Friday 1 July 2016

SSM Siasat Pelaburan Solar Bond, Dato’ Sri Dicari

GAMBAR HIASAN

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dan National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menawarkan pelaburan Solar Bond.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, SSM mendedahkan bahawa pelaburan Solar Bond menipu orang ramai dengan menjanjikan pulangan pelaburan antara 30 peratus hingga 40 peratus pada setiap dua minggu kepada pelabur.
Walaupun serbuan telah pun dilakukan ke atas syarikat yang terlibat pada 5 Mei 2016 dan siasatan masih lagi diteruskan, syarikat itu dipercayai masih aktif mempromosikan pelaburan Solar Bond dan cuba mengalihkan operasi pelaburan di beberapa negara lain seperti Thailand, Indonesia dan UAE dengan nama Solar Bond Express (SB Express).
Justeru SSM mengingatkan orang ramai supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu pelaburan yang ditawarkan dengan pihak berkuasa serta tidak bertindak terburu-buru melabur dalam skim yang menawarkan pulangan tinggi serta tidak munasabah dalam jangka masa yang pendek.
Susulan kes ini SSM turut meminta tiga individu di bawah tampil bagi membantu siasatan.
1
2
3
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu di atas diminta menghubungi Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia di nombor 03-2699 4000 ext 5563/5351 atau hadir ke mana-mana pejabat SSM yang berdekatan.
Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang www.ssm.com.my atau pusat panggilan SSM di talian 03-77214000. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment