Tuesday 2 January 2018

Pemetik Kobis Di Korea, Rupanya Pernah Menipu Orang Ramai.



Mungkin bagi sesetengah orang, bekerja di luar negara merupakan pencapaian yang boleh dibanggakan. Namun, sedarkah anda tentang cabaran yang perlu diharungi untuk hidup di sana?
Baru-baru ini tular satu video seorang warga Malaysia, Adib Zizan yang bekerja sebagai pemetik kubis di Korea Selatan.
Pemuda itu menceritakan pengalamannya bekerja di sana.
“Bukan senang di bumi Korea. Saya bekerja di kilang batu, kilang konkrit. Saya bekerja sebagai seorang petani, saya tak pernah mengeluh.
“Dengan apa yang saya dapat hari ni, hasil saya sendiri,” katanya dalam video live yang dibuatnya.
Menurut Adib, dia perlu bekerja dalam keadaan suhu yang rendah dan netizen yang tidak melaluinya hanya pandai meluahkan kata-kata di laman sosial.
Sementara itu, Adib turut menceritakan pengalaman seorang remaja yang baru bekerja selama hampir dua bulan di sana dan telah mendapat pendapatan sebanyak 3 juta won (RM11,000).
Kata Adib, remaja berumur 19 tahun itu ditinggalkan ejennya dan dia bekerja sebagai pemetik kubis untuk menyara kehidupannya.
“Saya kerja pemetik kubis. Gaji saya dalam RM11,000,” katanya.
Remaja itu juga berjaya membeli telefon bimbit jenama Apple iPhone 7 Plus (128GB) selepas sebulan membanting tulang di sana.
Tambahnya lagi, dia berhijrah ke sana untuk bekerja kerana dia tiada pelajaran untuk bekerja sebagai profesional di negara ini.
Difahamkan, sejak videonya memetik kubis tular, ramai individu Malaysia di sana meminta tolong daripadanya. Tapi, dia menyatakan mereka seharusnya mencari ejen pekerjaan kerana dia juga bekerja di sana.
Dalam pada itu, lelaki ini menjelaskan dia bekerja bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupannya.
“Kami tak kacau duit anda, tak perlu nak kecam. Walaupun saya seorang pemetik kubis, saya tak ambil duit anda.
“Saya bukan manusia yang cakap indah dari rupa. Yang kenal saya tahulah saya sudah buat berbagai kerja di Korea.
“Jika hanya pandai berkata-kata, tiada apa yang terjadi,” tambahnya lagi.
Penjelasan tersebut diberikan apabila ada netizen yang mengkritik pekerjaannya. Namun, dia tidak menghiraukan kata-kata netizen dan fokus dengan kerjanya sahaja.
Rata-rata netizen menyatakan pemuda ini seharusnya dijadikan contoh kerana berdikari dan tidak berputus asa untuk mengubah kehidupannya.
Setelah tular tentang kisah memetik kobis, kini tular pula bahawa beliau seorang penipu. Ini adalah perkongsian dari facebook Cik Ain yang menceritakan pengalaman seseorang yang telah ditipu.

