melibatkan 87 kes dalam tempoh dua tahun. Hampir semua yang bekerja di sana terpaksa memperjudikan nasib diri masing-masing.
Mangsa terbabit sebelum itu diminta membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada ejen tanpa mengetahui tugas atau bidang kerja yang bakal ditawarkan kepada mereka apabila tiba di Korea Selatan.
“Sebanyak 90 peratus yang datang bekerja di sini adalah lelaki dan mereka dikehendaki melakukan kerja dalam pelbagai bidang seperti pekilangan, pembinaan dan perladangan di beberapa lokasi seluruh Korea Selatan.
“Kebanyakan mereka berusia 20 hingga 30 tahun ini ditawarkan kerja-kerja berat, termasuklah wanita,” dakwanya sambil menambah ada juga pekerja Malaysia yang berusia lebih 40 dan 50 tahun.
Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini belum ada laporan mangsa wanita yang ditawarkan kerja sebagai pelacur. Dalam pada itu, beliau turut mengakui bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang datang akan bernasib tidak baik.
“Ada mujur bekerja dengan selamat dan mendapat gaji lumayan seperti yang dijanjikan. Jika bernasib baik, mereka akan mendapat pekerjaan yang memang sesuai dengan diri dan tahap kemampuan mereka.
“Tetapi kebanyakannya diberikan tugas berat,” katanya sambil menambah nisbahnya adalah 2:10. Mereka tidak dilindungi undang-undang buruh Korea Selatan dan terdedah kepada eksploitasi majikan yang zalim.
Apa yang pasti, sama ada mereka ini pulang semula ke Malaysia dengan membawa habuan lumayan atau terpaksa kembali dalam keadaan cacat, mereka tetap tidak dapat lari daripada gelaran ‘buruh haram’.
Persoalannya, adakah wajar mereka ini mendapat pembelaan dan adakah ejen yang tanpa rasa takut menawarkan peluang kerja ini secara terbuka patut dibiarkan terlepas begitu sahaja? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Lihat sebelum ini..



Sunday, 31 December 2017

Pemetik Kobis Di Korea Selatan Raih 11 Ribu Sebulan


MUNGKIN bagi sesetengah orang, bekerja di luar negara merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan. Namun, sedarkah anda tentang cabaran yang perlu diharungi untuk hidup di sana?

Baru-baru ini tular satu video seorang warga Malaysia, Adib Zizan yang bekerja sebagai pemetik kubis di Korea Selatan.
Pemuda itu menceritakan pengalamannya bekerja di sana.
“Bukan senang di bumi Korea. Saya bekerja di kilang batu, kilang konkrit. Saya bekerja sebagai seorang petani, saya tak pernah mengeluh.
“Dengan apa yang saya dapat hari ni, hasil saya sendiri,” katanya dalam video liveyang dibuatnya.
Menurut Adib, dia perlu bekerja dalam keadaan suhu yang rendah dan netizen yang tidak melaluinya hanya pandai meluahkan kata-kata di laman sosial.
Sementara itu, Adib turut menceritakan pengalaman seorang remaja yang baru bekerja selama hampir dua bulan di sana dan telah mendapat pendapatan sebanyak 3 juta won (RM11,000).
Kata Adib, remaja berumur 19 tahun itu ditinggalkan ejennya dan dia bekerja sebagai pemetik kubis untuk menyara kehidupannya.
“Saya kerja pemetik kubis. Gaji saya dalam RM11,000,” katanya.
Remaja itu juga berjaya membeli telefon bimbit jenama Apple iPhone 7 Plus (128GB) selepas sebulan membanting tulang di sana.
Tambahnya lagi, dia berhijrah ke sana untuk bekerja kerana dia tiada pelajaran untuk bekerja sebagai profesional di negara ini.
Difahamkan, sejak videonya memetik kubis tular, ramai individu Malaysia di sana meminta tolong daripadanya. Tapi, dia menyatakan mereka seharusnya mencari ejen pekerjaan kerana dia juga bekerja di sana.
Dalam pada itu, lelaki ini menjelaskan dia bekerja bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupannya.
“Kami tak kacau duit anda, tak perlu nak kecam. Walaupun saya seorang pemetik kubis, saya tak ambil duit anda.
“Saya bukan manusia yang cakap indah dari rupa. Yang kenal saya tahulah saya sudah buat berbagai kerja di Korea.
“Jika hanya pandai berkata-kata, tiada apa yang terjadi,” tambahnya lagi.
Penjelasan tersebut diberikan apabila ada netizen yang mengkritik pekerjaannya. Namun, dia tidak menghiraukan kata-kata netizen dan fokus dengan kerjanya sahaja.
Rata-rata netizen menyatakan pemuda ini seharusnya dijadikan contoh kerana berdikari dan tidak berputus asa untuk mengubah kehidupannya. – MYNEWSHUB.CC

