Sunday, 3 July 2016

Hidangan Terbaru, Lemang Periuk Kera. Jom Nikmati!

Nikmati Lemang Periuk Kera Pada Aidilfitri

JOM KREATIF

KUALA LUMPUR – Mungkin tidak ramai yang mengetahui mengenai lemang periuk kera atau pernah menikmatinya.

Sesungguhnya lemang ini tidak dimasak di dalam buluh seperti lemang biasa, tetapi pulutnya dimasukkan di dalam periuk tumbuhan maging ini atau nama saintifiknya Nepenthes Gracilis.
Menurut seorang pengusahanya, Noor Shafry Abd. Malik, 45, atau dikenali sebagai Tan Shafry, membuat lemang ini adalah lebih rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
“Periuk kera perlu dipilih yang segar sebelum dipetik dan dipotong pada beberapa bahagian secara berhati-hati agar permukaan kulitnya tidak terkoyak sehingga boleh menyebabkan santan dan pulut yang dimasukkan di dalamnya boleh terkeluar ketika dimasak nanti.
“Selepas dibersihkan dengan teliti, beras pulut yang telah direndam selama sejam berserta santannya dimasukkan ke dalam periuk kera dan dikukus selama 25 minit.
“Sebelum mengukus, air perlu dimasak terlebih dahulu bagi mempercepatkan proses memasak. Kulit periuk kera akan menipis apabila pulut sudah masak. Malah ia akan mengeluarkan aroma tersendiri,” katanya kepada Bernama.
Mengenai idea membuat lemang ini, beliau berkata ideanya tercetus ketika beliau bersama rakannya yang merupakan seorang doktor memasuki Hutan Simpan Bukit Ibam dan menemui tumbuhan periuk kera.
“Rakan saya itu memberitahu saya bahawa terdapat masyarakat di Sabah yang memasak nasi di dalam periuk kera. Sejak dari situlah saya mendapat ilham mahu cuba memasak pulut di dalam periuk kera.
“Ia bukan mudah, hampir 10 kali saya mencubanya sehinggalah saya berjaya menemui teknik dan resepi sesuai untuk memasak lemang periuk kera,” katanya.
Ditanya sama ada lemang yang dimasak di dalam periuk kera dijamin selamat untuk dimakan, beliau berkata: “Terdapat 138 spesis periuk kera dan tidak semua boleh digunakan untuk membuat lemang kerana ada sesetengah daripadanya beracun.
“Tetapi ia memerlukan pengetahuan untuk memilih yang tidak berbahaya.”
Mengenai bekalan periuk kera, Tan Shafry berkata beliau mendapatkannya di Hutan Simpan Bukit Ibam, Pahang.
“Saya memerlukan antara 100,000 hingga 150,000 periuk kera bagi memenuhi tempahan pelanggan. Dengan bantuan rakan-rakan, saya berupaya mengutip antara 12,000 sehingga 15,000 periuk kera sehari,” katanya.
Beliau yang telah mengkomersialkan lemang periuk kera sejak 2005 berkata lemangnya dijual pada harga RM40 sekilogram yang ditimbang bersama rendang ayam atau daging mengikut pilihan pelanggan.
Rendang ayam dan daging turut dimasak mengikut resepinya sendiri, katanya.
“Setakat ini rata-rata pelanggan memuji kelazatan rendang saya. Menurut mereka, rasa rendang saya sesuai dengan lemang periuk kera saya,” tambahnya.
Bagi yang ingin merasai lemang periuk kera beliau semasa Aidilfitri ini, beliau berkata tempahan perlu dibuat dua hari lebih awal dan orang ramai boleh datang ke rumahnya di Kampung Sri Aman, Puchong dekat sini bagi memperoleh lemang periuk kera. – BERNAMA

Friday, 1 July 2016

SSM Siasat Pelaburan Solar Bond, Dato’ Sri Dicari

GAMBAR HIASAN

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dan National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat yang disyaki menawarkan pelaburan Solar Bond.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, SSM mendedahkan bahawa pelaburan Solar Bond menipu orang ramai dengan menjanjikan pulangan pelaburan antara 30 peratus hingga 40 peratus pada setiap dua minggu kepada pelabur.
Walaupun serbuan telah pun dilakukan ke atas syarikat yang terlibat pada 5 Mei 2016 dan siasatan masih lagi diteruskan, syarikat itu dipercayai masih aktif mempromosikan pelaburan Solar Bond dan cuba mengalihkan operasi pelaburan di beberapa negara lain seperti Thailand, Indonesia dan UAE dengan nama Solar Bond Express (SB Express).
Justeru SSM mengingatkan orang ramai supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu pelaburan yang ditawarkan dengan pihak berkuasa serta tidak bertindak terburu-buru melabur dalam skim yang menawarkan pulangan tinggi serta tidak munasabah dalam jangka masa yang pendek.
Susulan kes ini SSM turut meminta tiga individu di bawah tampil bagi membantu siasatan.
1
2
3
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan individu di atas diminta menghubungi Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia di nombor 03-2699 4000 ext 5563/5351 atau hadir ke mana-mana pejabat SSM yang berdekatan.
Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang www.ssm.com.my atau pusat panggilan SSM di talian 03-77214000. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, 30 June 2016

Kilang Roti High 5 milik Tabung Haji ditutup, 60 pekerja dibuang

Operasi High 5 dihentikanOperasi High 5 dihentikan
Kilang roti jenama High 5 ditutup serta merta mulai hari ini tanpa sebarang makluman awal dan tiada pampasan serta baki gaji dilunaskan.
Jurucakap pekerja yang dibuang, Cik Jani berkata seramai 60 pekerja diberhentikan serta merta dengan bayaran saguhati setengah bulan gaji sahaja.
"Para pekerja diberikan notis satu bulan bermula 23hb.Jun,2016 tetapi diarahkan supaya tidak datang kerja lagi dari hari ini, 24hb.Jun,2016," katanya.
Pekerja katanya amat tidak berpuashati kerana hanya ditawarkan gaji 1/2 bulan tanpa apajua jaminan bahawa pampasan berhenti kerja dan baki gaji akan dibayar.
Menurutnya, Roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang meruapakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH).
"Ini bakal mengundang kontroversi kerana TH membeli saham-saham di dalam Siverbird Group yng kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian RM90 juta," katanya. (MD)

