Saturday 25 February 2017

Francais pertama Melur & Thyme


 NABILA ELAINE menunjukkan beberapa menu utama Melur & Thyme.
 KETIKA masih ramai graduan lulusan universiti di negara ini mencari-cari pekerjaan, Nabila Elaine Jamaluddin Akbal pula telah melangkah satu tapak ke hadapan apabila berjaya membuka sebuah restoran.
Lebih menarik, gadis manis berusia 24 tahun itu menceburkan diri dalam dunia perniagaan francais pertama Melur & Thyme yang terletak di bangunan baharu Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Graduan jurusan Kejuruteraan Kimia Universiti Putra Malaysia itu melabur lebih RM1 juta bagi merealisasikan restoran yang menyajikan hidangan Barat dan tempatan. Ia dibuka awal bulan ini.
“Menerusi pembukaan cawangan ini, saya berharap dapat memudahkan penduduk sekitar Ampang, Gombak dan Cheras berkunjung serta merasai keenakan hidangan di Melur & Thyme.
Konsep
“Walaupun ini merupakan francais pertama, restoran ini masih mengekalkan keenakan rasa makanan seperti restoran utama yang lain. Malah, konsep asal restoran masih dikekalkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan restoran itu baru-baru ini.
Menurutnya, antara faktor yang diambil kira sebelum memilih lokasi itu ialah terdapat lebih daripada 800,000 orang setahun menggunakan kemudahan di hospital berkenaan.
Mengulas mengenai menu yang terdapat di rangkaian baharu itu, Nabila Elaine menjelaskan, ia terbahagi kepada segmen salad dan sup, seleksi fusion Timur dan Barat, sandwic dan burger, juadah utama, nasi, pasta dan mi, minuman serta hidangan kanak-kanak.

Plancha seafood spaghetti ini sesuai untuk penggemar pasta dan mi.


Pengunjung disarankan mencuba hidangan salad dan sup seperti sup cendawan liar, salad hidangan laut California, salad salmon, salad itik salai.
Antara hidangan istimewa di restoran berkenaan ialah rendang kambing bersama nasi mentega, nasi go­reng daging dendeng spageti tomyam makanan laut. Penggemar pasta dan mi, jangan lupa mencuba hidangan spageti tomyam makanan laut, planca seafood spaghetti dan croissant crab spaghetti.
Kanak-kanak juga mempunyai hidangan tersendiri iaitu burger daging keju bersama kentang goreng atau jejari ikan yang pastinya membuka selera mereka.
Jelas Nabila Elanie, restoran yang boleh memuatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa itu menyediakan menu yang dijual pada harga antara RM13 hingga RM59.
“Sempena pembukaan cawangan baharu ini, kami memberikan potongan sebanyak 20 peratus sehingga April ini. Selain itu, kami menawarkan set makan tengah hari kepada pelawat dan kakitangan hospital ini pada harga bermula RM20++,” ujarnya.
Selain itu, restoran berkenaan turut menerima tempahan untuk pelanggan yang ingin mengadakan majlis keraian seperti hari lahir dan kesyukuran. (Kosmo!)
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

No comments:

Post a Comment