Tuesday 15 July 2014

Cerita Pencari Belut Di Jawa Tengah.

















SAWAH-sawah nan hijau di Desa Paketingan, Kecamatan Sampang, Kabupaten Cilacap, Jawa Tengah, tidak hanya menawarkan keelokan. Di pinggir sawah-sawah itu mudah dijumpai telik. Inilah alat penangkap belut. Dari desa seluas 281 ha itu setiap hari dituai 100 kg belut.

Volume sebesar itu diperoleh warga yang memburu selama musim hujan. Di musim hujan umumnya belut keluar dari sarangnya. Nah, seorang pencari belut boleh memperoleh 10 kg / hari dari 30-80 telik yang dipasang 12 jam dari pukul 17.00 WIB sampai keesokan harinya pukul 05.00 WIB. Telik sebanyak itu disebar pada 6 petak sawah rata-rata seluas 1,000 m2

Menurut Margono, pengepul tempatan, hampir setiap warga di desa yang berpenduduk 2,800 jiwa pada 2005 itu memasang telik di sawahnya. Maklum dari seluruh luas wilayah desa, 80% atau 224 ha di antaranya merupakan sawah. Namun, saat kemarau belut yang keluar desa merosot hingga dua per tiga jumlah daripada musim hujan, kira-kira 30 kg / hari.


 
 







Kesohor

Sejak 30 tahun lalu Desa Paketingan-40 km ke arah timur Laut bandar Cilacap-sohor sebagai lumbung belut alam di Cilacap. Boleh jadi itu kerana jenis tanah sawahnya nonlempung, subur, dan gembur. Keadaan ini disukai belut


'Jika tanahnya gembur dan subur, belut akan betah,' kata Ade Sunarma MSi, penyelidik di Balai Penyelidikan Budidaya Air Tawar (BPBAT), Sukabumi, Jawa Barat.  

Sebab, tanah seperti itu banyak mengandung humus yang menyediakan cacing tanah-pakan alami belut. Desa tetangga, Bojong, luas sawahnya mencapai 1,486 ha. Namun, pengeluaran belut alam hanya sekitar 50 kg / hari di musim hujan.

Belut Paketingan mendominasi pasaran Cilacap. Monopterus albus itu pun jadi bahan mentah utama olahan seperti kerepek dan goreng belut di sentra olahan di luar desa


'Belut dari Desa Paketingan sedikit lebih gurih,' kata Sumardi, bekas pengepul belut di Banyumas, Jawa Tengah.

Belut paketingan lebih tahan saat dihantar segar. Telik kuncinya. Penangkapan memakai telik menekan tahap stres. Berbeza bila belut ditangkap menggunakan arus elektrik. Belut yang ditangkap mudah lemas dan rawan mati, 'ujar Juwahir, pengepul di Malang yang mencari belut ke pelbagai daerah di Jawa.

 
 








Dibenam

Tidak sukar menangkap belut dengan telik. Alat dari anyaman buluh berbentuk tiub sepanjang 50 cm itu terdiri dari 2 mulut. Salah satu mulut tabung berdiameter 5 cm itu dibenamkan sekitar 2-3 cm. Ujung lain dibiarkan terbuka


'Tabung itu dipasang condong dengan sudut 15-20 darjah,' ujar Sumardi.  

Telik-telik itu kemudian diletakkan di sudut-sudut sawah. Sebab di sudut-sudut itu belut gemar bersembunyi. Sawah seluas 600 m2 boleh ditanam 5-10 telikTak ada peraturan mengikat untuk pemasangan telik. Siapa pun, asal warga desa setempat, dapat menanam telik meski bukan di sawah sendiri.  

Makanya untuk mengelakkan salah ambil, setiap pemburu memberi tanda. Pita atau tali paling banyak dipakai di hujung telik. Yang terpenting menurut Martono-pencari belut Paketingan-pemasang tidak boleh lupa tempat menaruh telik

'Kalau lupa, boleh seharian mencarinya,' ujar Martono.

Menangkap belut juga perlu umpan. Umumnya umpan berupa cacahan daging keong mas yang dihancurkan. Agar belut tertarik memakan umpan itu, cacahan tadi dicampur bawang putih dan dedak. Adunan lalu dibentuk menjadi bulatan kecil seukuran kelereng sebelum dimasukkan ke telik. Umpan melulu keong pun sah-sah saja. Jumlahnya 1-2 keong untuk setiap telik.


 
 















Modal Otot

Tidak hanya orang dewasa, anak-anak pun ikut memasang telik. Modal yang dikeluarkan ringan, sebatas membeli telik hanya Rp5,000/buah.

Modal lain? Otot kaki. Semakin kuat warga berjalan memasang telik, makin banyak telik boleh dipasang dan makin melimpah belut didapati.

Harga belut yang terus menjalar naik membuat sebahagian kecil penduduk menjadikan memburu belut sebagai sumber pendapatan utama. Bila sebelum 2007 harga belut di peringkat pengepul Rp15.000-Rp20.000/kg, kini Rp20.000-Rp27.000/kg isi 80-100 ekor. Di musim hujan saat belut membanjiri pasaran, harga terendah ajek di angka Rp15.000/kg. Sayang meski bibit belut mudah diperolehi, belum ada penduduk kampung cuba menanam


'Mungkin kerana di sini alam masih menyediakan belut dalam jumlah melimpah,' kata Sumardi. (Tri Susanti)

1 comment:

  1. kalau boleh tanya,, dimana saya dapat membeli alat telik ini,,
    mohon d cantumkan harga dan no HP penjualnya.. terimakasih

    ReplyDelete