Saturday, 25 June 2016

Brexit buat pelabur panik


SUASANA dalam sebuah firma broker saham di London selepas referendum EU semalam.
SEOUL – Pasaran kewangan dunia mengalami pergolakan berikutan keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan pasaran saham dan harga minyak menjunam teruk.
Nilai mata wang pound sterling dilaporkan jatuh mendadak mencecah paras terendah sejak tiga dekad lalu dalam tempoh 24 jam. Indeks Saham FTSE 100 juga menyusut 8.3 peratus.
Pelabur yang terkejut dengan perkembangan semasa itu dilaporkan menjual semula saham-saham Britain sebaik sahaja pasaran dibuka pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) semalam.
Keputusan Britain berpisah daripada blok EU juga dijangka membawa lebih banyak kesan ke atas pasaran global sementara menunggu keadaan kembali pulih.
Kerajaan-kerajaan di Asia pula berikrar mengambil tindakan untuk menstabilkan semula pasaran kewangan selepas wujudnya keadaan panik dalam kalangan pelabur.
Pasaran saham Tokyo menjunam lapan peratus iaitu kejatuhan paling besar sejak 2008. Beberapa negara Asia Tenggara lain dijangka menutup pasaran dengan kerugian besar.
“Pelabur membuat pertaruhan dengan harapan ia kekal (Britain kekal dalam blok EU), namun perkara sebaliknya berlaku.
“Pasaran terumbang-ambing dan semua orang sibuk menyelamatkan diri secara serentak,” kata Pengerusi Starfort Investment Holdings di Tokyo, Ken Courtis.
Mata wang pound diniagakan 5.7 peratus lebih rendah daripada dolar Amerika iaitu pada AS$1.3701 (RM5.62). Pound juga menyusut empat peratus berbanding mata wang Euro iaitu €1.2355 (RM5.65).
Harga pasaran minyak mentah Amerika Syarikat menerima kejutan apabila jatuh 5.3 peratus atau AS$2.62 (RM10.79) kepada AS$47.49 (RM195.49) setong di New York.
Harga minyak mentah penanda aras, Brent Crude menurun 3.8 peratus atau AS$1.99 (RM8.19) kepada AS$48.90 (RM201.30) setong di London.
Kementerian Kewangan Korea Selatan dilaporkan akan mengambil semua tindakan yang perlu bagi menstabilkan semula mata wang dan pasaran kewangannya.
Pasaran saham di Shanghai, Taiwan, Sydney, Mumbai dan beberapa negara Asia Tenggara dilaporkan jatuh mendadak.
“Pasaran kewangan menjadi kecoh sejak semalam. Sekarang, semua mata sedang memerhati keputusan bank pusat di seluruh dunia dan pembangunan pasaran mereka khususnya Bank England dan Bank Jepun,” kata Penganalisis Kanan Pasaran Oanda di London, Craig Erlam. – AP

Wednesday, 22 June 2016

Sterling Akan Merosot Teruk Sekiranya Rakyat Britain Pilih Keluar EU -George Soros

Hasil carian imej untuk Soros ramal ‘Jumaat Hitam’ selepas Brexit
LONDON – Bi­lionair, George Soros yang mengaut keuntungan besar dengan menyerang mata wang pound sterling semasa krisis mata wang 1992 berkata, sterling akan merosot teruk sekiranya rakyat Britain memilih keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).
Taikun pelaburan itu meramalkan nilai sterling akan susut lebih tinggi berbanding peristiwa ‘Rabu Hitam’ yang memaksa Britain berundur daripada Mekanisme Kadar Tukaran Eropah pada 1992. Ramalan Soros itu disiarkan akhbar Guardian kelmarin.
“Britain sekiranya keluar daripada EU, akan menyebabkan nilai sterling menurun secara mendadak sekali gus menyebabkan setiap isi rumah terjejas,” kata bilionair berusia 85 tahun itu.
Soros meramalkan nilai sterling berkurangan sekurang-kurangnya 15 peratus jika Britain keluar daripada EU.
“Jika ini berlaku, satu pound sterling akan menyamai nilai satu euro. Tiada rakyat Britain mahu ini berlaku semasa menyertai EU dahulu,” tambahnya.
Pihak yang menyokong Britain meninggalkan EU atau Brexit menuduh gerakan mengekalkan Britain dalam blok itu menggunakan taktik menakutkan rakyat. Kem tersebut mendakwa ekonomi negara akan terjejas teruk sekiranya Bri­tain meninggalkan EU.
Rakyat Britain akan mengundi esok bagi menentukan kedudukan negara itu dalam EU.
Soros turut memberi amaran bahawa keluar daripada EU akan menyebabkan Britain mengalami kejatuhan harga rumah dan kehilangan pekerjaan. Situasi itu pula berisiko mencetuskan kemelesetan ekonomi.
“Undi Brexit akan menyebabkan sesetengah orang menjadi amat kaya tetapi rakyat jelata akan le­bih miskin.
“Undi ini akan menyebabkan minggu ini berakhir dengan peristiwa ‘Jumaat Hitam’ yang membawa kesan negatif kepada rakyat biasa,” kata Soros.
Dalam pada itu, keputusan tinjauan pendapat terbaharu menje­lang pungutan suara rakyat pada 23 Jun ini mendapati rakyat Britain masih berbelah bahagi sama ada mahu kekal atau berpisah daripada EU. – AFP

Thursday, 16 June 2016

Najib gagal urus tadbir Malaysia dengan baik -PM Britain David Cameron



Walaupun ada pihak-pihak yang cuba menafikan kenyataan mata wang ringgit merudum dengan teruknya, hakikatnya, ekonomi Malaysia kini berada pada paras yang boleh dikatakan ‘gawat’.

