PENIAGA sate mendakwa, terpaksa naikkan harga sate ayam ekoran kenaikan kos operasi termasuk menampung peningkatan harga ayam mentah.
KAJANG – Kenaikan harga ayam bukan sahaja memberi tempias kepada para peniaga malah kepada beberapa pengusaha sate di sini.
Pegawai Operasi, Sate Kajang Haji Samuri, Hafiidz Abu Hassan memberitahu Kosmo!, pihaknya terpaksa menjual secucuk sate ayam pada harga 98 sen berbanding 80 sen sejak 1 Jun lalu bagi menampung kos operasi syarikat yang semakin meningkat.
“Kenaikan ini turut melibatkan 22 buah cawangan Sate Kajang Haji Samuri di seluruh negara. Harga nasi impit pun naik RM3.50 (sebelum ini RM3).
“Bayangkan, kami terpaksa membayar kenaikan kos harga bahan mentah (ayam), kami juga perlu bayar GST (cukai barang dan perkhidmatan) selain melaksanakan pelaksanaan gaji minimum (RM1,000) kepada pekerja.
“Kami harap para pelanggan memahami kesukaran yang dialami kerana jika tidak buat begitu, kami akan rugi,” katanya kepada Kosmo! semalam. (Kosmo!)
KUALA LUMPUR – Bekas abang ipar kepada penyanyi rock kumpulan Wings, Awie memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa penyanyi itu ada mengusahakan perniagaan kelab malam di Ipoh, Perak yang disifatkan hasil yang tidak baik untuk diberi makan kepada keluarga.
Rozana (kanan) dan abangnya, Othman ketika hadir kes perbicaraan hadanah kekal anaknya bersama Awie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam.
Othman Misbun, 41, yang merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan drama dan filem berkata, dia pernah pergi ke kelab malam tersebut yang dinamakan Malai Rock Station Bistro itu kira-kira empat tahun lalu.
“Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali, sekali saya memasuki kelab malam itu manakala sekali lagi saya hanya melalui kelab tersebut.
“Pada pandangan saya, bisnes yang dilakukannya (Awie) saya anggap tidak elok kerana kelab itu menyediakan arak yang haram di sisi agama apabila antara sumber itu diberi kepada anak-anaknya,” katanya di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris berhubung kes hadanah (penjagaan anak) kekal di sini semalam. (Kosmo!)
MINSK – Warga Belarus, sebuah negara kecil Eropah yang merdeka daripada Kesatuan Soviet pada 1990 masih lagi mempunyai ‘selera’ humor untuk mengkritik kerajaannya waima bertindak di luar jangkaan banyak pihak.
Ketika Presiden Alyaksandr Lukashenko mendesak rakyat Belarus untuk menanggalkan pakaian dan bekerja sehingga berpeluh, tentu beliau sebenarnyamengharapkan penduduk negara itu agar lebih bekerja keras.
Namun, mesej itu dianggap lain apabila puluhan orang mula mengambil gambar di tempat kerja mereka tanpa pakaian. Netizen Belarus malah memuat naik banyak gambar di media sosial menerusi #telanjangdanbekerja.
Bahkan menurut mereka, tindakan unik itu dilakukan secara sukarela oleh kebanyakan warga Belarus berpunca akibat keadaan semasa yang berlaku di negara tersebut sendiri.
Belarus sedang mengalami kemerosotan ekonomi paling teruk dalam beberapa dekad terakhir. Republik berkenaan yang kini bersempadan lima buah negara dahulunya pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.
Nilai mata wang ruble baharu Belarus yang berkuat kuasa 1 Julai lalu teruk menjunam dan angka pengangguran pula meningkat, justeru apakah yang boleh dilakukan selain daripada perlu bekerja lebih keras?
Beberapa hari selepas ucapan presiden itu, sejumlah penduduk Belarus menjawab ‘tawaran’ tersebut yang mungkin dinanti-nantikan oleh Lukashenko iaitu presiden yang sering disebut sebagai Batska oleh rakyatnya sendiri.
Tetapi bukan hanya gambar, malah sebahagian mereka juga ada yang menyanyi dan memuat naik video lucu tentang mesej presiden tersebut.
ANTARA lokasi yang dikunjungi Gutierrez semasa pengembaraannya melihat sejarah perniagaan gunting rambut. - AGENSI JOM KREATIF LIVERPOOL – Seorang tukang gunting rambut di sini mengembara ke 21 buah negara bagi mencari pengalaman memotong rambut di pelbagai lokasi menarik.
Miguel Gutierrez yang turut digelar sebagai Tukang Gunting Rambut Nomad pernah memenangi anugerah pendandan rambut lelaki dan memiliki dua buah salun di London dan Berlin.
Lelaki itu memulakan pengembaraannya di Athens pada 2013 selepas mendapat tajaan melalui syarikat Kickstarter yang mahu membiayain perjalanannya mengelilingi 21 buah negara.
Gutierrez mengunjungi pelbagai negara termasuk Greece dan Kurdistan bagi mengetahui sejarah perniagaan gunting rambut yang telah berusia 5,000 tahun dari pelbagai lokasi.
Sepanjang perjalanan itu, dia bertemu dan belajar kemahiran daripada pelbagai kedai potong rambut dan merekod seluruh perjalanannya di laman perkongsian video, YouTube.
