Saturday, 25 February 2017

Francais pertama Melur & Thyme


 NABILA ELAINE menunjukkan beberapa menu utama Melur & Thyme.
 KETIKA masih ramai graduan lulusan universiti di negara ini mencari-cari pekerjaan, Nabila Elaine Jamaluddin Akbal pula telah melangkah satu tapak ke hadapan apabila berjaya membuka sebuah restoran.
Lebih menarik, gadis manis berusia 24 tahun itu menceburkan diri dalam dunia perniagaan francais pertama Melur & Thyme yang terletak di bangunan baharu Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Graduan jurusan Kejuruteraan Kimia Universiti Putra Malaysia itu melabur lebih RM1 juta bagi merealisasikan restoran yang menyajikan hidangan Barat dan tempatan. Ia dibuka awal bulan ini.
“Menerusi pembukaan cawangan ini, saya berharap dapat memudahkan penduduk sekitar Ampang, Gombak dan Cheras berkunjung serta merasai keenakan hidangan di Melur & Thyme.
Konsep
“Walaupun ini merupakan francais pertama, restoran ini masih mengekalkan keenakan rasa makanan seperti restoran utama yang lain. Malah, konsep asal restoran masih dikekalkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan restoran itu baru-baru ini.
Menurutnya, antara faktor yang diambil kira sebelum memilih lokasi itu ialah terdapat lebih daripada 800,000 orang setahun menggunakan kemudahan di hospital berkenaan.
Mengulas mengenai menu yang terdapat di rangkaian baharu itu, Nabila Elaine menjelaskan, ia terbahagi kepada segmen salad dan sup, seleksi fusion Timur dan Barat, sandwic dan burger, juadah utama, nasi, pasta dan mi, minuman serta hidangan kanak-kanak.

Plancha seafood spaghetti ini sesuai untuk penggemar pasta dan mi.


Pengunjung disarankan mencuba hidangan salad dan sup seperti sup cendawan liar, salad hidangan laut California, salad salmon, salad itik salai.
Antara hidangan istimewa di restoran berkenaan ialah rendang kambing bersama nasi mentega, nasi go­reng daging dendeng spageti tomyam makanan laut. Penggemar pasta dan mi, jangan lupa mencuba hidangan spageti tomyam makanan laut, planca seafood spaghetti dan croissant crab spaghetti.
Kanak-kanak juga mempunyai hidangan tersendiri iaitu burger daging keju bersama kentang goreng atau jejari ikan yang pastinya membuka selera mereka.
Jelas Nabila Elanie, restoran yang boleh memuatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa itu menyediakan menu yang dijual pada harga antara RM13 hingga RM59.
“Sempena pembukaan cawangan baharu ini, kami memberikan potongan sebanyak 20 peratus sehingga April ini. Selain itu, kami menawarkan set makan tengah hari kepada pelawat dan kakitangan hospital ini pada harga bermula RM20++,” ujarnya.
Selain itu, restoran berkenaan turut menerima tempahan untuk pelanggan yang ingin mengadakan majlis keraian seperti hari lahir dan kesyukuran. (Kosmo!)
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Friday, 24 February 2017

Ekonomi tenat, impian lihat negara maju 2020 musnah - Siti Zailah




KOTA BHARU: Impian rakyat untuk melihat Malaysia maju menjelang tahun 2020 musnah  apabila ekonomi negara semakin tenat. 

Dalam tempoh 60 tahun pemerintahan BN, Malaysia dihimpit hutang negara yang semakin membebankan setiap tahun hingga mencecah lebih RM800 bilion. 

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, rakyat belum sempat mencapai negara maju tahun 2020, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi yang makin teruk. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan rakyat sekeliling yang mendakwa kos kehidupan semakin meningkat. 

Pada masa yang sama hasil jualan peniaga semakin merosot kerana kesan kegawatan ekonomi akibat kegagalan pemerintah. 

“Tanpa kita sedari berapa ribu pekerja dibuang majikan dari beberapa buah syarikat kerana masalah yang sama,” ujarnya. 

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata rakyat semakin tertekan dengan suasana kini. 

Tegasnya, apa yang berlaku kerana pemimpin negara bukan hanya boros berbelanja, sebaliknya juga tidak pandai mengurus negara dengan betul. 

“Hutang negara terlalu besar, tanggungan kos pengurusan tinggi, pendapatan negara tidak sepadan dengan perbelanjaan negara setiap tahun,” ujarnya. 

Katanya, kerajaan hanya mengisytiharkan hutang negara hanya RM635 bilion dalam Parlimen baru-baru ini. 

Sambungnya, kedudukan hutang negara sebenarnya sudah melebihi 53.05 peratus daripada KDNK. 