Hal ini adalah kerana ringgit merupakan matawang di rantau ASEAN yang jatuh merudum pada kadar terbanyak sekali.

Sumber-sumber dari komuniti usahawan memberitahu situasi semakin buruk kerana persepsi terhadap para pemimpin negara.

"Kenyataan yang sering berbolak-balik dari pihak kerajaan telah menimbulkan kemusyikilan dalam kalangan usahawan," komen seorang pelabur asing dengan syarat nama beliau dirahsiakan.

Selain daripada itu, akhbar harian di Britain juga pada hujung bulan lalu telah melaporkan bahawa Perdana Menteri negara itu, David Cameron telah menggesa Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak supaya melakukan urustadbir yang lebih baik dan berkesan terutamanya dalam isu ketelusan.

"Ini semua telah menjejaskan imej Malaysia. Oleh sebab itu, kadar Ringgit Malaysia sudah melebih RM4 untuk 1 Dolar Amerika dan lebih RM6 untuk 1 Pound Britain. Jika keadaan ini berterusan, kita akan mengimpot dengan kadar yang amat mahal," sambung pelabur asing tersebut.

Beliau juga memberitahu bahawa penggantungan terbitan akhbar ‘The Edge' juga memberi impak persepsi yang buruk terhadap negara kita. (IH)

Saturday, 11 June 2016

Peluang Buat Duit, Petik Buah Di Australia.. Sekarang. -Ibnu Hasyim

tips-travel-bajet-australia-22


KL: PELUANG 'buat duit' bagi pekerja-pekerja pemetik buah dan ladang sayur di Australia kini terbuka lagi, walaupun umat Islam sedang menyambut puasa di bulan Ramadhan.

Tinjauan Weblog Ibnu Hasyim.

"Walaupun di kawasan Melboune kini kurang pekerjaan kerana sudah masuk musim sejuk, tidak banyak musim petik buah, namun pihak kami sebagai perunding kerja-kerja ladang di negara kanggaru itu tetap mengusahakan supaya pekerja kita boleh buat duit." Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

"Ramai menelefon kita minta khidmat nasihat untuk dapatkan kerja yang boleh buat duit bagi membantu keluarga-keluarga di kampung sambut Hari Raya, maka kami terpaksa usahakan juga.

"Bahkan ada pula yang terpaksa pulang ke Malaysia, kerana kerja sudah tidak lumayan lagi. Yang ada cuma kerja-kerja bersihkan pokok, buang buah-buah lama dan lain-lain." Tegasnya.

Tetapi menurut Hj Mohd Hasyim lagi..

"Sekarang kami dah temui kawasan-kawasan tersebut, dengan kontrektor-kontrektor yang boleh diharapkan. Pelanggan-pelanggan kami sudah mulai pergi ke situ. Ada yang dari Melboune dan ada yang dari Malaysia.

"Jika ada yang berminat kerja di sana atau membantu rakan-rakan yang terkandas di sana sila hubungi kami segera." Jelasnya.

Dapatkan maklumat lanjut  sila hubungi..


Ibnu Hasyim 9Jun 2016.
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel +6014 222 5865 (KL)

Wasap (Muaz) +6018 201 8842


Weblog Panduan: Ibnu Hasyim.Com
Rujuk artikel: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
http://www.ibnuhasyim.com/2015/06/peluang-kerja-kutip-buah-di-australia.html
Kerjasama Perunding: HMH Resources (Reg.no 001646737-T)