ANTARA lokasi yang dikunjungi Gutierrez semasa pengembaraannya melihat sejarah perniagaan gunting rambut. - AGENSI
JOM KREATIF
LIVERPOOL – Seorang tukang gunting rambut di sini mengembara ke 21 buah negara bagi mencari pengalaman memotong rambut di pelbagai lokasi menarik.
Miguel Gutierrez yang turut digelar sebagai Tukang Gunting Rambut Nomad pernah memenangi anugerah pendandan rambut lelaki dan memiliki dua buah salun di London dan Berlin.
Lelaki itu memulakan pengembaraannya di Athens pada 2013 selepas mendapat tajaan melalui syarikat Kickstarter yang mahu membiayain perjalanannya mengelilingi 21 buah negara.
Gutierrez mengunjungi pelbagai negara termasuk Greece dan Kurdistan bagi mengetahui sejarah perniagaan gunting rambut yang telah berusia 5,000 tahun dari pelbagai lokasi.
Sepanjang perjalanan itu, dia bertemu dan belajar kemahiran daripada pelbagai kedai potong rambut dan merekod seluruh perjalanannya di laman perkongsian video, YouTube.
Menurut Gutierrez, destinasi pilihannya adalah wilayah autonomi Kurdistan di Iraq kerana tidak mempunyai ramai pelancong dan penduduknya sangat ramah. – Agensi
No comments:
Post a Comment