Saturday 16 July 2016

Sate Kajang Haji Samuri Naik 20 Sen Secucuk, Kerana Kenaikan Harga Ayam.

 PENIAGA sate mendakwa, terpaksa naikkan harga sate ayam ekoran kenaikan kos operasi termasuk menampung peningkatan harga ayam mentah.

KAJANG – Kenaikan harga ayam bukan sahaja memberi tempias kepada para peniaga malah kepada beberapa pengusaha sate di sini.
Pegawai Operasi, Sate Kajang Haji Samuri, Hafiidz Abu Hassan memberitahu Kosmo!, pihaknya terpaksa menjual secucuk sate ayam pada harga 98 sen berbanding 80 sen sejak 1 Jun lalu bagi menampung kos operasi syarikat yang semakin meningkat.
“Kenaikan ini turut melibatkan 22 buah cawangan Sate Kajang Haji Samuri di seluruh negara. Harga nasi impit pun naik RM3.50 (sebelum ini RM3).
“Bayangkan, kami terpaksa membayar kenaikan kos harga bahan mentah (ayam), kami juga perlu bayar GST (cukai barang dan perkhidmatan) selain melaksanakan pelaksanaan gaji minimum (RM1,000) kepada pekerja.
“Kami harap para pelanggan memahami kesukaran yang dialami kerana jika tidak buat begitu, kami akan rugi,” katanya kepada Kosmo! semalam. (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment