skip to main |
skip to sidebar
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak
enggan melayan soalan di Dewan Rakyat berhubung butiran mengenai
pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dari bank-bank tempatan.
Soalan dari Rafizi Ramli (PKR-Pandan) menuntut butiran, sehingga Januari
2015, serta hasil penemuan audit pematuhan Bank Negara bagi setiap
bank.
Bagaimanapun, Najib memberi jawapan bertulis sebaris mengenainya, iaitu
sehingga Januari 2015, hutang 1MDB kepada bank-bank tempatan adalah
RM5.037 bilion.
Merupakan 12 peratus daripada jumlah hutang 1MDB, ia membayangkan bahawa
ia bukan satu risiko sistemik kepada sistem perbankan Malaysia.
Sebelum itu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
(kanan) telah berkata bahawa ujian tekanan menunjukkan 1MDB tidak akan
menjejaskan ekonomi.
Menteri kabinet Khairy Jamaluddin juga pernah dilaporkan berkata
walaupun terdapat kebimbangan mengenai risiko sistemik, beliau percaya
1MDB tidak akan menjadi lubang hitam yang menelan bank-bank Malaysia
jika ia gagal membayar hutangnya.
Sementara itu, Rafizi memberitahu pemberita bahawa dengan memilih untuk
diam mengenai penemuan audit itu, Najib sebenarnya menunjukkan bahawa
Bank Negara telah membangkitkan isu-isu serius mengenai proses kelulusan
pinjaman itu.
Rafizi (menjelaskan bahawa soalannya bertujuan untuk mencungkil hasil
audit pematuhan Bank Negara terhadap pinjaman yang diberikan oleh
Maybank, RHB dan Ambank.
Menurutnya lagi, beliau telah diberi maklumat bahawa Bank Negara telah
membangkitkan isu-isu serius dengan Ambank berhubung proses kelulusan
pinjaman yang diberikan kepada 1MDB.
Katanya, isu terpenting bukanlah sangat mengenai jumlahnya kepada kepada
sistem perbankan tetapi dakwaan mengenai kekurangan urus tadbir yang
selanjutnya boleh menjejaskan kredibiliti perbankan dan kewangan, ekoran
skandal 1MDB setakat ini.
Hakikat bahawa menterinya enggan menjawab, tambah Rafizi, hanya boleh
mengesahkan bahawa dakwaan itu mempunyai beberapa kebenaran.
- mkini
No comments:
Post a Comment