Saturday, 30 December 2017

Durian Jelebu 2 Biji RM98,Beli Juga Walau Mahal Sebab Teringin.


Harga Durian Semakin Mahal, Tapi Orang Tetap Beli..


Kalau nak ikutkan harga durian yang semakin tak masuk akal memang kempunan la x merasa makan durian..jangan kata durian yang ada gred istimewa je yang mahal..malah durian kampung pun sama mahal..last 2 week abah beli kat Melaka..durian kampung untuk buat tempoyak..RM50 selonggok.. dapat la buat tempoyak sikit..dapat sebotol je..jadi la kan..

makin lama harga durian makin tak munasabah..macam mana la anak-anak kita nak makan durian nanti..kalau nak tanam pun ntah bila besar dan matangnya..  silab haribulan cucu cicit je yg merasa kan..ada je yang sombong cakap..kalau tak mampu lenkali tanam la pokok durian.. haih.. muluttt.... kalau la tanah tu boleh di cop2 je milik kita takpe la nakntanam bape banyak pokok...ini jangan kata seekar..sekangkang kaki pun takde....kadang x faham mulut orang ni la..main sedap cakap je..

Panjang plak mukadimah..baru minggu lepas SA beli 2 biji durian..katanya durian dari Jelebu...RM20 sekilo..tapi hati dh memang nak sangat makan durian..lelap mata je la bayar RM98...memang la mahal..tp nak buat macam mana..dh teringin..harga sekarang x macam harga dulu...

Cantik2 duriannya kan..

Sebiji ni 2kg lebih

Abah belah sebiji je dulu..payah nak cari ruang..

Gemuk2..haih..rasa macam nak lagi je

SA makan 3 ulas je dah kenyang dah..memang x makan lain la malam tu..makan 3 ulas tu je..sebiji ada 8 ulas isi...

Ada la sedara mara yang cakp buat apa beli durian mahal2..dah tu kalau tak beli macam.mana plak kan..memang la mahal..kalau nak fikir mahal je sampai ke sudah x makan durian..mana boleh tahan tengok orang duk update kat IG nganFB gambar makan durian..kalau la orang jual durian ni ada mesin swipe kredit card..dah lama dah SA beli durian hari2..

Tapi tu la..bila fikir balik memang la harga durian sekarang di luar kemampuan..bukan durian aje..malahan banyak bahan-bahan mentah naik harga..nak berbelanja untuk makan pun mahal..nak makan ni...tapi barang mahal..dah tu takkan nak tukar cara pemakanan plak? Makan oat? Makan bubur je? Tak mungkin la kan..nasib baik masih ada kerja..so ketepikan lah sikit duit gaji tu kan..macam SA sampai sanggup hari2 bawak bekal..memang ekonomi kita teruk..ni dengarnya tahun depan lagi teruk..entah la..kalau boleh la migrate negara lain..dan proses migrate tu senang..lama dah buat kan...berbalik pada harga durian...abah SA ckp..kalau nak makan..tutup mata je bayar..benda makan x kan nak berkira..

Bab makan memang SA tak berkira sebenarnya...tp sampai bila tak kira? Minyak pun harga kejap turun kejap naik kan? (blogger.com)

Thursday, 28 December 2017

Sabut kelapa, bahan baharu pelbagai guna.


Hasil carian imej untuk Sabut kelapa, bahan baharu pelbagai guna
TANAMAN kelapa (cocos nucifera) banyak didapati di kawasan pesisiran pantai dan kawasan pedalaman Malaysia.
Kepelbagaian fungsinya menjadikan kelapa antara tanaman yang versatil dan banyak digunakan oleh semua kelompok masyarakat.
Produk berasaskan kelapa adalah pelbagai, termasuklah minyak kelapa, kelapa parut segar, kelapa parut kering, kerisik, santan kelapa, jeli kelapa, minyak kelapa dara, makanan haiwan ternakan dan lain-lain produk hiliran.
Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS), Selangor baru-baru ini telah menjalankan penyelidikan ke atas sabut kelapa bersama penyelidik di Universiti Malaya (UM).
Usaha itu antara lainnya ingin menambah nilai bahagian tanaman kelapa yang selalunya dijadikan bahan buangan.
“Walaupun sabut kelapa memang sedia digunakan dalam pelbagai industri, terutamanya industri perabot dan automotif, peluang untuk menambah nilai sabut kelapa sebagai sebuah inovasi baharu sentiasa terbuka luas,” kata Ammar Haziq Ahmad Rizauddin, 17, salah seorang pelajar SMSAS yang juga merupakan ahli dalam penyelidikan tersebut.
Produk inovasi yang dihasilkan adalah bahan baharu dalam bentuk kepingan yang boleh dijadikan alternatif untuk kertas dan bahan percetakan, mahupun dijahit dan digunakan dalam industri tekstil.
Jika dipotong dalam saiz dan bentuk yang bersesuaian, bahan ini boleh dijadikan beg pelbagai guna yang boleh diguna semula dan mempunyai sifat biodegradasi.
Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM, Raja Ariffin Raja Ghazilla yang bertindak sebagai penasihat pula berkata, proses penyediaan bahan baharu itu juga tidak rumit.
“Ia hanya melibatkan penggunaan kerangka kayu dan skrin dawai halus bagi membentuk adunan sabut kayu yang digunakan.
“Jumlah penggunaan bahan kimia lain adalah bergantung kepada sifat dan fungsi produk yang ingin dihasilkan sama ada perlu mempunyai permukaan yang kasar atau tidak,” jelasnya.
Kumpulan penyelidik SMSAS ini turut menyertai sebuah pertandingan inovasi barangan terbuang BEGIN Challenge 2017 anjuran Fakulti Kejuruteraan UM baru-baru ini.
Produk berasaskan sabut kelapa ini telah diumumkan sebagai juara keseluruhan kerana potensinya yang luas sebagai bahan alternatif untuk pelbagai produk dan industri. (Kosmo!)
Hasil carian imej untuk Sabut kelapa, bahan baharu pelbagai guna

Afghanistan tingkat pengeluaran kismis


Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
DI dalam sebuah bangsal di Afghanistan, seorang petani bernama Abdul Jalil Gulza kelihatan sedang membelek-belek buah anggur yang telah dituai sebelum digantung untuk dikeringkan bagi dijadikan kismis.
Bangsal yang dikenali sebagai khanas itu telah digunakan oleh keluarganya untuk menggantung dan mengeringkan buah anggur yang kemudiannya diproses menjadi kismis.
Afghanistan pernah menyumbang sebanyak 10 peratus kismis dalam pasaran global pada satu ketika dahulu.
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Hasil carian imej untuk Afghanistan tingkat pengeluaran kismis 27 Disember 2017 3:00 AM
Namun, selepas hampir empat dekad negara itu berhadapan dengan konflik peperangan, jumlah tersebut berkurang kepada hanya dua hingga tiga peratus.
Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan petani dan produktiviti pengeluaran kismis, kementerian pertanian negara itu membantu membiayai pembinaan khanas yang moden dan baharu.
“Khanas yang serba moden ini menjadi tempat untuk mengeringkan anggur bagi membolehkan lebih banyak kapasiti kismis dihasilkan,” jelas Gulzar.
Ini kerana sektor pertanian Afghanistan menjadi pemacu utama ekonomi di negara itu.
Afghanistan mempunyai hampir 100 jenis anggur yang ditanam di seluruh negara.
Industri pembuatan arak dilarang di negara itu dan ramai petani menukar anggur yang mereka tanam untuk dijadikan kismis kerana ia lebih mudah dihasilkan dan harganya juga tinggi.
Jana ekonomi
Anggur segar dijual pada harga sekitar AS$4.50 (RM18) untuk tujuh kilogram manakala harga bagi satu kilogram kismis adalah sekitar AS$14 (RM57).
Walaupun keuntungan tidak banyak seperti petani lain yang menuai hasil eksport terbesar Afghanistan iaitu candu, ia tetap menjana ekonomi bagi kebanyakan rakyat di negara itu.
Berdasarkan data kerajaan, Afghanistan menghasilkan hampir 900,000 tan buah anggur pada tahun lalu. Bagaimanapun negara itu hanya mengeksport 111,000 tan anggur segar dan 15,000 tan kismis.
Kekurangan kemudahan tempat simpanan dingin dan keperluan import yang ketat dalam banyak pasaran di luar negara telah menyebabkan buah anggur Afghanistan dijual di bazar-bazar tempatan terutamanya pada musim menuai.
Lambakan itu juga telah menyebabkan harga buah anggur menurun.
“Pada dasarnya, pembinaan khanas yang moden ini mempunyai tiga kesan. Pertama, ia akan mengurangkan jumlah anggur segar di pasaran. Kedua, ia dapat meningkatkan kualiti proses dan produk kismis yang dihasilkan dan ketiga, ia dapat mengawal harga,” kata penyelaras hortikultur kementerian pertanian, Abdul Samad Kamawi.
Walaupun penambahbaikan dalam pemprosesan penghasilan kismis dilakukan, akses utama untuk mengeksport produk itu ke luar negara seperti Pakistan, India dan Rusia masih sukar.
Pengusaha kismis tempatan perlu memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh negara-negara Eropah.
Sesetengah syarikat menggunakan teknologi tinggi bagi menghasilkan kismis yang berkualiti.
Tabasom iaitu salah satu syarikat pengeksport utama kismis di Afghanistan mempunyai dua kilang pengeluaran di Kabul yang dilengkapi dengan mesin X-ray serta pengesan logam untuk memastikan hanya kismis terbaik dibungkus sebelum dihantar ke luar negara. – AFP

Wanita Ini Jadi Kaya Dengan Hantar Susu Tepung.


Susu Tepung

WANITA ini, Song Chen, menjadi kaya dengan menghantar susu tepung untuk bayi ke kampung halamannya di China. Dia yang kini menetap di Australia sejak tiga tahun lalu, akan menghantar bekalan susu tepung berkenaan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Kami hantar susu ini melalui kapal terbang. Saya ada ramai kawan di sana (China) dan mereka meminta saya menghantar susu ke sana.
“Jika saya tiada masa untuk membelinya di sini, kawan-kawan saya di sini pula akan membantu. Mereka akan membeli pada masa-masa tertentu dan jenama yang berbeza kerana anda tidak boleh membeli dalam kuantiti yang banyak,’’ kata Song Chen.
Untuk satu penghantaran susu ke China, Song Chen memperolehi hampir RM12,600.
Menurut Song Chen, dia yakin dengan melakukan urus niaga berkenaan, ia dapat membantu ekonomi Australia.
“Bukan semua penduduk tempatan membeli susu yang mahal, mereka hanya beli yang murah. Orang China sahaja yang beli susu mahal,’’ katanya.
Boleh dikatakan penghantaran besar susu tepung ini dilakukan setiap hari ke China oleh penduduknya yang menetap di Australia.