Tular Penipu
Topik hangat di media social sekarang pemetik kobes bergaji 11k sebulan?? Sembang? Realiti atau fantasi?
ADIB ZIZAN A.K.A PEMETIK ANGUR & KOBES
1-AUSTRALIA ðŸ‡¦ðŸ‡º
2-KOREA ðŸ‡°ðŸ‡·
#KASIFAMOUS
#mohonshare
#kasiviral
terlebih dahulu aku kenal kan korang siapa adib zizan. Dia ni seorang backpakers yg merantau ke bumikangaroo@australia dengan niat pada mulanya untuk bekerja. Bila dah bekerja di farm2 dalam keadaan yg tidak boleh bekerja adib ni banyak kali dibuang contractor farm kerana sikap dia yg acah2 gangster.
Konon panas baran, so dalam masa sama dia ni juga ada niat konon nak jadi agent peluang pekerjaan bagi rakyat msia yg menginginkan gaji lumayan seperti kami mangsa2 beliau, jadi ada beberapa contact contractor di setiap daerah OZ seperti shepperton,robbinvale,mildura,nyah dan banyak lagi.
Rangkaian penipuan adib ni terdiri dari abib,kakak dia (nadia ) serta beberapa lagi agent dibawah dia mengikut setiap negeri. Bagi mengaburi mata kami antara batch terawal yg dihantarkan ke OZ adalah seperti berikut adalah kenyataan yang dijanjikan oleh adib dan sekutunya sebelum kami berangakat ke OZ :
* kediaman yg selesa (rumah(
* tiada caj pengankutan kerja
* tiada potongan gaji ( bermaksud gaji direct)
* ticket flight pergi dan balik
* gaji yang lumayan 10k sebulan
* bekerja direct dibawah syarikat farm tersebut
* jika ada apa2 masalah akan diselesaikan dengan segera
* bekerja secara berterusan mengikut musim
Setelah sampai apa yang di janjikan pada kami semuanya hanya menanam tebu di tepi bibir, kami ditempat kan dikawasan pendalaman supaya sukar berkomunikasi dengan keluarga atau menghubungi beliau. Kami ditempatkan di rumah panjang dalam keadaan kotor dan sempit serta ketiadaan air dan kemudahan kenderaan untuk membeli keperluan makanan.
Gaji yang dijanjikan langsung jauh berbeza dari janji jani adib. Malahan ada diantara orang perantaraan adib di OZ yang cuba mengaut untung seperti caj kenderaan sebanyak 10$ sekali keluar seorang. Gaji kami diambil percent% oleh tuan penasihat adib. Secara jujurnya adib ni seorang yang kaki sembang. Tak ada tanggung jawab langsung. Dia buat dia lepas tangan sehinggakan batch2 sebelum kami memberontak melarikan diri dari farm tersebut. Kehidupan kami menjalani hari2 bekerja amatlah sukar kerana farm tersebut langsung tidak mendatangkan gaji yang lumayan.
Selama 3 bulan kami bertahan kami sebelum minta ditukarkan ke farm yang ada berdekatan bandar mildura. Di farm yg ke dua (redcliff) gaji kami selalu kurang. Gaji pun cukup2 350$/week . Sewa rumah pulak 120$/week caj kenderaan 7$/day = 49$/week. Cuba korang bayang kan apa yang korang boleh kumpul dengan jumlah 181$ setelah tolak duit makan minum?? Lama kelamaan adib ni makin kerap hantar budak ke OZ berpuluh2 group, beratus org yg dia hantar terkandas di daerah new souths wale. Ramai yang xpuas hati dengan adib. Adib mendiamkan diri.
Call xangakat. Whtpp senyap. Aku pun apa lagi dengan duit2 yg batch kami kumpul Hassan Hussin Muhammad Farid Amirul Hafiz kami kongsikan bersama batch yang baru terkandas ditipu adib Muiz Rahman Saifull DDin untuk melarikan diri ke brisbane queensland dengan bus & train . Dalam keadaan sejuk -8 kami bersembunyi di belakang station bus usang selama 10jam kami tidur dalam keadaan sejuk beku. Bayangkan nak beli makanan pun susah lagikan nak bayar sewa rumah?? Mana kami mampu!!!! Dengan pelbagai msg ugutan diterima ke telephone masing2.
Tak kan kami nk bertahan kalau kje pun gaji kne makab??? Untuk pengetahuan korang masih ada ramai lagi saki baki yang terkandas di OZ oleh perbuatan si adib ni. Khairil Shah Ezyyohana Yakob antara batch aku yg xbalik lagi smpi skrg. Bila semua batch yg adib hantar memberontak di OZ nama dia mula panas menjadi perbualan setiap mangsa batch2 yg dia dah hantar, masing2 tunggu adib datang, aku ingat kalau dia datang mmng dah lama arwah, malah ada juga yg sempat kejar si bangsat ni. Tapi bangsat ni licik dia ada keret kami cuma ada kaki! Bila dah liiineeee panas di OZ dia bertukar pulak ke negara KOBES 11K iaitu korea ðŸ‡°ðŸ‡· ala yg haritu ada pmpuan nangis sambil baca sajak kat kolumpo tu….. taktik yg sama adib guna untuk menarik perhatian mangsa2.
Tabur janji2 manis. Korang ingt korang mampu ke dapat 11k?? Tu semua hanyalah propaganda kedaruk si adib bangsat tu. Sekarang dia dah top kat bigo aku dengar?? Kejadah apa hidup kje makan hasil makab gaji org, menipu mangsa yg betul2 perlukan duit dengan dikaburi janji janji si adib 11k. Korang tau x ada diantara batch2 kami yg jual tanah, jual motor, jual kereta,tinggal anak bini . Begolok gadai semata2 termakan janji adib ni. Aku tak nak tengok anak bangsa aku sendiri tersadai kat luar negara, sebab aku dah rasa!!! Korang mana yang pandai berkata2 lain kali siasat dlu latar belakang penyangak ni. Dia ddk senang2 kat msia pakai kereta mewah.
Pakai superbike itu semua hasil menipu duit kami. Duit tambang yg diminta dalam anggaran 4k-5k!!! Ticket flight pergi baru rm700 dan ticket balik dia bagi ticket palsu. Korang bayang kan brape banyak hanat ni dan kroni2 dia untung??? Kalau 10 org??? Kalai 100 org??? Kira la dah berapa???? Korang nilai sendiri la wajar kah org sebegini dibiarkan bermaharajalela kaya raya??
Lama kami perhatikan kau dib. Ingtkan kau dah insaf. Xapa kau dah puas telan manis. Kali ni kami kasi kau cuti lama2. Apam kau main ugut2 kau samseng kampung dusun? Malaysia ada undang2, hari ni aku kau kau famous anak branak. Kami diam bukan kami takut tapi bagi peluang untuk kau merasai kehidupan kat luar. Tarik nafas dalam2 lepas ni kau da ddk dalam. Semua bukti2 kami simpan.
Semua mangsa2 aku dah kumpulkan. Kalau aku xbuat mcm ni makin ramai org kau tipu. Nak kaya keja guna kuderat sendiri bodoh. Bukan dengan cara jual org.
#PPIM
#PDRM
#kobes11k
#IMIGRESENMALAYSIA
#australialinepanas
#korealinepanas
creditto md vin Vlll
(Diangkat dari airsoya.com)

No comments:

Post a Comment