Tambahnya, hutang negara nampak kecil kerana kerajaan telah mengkorporatkan hutang pinjaman perumahan lebih 2.5 peratus daripada KDNK. 

Zailah berkata, nilaian itu tidak dimasukkan sebagai tanggungan kerajaan. 

Tegasnya, ianya sebagai helah kerajaan untuk memperlihatkan hutang negara masih pada kadar biasa, sedangkan hakikatnya sudah melebihi RM800 bilion. 

“Rakyat perlu buat perubahan besar untuk masa depan semua lapisan masyarakat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/2/2017

Tuesday, 14 February 2017

'Bertani Satu Ibadah' tingkat momentum petani




KUALA KRAI: Gagasan 'Bertani Satu Ibadah' yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas memberi momentum bagi meningkatkan lagi sektor pertanian di Kelantan.

Pengerusi Jawankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kini semakin ramai anak-anak muda terbabit dalam sektor pertanian.

Katanya, bagi memperkembangkan lagi sektor pertanian kerajaan negeri memberi geran projek pertanian kepada lebih 100 petani di Kuala Krai membabitkan peruntukan sebanyak RM307,246.

"Ia merupakan salah satu penghargaan terhadap usaha petani, nelayan dan peladang bagi meningkatkan lagi hasil pertanian," katanya pada majlis penyampaian bantuan tersebut di Pejabat Pertanian Kuala Krai, semalam.

Turut hadir Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman; Adun Manek Urai, Fauzi Abdullah; Adun Guchil, Roslan Puteh dan Pengarah Pertanian Kelantan, Mohd Khairi Yusof.

Che Abdullah juga berkata kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Agro Bank bagi menyelaras bantuan kewangan kepada petani.

Pegawai Pertanian Kuala Krai, Azih Mamat berkata, peruntukan tersebut diberikan kepada lapan kategori pertanian.

Ia merangkumi pembangunan tanah terbiar RM102,400, pembangunan industri padi (RM18,000), pembangunan pelbagai komoditi (RM33,000) dan pembangunan industri sayuran (RM28,000).

Selain itu pembangunan industri buah-buahan (RM26,000), industri asas tani (RM19,000), pembangunan usahawan tani (RM30,000) dan pembangunan industri kelapa (RM45,000).

Projek tersebut melibatkan seramai 100 petani dengan keluasan 200 ekar. - HARAKAHDAILY 14/2/2017

