Thursday, 20 December 2012

Skim pelaburan beras haram

KUCHING - Syarikat yang menganjurkan skim pelaburan beras melibatkan penduduk Kampung Menjau, Batu 21 di sini yang kerugian RM2 juta sejak Mei lalu dipercayai menjalankan operasi berkenaan secara haram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun syarikat tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), skim yang ditawarkan tidak pernah diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan melibatkan deposit perbankan perlu mendapat kelulusan BNM manakala skim berkepentingan melibatkan barangan seperti ikan keli atau jual beli beras perlu mendapat kelulusan SSM.

"Setiap hasil pelaburan tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke tabung amanah yang juga perlu mendapat kelulusan SSM.

"Oleh sebab itu, kita mengesyaki syarikat terbabit menjalankan operasi secara haram kerana siasatan awal mendapati kegiatannya selama ini tidak melalui kesemua proses tersebut," katanya ketika dihubungi semalam. (Kosmo)

Tuesday, 18 December 2012

Duit RM2 juta lesap


 KSEBAHAGIAN mangsa skim pelaburan beras menunjukkan laporan polis yang mereka buat di Kuching semalam. 

KUCHING - Seramai 20 penduduk Kampung Menjau, Batu 21 dekat sini mendakwa kerugian wang tunai hampir RM2 juta selepas terperdaya dengan tawaran dividen lumayan sindiket skim pelaburan beras yang dianjurkan oleh seorang lelaki tempatan sejak dua bulan lalu.

Kesemua mangsa menyedari ditipu dalam skim berkenaan selepas mereka tidak menerima bayaran dividen dalam tempoh dua bulan sebagaimana dijanjikan oleh syarikat berkenaan. Mangsa yang tidak berpuas hati tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong di sini semalam. Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zeplin Uteh Jacob, 33, mendakwa menjalankan skim pelaburan beras menggunakan nama syarikat Dynamic Wira Marketing di Kota Padawan.

Menerusi skim itu, Zeplin menawarkan pulangan wang tunai atau dividen antara 50 hingga 90 peratus kepada mana-mana individu yang melabur dalam syarikat itu. Lebih menarik mangsa tidak perlu membeli beras berkenaan iaitu beras jenama Lim Guan Seng seberat 10 kilogram (kg) sekampit. -Laporan Kosmo.

Friday, 7 December 2012

Indonesia Eksport Manggis Ke Australia

 Akhirnya Indonesia bisa ekspor manggis ke Australia
Akhirnya Indonesia bisa ekspor manggis ke Australia

SETELAH melakukan proses negosiasi akses pasar manggis antara Indonesia dan Australia, akhirnya Tanah Air berhasil mengapalkan satu ton buah manggis ke Sydney, Australia pada 27 November lalu.

Melalui keterangan tertulisnya, Dirjen Kerja Sama Perdagangan Internasional Imam Pambagyo mengatakan ekspor tersebut dilakukan oleh PT Agung Mustika Selaras. Dia juga mengatakan, meskipun konsumsi buah manggis di Australia belum besar, namun terbukanya keran ekspor manggis tersebut mencerminkan keberhasilan diplomasi perdagangan Indonesia mengingat Australia memiliki standar kesehatan yang tinggi.

"Dengan telah diterimanya buah manggis asal Indonesia membuktikan bahwa produkmakanan Indonesia telah memenuhi standar Internasional dengan mengedepankankesehatan masyarakat," ujar Iman dalam keterangan tertulis yang diterima merdeka.com, Kamis (6/12).

Keberhasilan tersebut, lanjut dia, diharapkan menjadi batu loncatan bagi Indonesia untuk mendorong ekspor buah-buahan tropis Indonesia ke negara mitra dagang lainnya yang memiliki standar keamanan makanan yang tinggi.

Buah manggis merupakan salah satu komoditas unggulan hortikultura Indonesia dengan nilai ekonomis yang tinggi karena memiliki serapan pasar yang cukup besar. Pada tahun 2011, produksi manggis nasional mencapai 117.600 ton dengan jumlah ekspor manggis mencapai12.600 ton dengan nilai USD 9,9 juta atau setara dengan Rp 94 miliar.

Pasar tujuan utama ekspor manggis selama ini adalah Hong Kong, China, Singapura, Malaysia dan Timur Tengah. Sentra utama manggis yang diekspor umumnya berasal dari daerah Tasikmalaya, Purwakarta, Bogor, Sukabumi, Lampung, Kampar, Purwerejo, Blitung, Lahat, Tapanuli Selatan, Limapuluh Kota, Padang Pariaman, Trenggalek, Blitar, dan Banyuwangi. Tercatat bahwa terdapat 144.037 pohon manggis pada lahan seluas 1.440 hektar yang mampu menghasilkan 1.223 kuintal manggis dengan kualitas ekspor.
[ih/rin]

Wednesday, 5 December 2012

Harga Emas Jatuh, Ini Penyebabnya

Harga Emas Jatuh, Ini Penyebabnya
emas batangan (ilustrasi)

CHICAGO -- Harga emas berjangka di divisi COMEX New York Mercantile Exchange (NYMEX) jatuh ke terendah satu bulan pada Selasa (Rabu pagi WIB), karena "short selling".
Kontrak emas yang paling aktif untuk pengiriman Februari merosot 25,3 dolar AS atau 1,47 persen menjadi menetap di 1.695,8 dolar AS per ons. Ini adalah harga penutupan terendah untuk kontrak berjangka emas yang paling aktif sejak 5 November.

Analis pasar mengaitkan penurunan kontrak tersebut pada "short selling" teknikal, karena investor biasanya menyesuaikan portofolio mereka pada awal dan akhir bulan.

Karena November gagal memberikan momentum kenaikan pada emas, analis pasar khawatir bahwa kemerosotan Selasa mungkin sinyal awal dari aksi jual yang serius.

Sementara harga perak untuk pengiriman Maret kehilangan 95,1 sen, atau 2,82 persen, menjadi ditutup pada 32,808 dolar AS per ons. Platinum untuk pengiriman Januari merosot 30,9 dolar AS, atau 1,91 persen, menjadi ditutup pada 1.582,9 dolar AS per ons. (ROL)

Tuesday, 27 November 2012

Dihujani 'Batu Neraka', Begini Nasib Hotel Israel


Dihujani 'Batu Neraka', Begini Nasib Hotel Israel
Misile Iron Dome Israel mencoba menghadang roket-roket Hamas
 
ALQUDS: Israel benar-benar menelan kerugian besar karena keputusannya mengagresi Gaza.
Persatuan hotel di Israel mengaku mengalami kerugian dua miliar shekel (Rp 4,8 triliun) akibat agresi delapan hari ke Gaza.

''Kerugian materi yang dialami hotel-hotel Israel akibat perang Gaza mencapai dua miliar Shekel,'' kata Ketua Aliansi Hotel Israel, Ami Vederman, seperti ditulis infopalestina.

Situs Infopalestina mengutip majalah ekonomi Israel “The Marker” melaporkan bahwa operasi 'Batu Neraka', operasi perlawanan Palestina terhadap agresi Israel, telah mengakibatkan kerugian besar pada sektor pariwisata Israel.

Sebanyak 20 persen tujuan pariwisata dibatalkan selama agresi berlangsung. Pemerintah Israel saat ini sedang merenovasi kawasan pariwisata yang hancur akibat terkena rudal 'Batu Neraka'. Palestina melakukan serangan rudal perlawanan sebagai respon atas agresi Israel ke Gaza. (REPUBLIKA.CO.ID)

Monday, 12 November 2012

Harga Emas Kembali Melonjak, Bagaimana Atasi?


Harga emas naik lagi, setelah dua minggu terakhir bergerak mantap.
Harga emas naik lagi, setelah dua minggu terakhir bergerak mantap. (ANTARA)

VIVAnews - Harga emas naik lagi, setelah dua pekan terakhir bergerak mantap pada periode menjelang pemilihan presiden Amerika Serikat 2012. Hal itu terjadi, karena pelaku pasar memilih menempatkan investasi pada instrumen lain, sehingga memacu tingginya permintaan logam mulia.
"Hasil pemilu AS membawa kejelasan tentang kebijakan moneter, sehingga sangat akomodatif untuk investasi emas," kata analis Barclays dalam risetnya seperti dikutip dari laman Wall Street Journal, Senin 12 November 2012.
Selain itu, paket kenaikan pajak AS dan pemotongan belanja pemerintah secara kolektif yang disebut "fiscal cliff," juga menyebabkan kekhawatiran investor pada pertumbuhan ekonomi AS. Kondisi itu dapat memicu tingginya permintaan emas sebagai aset alternatif yang lebih aman.
Pada Jumat lalu, emas untuk pengiriman November di divisi Comex New York Mercantile Exchange naik US$4,90 atau 0,3 persen di posisi US$1.730,30 per troy ounce. 
Level ini merupakan kenaikan sepekan sebesar 3,4 persen atau tertinggi sejak Januari lalu. Harga emas sempat merosot ke posisi terendah dalam dua bulan terakhir yang terjadi pada 2 November lalu.
Dari Tanah Air dilaporkan bahwa harga emas batangan di Unit Bisnis Pengolahan dan Pemurnian Logam Mulia PT Aneka Tambang Tbk mencapai Rp586.200 per gram. Jika dibandingkan data pada salah satu perusahaan perdagangan emas yang bersertifikat Antam, harga tersebut naik hingga Rp40.200 dari level Rp545.500 per gram pada Jumat lalu.
Sementara itu, untuk emas ukuran 10 dan 50 gram, Antam menetapkan harga di level Rp5,52 juta dan Rp27,39 juta atau masing-masing sebesar Rp552.200 dan Rp547.900 per gram. (art)

Bagaimana mengatasinya? Lihat ini..
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

Sunday, 11 November 2012

Pelaburan di Selangor RM6.9B, tertinggi di M'sia


(Khalid semasa merasmikan Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012)

SHAH ALAM: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.

Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.

Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.

Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam upacara perasmian ‘Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012′ yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini.

“Kita terus konsisten mengekalkan kedudukan tiga negeri teratas yang berjaya menarik pelaburan tertinggi di Malaysia disebabkan kemampuan kita mewujudkan persekitaran kondusif dan sihat untuk aktiviti perniagaan dan pelaburan.

“Mungkin kalau anda melabur RM1 di Selangor, ia mempunyai nilai lebih tinggi  berbanding melabur RM1 berbanding negeri lain,” kata Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, langkah mengadakan ekspo juga merupakan langkah yang berkesan bagi menjana aktiviti perniagaan seperti aktiviti pemasaran produk dan memperolehi pelabur baru.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama turut menggesa masyarakat negeri Selangor mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan mereka.

Dalam program Selangor Healthy Lifestyle Expo 2012 yang berlangsung dari 9 hingga 11 November di SACC, sebanyak 132 syarikat yang memasarkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikkan mengambil bahagian.

Selain itu, dianggarkan lebih 300 produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari dalam dan luar negeri turut dipamerkan di sepanjang ekspo sama.

Ekspo tersebut dianjurkan oleh Multi Mutual Resources dan mendapat sokongan Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Selangor Times. (Hrkh)