Menurut Gutierrez, destinasi pilihannya adalah wilayah autonomi Kurdistan di Iraq kerana tidak mempunyai ramai pelancong dan penduduknya sangat ramah. – Agensi
KUALA LUMPUR – Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai lemang periuk kera atau pernah menikmatinya.
Sesungguhnya lemang ini tidak dimasak di dalam buluh seperti lemang biasa, tetapi pulutnya dimasukkan di dalam periuk tumbuhan maging ini atau nama saintifiknya Nepenthes Gracilis.
Menurut seorang pengusahanya, Noor Shafry Abd. Malik, 45, atau dikenali sebagai Tan Shafry, membuat lemang ini adalah lebih rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
“Periuk kera perlu dipilih yang segar sebelum dipetik dan dipotong pada beberapa bahagian secara berhati-hati agar permukaan kulitnya tidak terkoyak sehingga boleh menyebabkan santan dan pulut yang dimasukkan di dalamnya boleh terkeluar ketika dimasak nanti.
“Selepas dibersihkan dengan teliti, beras pulut yang telah direndam selama sejam berserta santannya dimasukkan ke dalam periuk kera dan dikukus selama 25 minit.
“Sebelum mengukus, air perlu dimasak terlebih dahulu bagi mempercepatkan proses memasak. Kulit periuk kera akan menipis apabila pulut sudah masak. Malah ia akan mengeluarkan aroma tersendiri,” katanya kepada Bernama.
Mengenai idea membuat lemang ini, beliau berkata ideanya tercetus ketika beliau bersama rakannya yang merupakan seorang doktor memasuki Hutan Simpan Bukit Ibam dan menemui tumbuhan periuk kera.
“Rakan saya itu memberitahu saya bahawa terdapat masyarakat di Sabah yang memasak nasi di dalam periuk kera. Sejak dari situlah saya mendapat ilham mahu cuba memasak pulut di dalam periuk kera.
“Ia bukan mudah, hampir 10 kali saya mencubanya sehinggalah saya berjaya menemui teknik dan resepi sesuai untuk memasak lemang periuk kera,” katanya.
Ditanya sama ada lemang yang dimasak di dalam periuk kera dijamin selamat untuk dimakan, beliau berkata: “Terdapat 138 spesis periuk kera dan tidak semua boleh digunakan untuk membuat lemang kerana ada sesetengah daripadanya beracun.
“Tetapi ia memerlukan pengetahuan untuk memilih yang tidak berbahaya.”
Mengenai bekalan periuk kera, Tan Shafry berkata beliau mendapatkannya di Hutan Simpan Bukit Ibam, Pahang.
“Saya memerlukan antara 100,000 hingga 150,000 periuk kera bagi memenuhi tempahan pelanggan. Dengan bantuan rakan-rakan, saya berupaya mengutip antara 12,000 sehingga 15,000 periuk kera sehari,” katanya.
Beliau yang telah mengkomersialkan lemang periuk kera sejak 2005 berkata lemangnya dijual pada harga RM40 sekilogram yang ditimbang bersama rendang ayam atau daging mengikut pilihan pelanggan.
Rendang ayam dan daging turut dimasak mengikut resepinya sendiri, katanya.
“Setakat ini rata-rata pelanggan memuji kelazatan rendang saya. Menurut mereka, rasa rendang saya sesuai dengan lemang periuk kera saya,” tambahnya.
Bagi yang ingin merasai lemang periuk kera beliau semasa Aidilfitri ini, beliau berkata tempahan perlu dibuat dua hari lebih awal dan orang ramai boleh datang ke rumahnya di Kampung Sri Aman, Puchong dekat sini bagi memperoleh lemang periuk kera. – BERNAMA
SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dan National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menawarkan pelaburan Solar Bond.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, SSM mendedahkan bahawa pelaburan Solar Bond menipu orang ramai dengan menjanjikan pulangan pelaburan antara 30 peratus hingga 40 peratus pada setiap dua minggu kepada pelabur.
Walaupun serbuan telah pun dilakukan ke atas syarikat yang terlibat pada 5 Mei 2016 dan siasatan masih lagi diteruskan, syarikat itu dipercayai masih aktif mempromosikan pelaburan Solar Bond dan cuba mengalihkan operasi pelaburan di beberapa negara lain seperti Thailand, Indonesia dan UAE dengan nama Solar Bond Express (SB Express).
Justeru SSM mengingatkan orang ramai supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu pelaburan yang ditawarkan dengan pihak berkuasa serta tidak bertindak terburu-buru melabur dalam skim yang menawarkan pulangan tinggi serta tidak munasabah dalam jangka masa yang pendek.
Susulan kes ini SSM turut meminta tiga individu di bawah tampil bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu di atas diminta menghubungi Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia di nombor 03-2699 4000 ext 5563/5351 atau hadir ke mana-mana pejabat SSM yang berdekatan.
Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang www.ssm.com.my atau pusat panggilan SSM di talian 03-77214000. – MYNEWSHUB.CC
Peluang Kerja dan Jadi Usahawan Gunting Rambut. Tel Terus.. ABBU 011 33111321 (KL) E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB) Bermatlamat: Lahirkan Usahawan Gunting Rambut. Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
RM200-RM300 Sehari. Peluang Kerja Korea Selatan. Hanya RMXXXX Tiket & Khidmat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Menjadi ahli bisnes separuh jalan..
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...
I was right
-
Refer to my previous entry: Will there be WW3? Finally, common sense
prevails. The US and Iranian leadership chose the right path: immediate
de-escalation....