Kesan Jualan Proton Terhadap Pekerja Tempatan.. -Dr Jorah Ramlan


KUALA LUMPUR, 17 Jamadilawal 1438H, Selasa — Seorang ahli ekonomi menyuarakan kebimbangannya mengenai kesan penjualan kepentingan majoriti Proton Holdings Bhd (Proton) kepada rakan kongsi strategik asing (FSP) terhadap pekerja tempatan di kilang pengeluaran di Tanjung Malim, Perak.
Ahli Ekonomi Ramlan PointOn Consultus Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan berkata, langkah itu sebaliknya wajar disambut baik jika kilang pengeluaran berkenaan dapat dipertingkatkan bagi tujuan pasaran eksport di rantau Asia.
“Ini sudah semestinya dapat meningkatkan pekerjaan dalam negara kita kerana lebih mudah menggunakan pekerja tempatan berbanding asing.
“(Namun) jika rakan kongsi asing itu memutuskan bahawa lebih mudah jika kilang itu ditempatkan di negara asal mereka, atau mengasingkan perniagaan; mengekalkan kilang berkenaan di sini dan mempunyai satu lagi kemudahan sama di negara mereka…ini pasti menjejaskan kadar pekerjaan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara Forum Tadbir Urus Ekonomi Dalam Tadbir Urus Sektor Awam anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini, hari ini.
Jorah bagaimanapun menyifatkan semua keadaan itu sebagai kemungkinan dan sebarang jawapan muktamad (mengenai FSP) akan diumumkan oleh Proton pada Rabu ini.
“Ini semua adalah ‘jika’…jika anda ada rakan Asia, mereka berkemungkinan mahukan kemudahan itu di negara asal kerana faktor tenaga kerja yang lebih murah di sana.
“Jika rakan itu sebaliknya adalah dari Eropah, tidak mungkin kilang itu ditempatkan di negara asal kerana kos buruh yang lebih tinggi,” katanya.
Jorah bagaimanapun menegaskan, siapa pun yang menjadi pilihan Proton, pelaburan berkenaan akan menguntungkan pengeluar kereta nasional itu.
Mengulas mengenai perubahan struktur tenaga kerja, beliau berkata ia terpulang kepada budi bicara FSP untuk menyenaraikannya atau tidak dalam terma dan syarat-syarat perjanjian kontrak terbabit.
“Tiada apa yang perlu kita bimbangkan jika mereka dari awal lagi menegaskan bahawa ia (syarat) itu kekal seadanya,” katanya.
Dari segi jaminan pekerjaan, Jorah berharap terma dan syarat perjanjian antara Proton dan FSP itu mampu menyelamatkan kira-kira 60,000 pekerjaan.
“Saya berharap ada klausa tertentu dalam kontrak yang menyatakan bahawa ia (FSP) tidak dibenarkan membuang pekerja atau mengurangkan jumlah mereka kerana amat penting untuk memastikan pekerja itu dilindungi,” katanya.
Malah, jelasnya, ada kaitan tidak langsung antara tenaga kerja dan jaminan ekonomi kerana sebarang tindakan mengurangkan pekerjaan boleh memberi kesan terhadap aspek bagaimana Malaysia dapat meningkatkan penggunaannya dalam ekonomi.
Mengulas sama ada FSP itu perlu mengekalkan kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim berbanding jenama Proton itu sendiri, Jorah menegaskan, jenama boleh diubah namun ia bergantung sama ada ia dibenarkan mengikut perjanjian kontrak berkaitan.
Menurutnya, jenama Proton itu dikenali di Malaysia dan negara tertentu di Asia dan biarpun sudah dieksport ke United Kingdom dan Asia Barat, jumlahnya kecil.
Beliau turut menyifatkan rancangan Proton melibatkan penyertaan FSP sebagai langkah amat baik dari perspektif perniagaan berikutan dasar Malaysia yang sentiasa menyambut baik pelaburan asing.
Menurutnya, di New Zealand misalnya, banyak perniagaan di negara itu termasuk bank-bank yang dimiliki oleh rakyat Australia.
“Oleh itu, sama ada Proton memilih rakan kongsi dari negara Asia atau Eropah, ia tidak memberi perbezaan ketara dalam aspek teknologi kerana kita juga ada banyak kereta asing di Malaysia, terutamanya kereta Eropah dan Jepun,” katanya.
Jorah berkata, negara-negara Eropah mempunyai pendirian yang jelas dari segi kaedah perniagaan yang dijalankan dan amat telus mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dan ia berbeza dari negara perindustrian baharu Asia seperti China.
“Bagi saya, mereka (China) sedang berusaha untuk melaraskannya tetapi (hakikatnya) mereka masih baharu.
Ainul Illia, [14.02.17 08:21]

“Akan ada kecenderungan untuk kemungkinan mereka mewujudkan semula peraturan tertentu…jika ia dilakukan di negara asal, kita tidak boleh berbuat apa-apa tetapi andai ianya di Malaysia, sudah pasti ini menyentuh peraturan di sini. Kita boleh menentukan apa yang kita harapkan daripada pelabur.

“Saya berharap mereka menyenaraikan semua terma dan syarat itu sebelum memutuskan untuk meneruskan rancangan FSP. Kita perlu ada syarat atau kontrak yang amat jelas…apa yang sebenarnya diingini atau mahu dielak daripada berlaku,” katanya. – Bernama
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Dana FELDA tidak hilang, kenyataan saya dipesong - Shahrir



Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Tan Sri Shahrir Abdul Samad menjelaskan tidak berlaku kehilangan dana berjumlah RM4.3 bilion di dalam agensi tersebut.
Sambil menegaskan kenyataannya mengenai dana itu telah dipesongkan oleh beberapa portal berita, katanya beliau mempunyai senarai yang jelas mengenai perbelanjaan baki wang sebanyak RM4.3 bilion tersebut, antaranya digunakan bagi tujuan pelaburan jangka panjang oleh Felda di dalam dan luar negara.
"Tidak ada dana yang hilang. Daripada RM6 bilion, kita telah belanjakan RM1.7 bilion kepada peneroka Felda dengan setiap keluarga menerima bayaran sebanyak RM15,000.
"Baki sebanyak RM4.3 bilion pula antaranya dibelanjakan bagi pembayaran one off kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM300 juta dan Pahang RM250 juta, pinjaman perumahan peneroka sebanyak RM400 juta, perbelanjaan pengurusan RM883 juta, selain pelaburan hartanah dalam dan luar negara, pembelian saham dan banyak lagi," katanya.
Shahrir yang juga anggota Parlimen Johor Bahru berkata demikian kepada pemberita di Johor Bharu Ahad bagi mengulas laporan beberapa portal berita yang didakwa telah memesongkan kenyataannya berhubung dana berjumlah RM6 bilion yang diterima Felda selepas disenaraikan di bursa saham.
Menjelaskan lebih lanjut, katanya sebanyak RM1.438 bilion telah digunakan bagi pembelian pelaburan hartanah yang merangkumi pembelian hartanah di Bukit Katil, Melaka (RM304 juta), Grand Borneo Hotel di Sabah (RM86 juta), Apartmen Perkhidmatan Grand Plaza di London (RM500 juta), bangunan Institut Penilaian Negara (INSPEN) (RM225 juta) selain pembelian saham Iris Corporation Berhad (RM110 juta).
Shahrir berkata nilai pelaburan RM1.438 bilion itu kebanyakannya melibatkan sektor perkhidmatan perhotelan sebagai pelaburan jangka masa panjang yang memerlukan masa yang lama sebelum memberi pulangan.
Menurutnya, Felda juga telah membeli semula Felda Technoplant Sdn Bhd dengan nilai RM38 juta dan sehingga kini jumlah kerugian yang ditanggung Felda adalah sebanyak RM108 juta melibatkan projek Transnovasi.
"Tugas saya (selaku pengerusi Felda) adalah untuk memastikan kesemua pelaburan yang telah dilakukan Felda berjalan mengikut perancangan, bagaimana pelaburan itu dilakukan dan memastikan pelaburan tersebut memberikan pulangan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Felda memutuskan untuk menjual sebuah hotel milik agensi berkenaan di London yang dibeli dengan harga RM548 juta pada 2012, dengan proses penjualan sedang dilaksanakan dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam waktu terdekat.- 12/2/2017 (AD)

Sunday, 12 February 2017

Mana RM4.3 Bilion Hasil FGV? Shahril Dipersoal.



Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.


"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.
"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.
"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya, lapor Sinar harian.

Shahrir berkata kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di Johor Bahru semalam.
Shahrir berkata perkara itu mengecewakan peneroka Felda yang begitu menyanjungi peranan agensi itu.

Katanya, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan untuk pelbagai program dan ada yang dibuat tanpa kelulusan.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.
"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.
"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya. (IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.


Friday, 10 February 2017

Hijabista Ayana Moon, Mualaf Korea Jadi Duta Butik Di M'sia.

Instafamous Mualaf Korea Dilantik Jadi Duta Butik Di M'sia


BAGI yang mengikuti perkembangan trend fesyen wanita berhijab atau hijabista, instafamous bernama Ayana Moon mungkin sudah tidak asing lagi.

Gadis dari Korea Selatan menjadi sensasi seluruh dunia selepas mendedahkan kisah uniknya memeluk Islam.
Tambahan pula, wajahnya yang manis disempurnakan dengan penampilan dirinya yang lengkap santun berhijab membuatkan dirinya menarik perhatian ramai.
Setelah lebih setahun kisah viralnya berlalu, jelitawan ini menetap di Seoul ini khabarnya telah dipilih sebagai duta di sebuah butik fesyen muslimah di Malaysia, baru-baru ini.
Menurut pemilik butik Leeyana Rahman, Nur Leeyana Abdul Rahman, dia memilih gadis 22 tahun itu kerana mahu mencipta kelainan berbanding duta-duta produk Muslimah lain yang merupakan selebriti atau model.
Selain itu, dia ingin menolong saudara baru Islamnya, kerana mendapat tahu penduduk beragama Islam di Korea Selatan sukar mencari kerja.
“Jadi kami putuskan untuk bawa dia ke Malaysia, sambil kita berniaga, sambil menolong saudara baru Islam kita,” katanya kepada ProjekMMO.
Sementara itu, mengimbas kembali detiknya ingin mengenali Islam, Ayana memberitahu niat itu tercetusnya ketika perang Iraq pada 2003, semasa usianya baru lapan atau sembilan tahun.
“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan Internet mencari Iraq di Internet.
“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk (Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan perkataan ‘Islam’ sangat comel.
“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari Internet dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang,” kata Cik Ayana dalam sebuah video bertajuk ‘My Journey to Islam’ di YouTube.
Sampai kemudian, dia menyertai kem Kesatuan Belia Islam Dunia (Wamy), di Korea Selatan selama tiga hari dua malam, dan menyertai program agama di masjid hingga memeluk agama Islam.
Difahamkan, awalnya Ayana tidak selalu mengenakan tudung kerana budaya Korea sendiri memang tidak terlalu ‘akrab’ dengan konsep keagamaan dan cukup menyukarkan bagi Muslim yang ingin mengenakan kostum berbaur agama.
Pun begitu, kini Ayana manis bertudung litup hingga berjaya menambat hati para peminat di serata dunia khususnya negara Malaysia dan Indonesia.
Sumber: ProjekMMO
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan