Thursday 9 February 2017

Keluarga Ini ‘Kebas’ Duit Maybank RM36 Juta, Bagaimana Ya?

Kantoi! 13 Sekeluarga Ditahan 'Kebas' Duit Bank

HAIRAN! Bagaimana boleh 24 individu termasuk 13 sekeluarga mencuri RM36 juta daripada sebuah bank? 

Kesemua suspek terbabit dituduh berjaya menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam dalam kes songlap yang dianggap antara paling besar di Malaysia!

Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang berusia 23 hingga 62 tahun itu masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Kesemua tertuduh berkenaan terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan masing-masing bekerja sebagai peniaga, pekerja swasta dan bekerja sendiri manakala dua daripadanya merupakan penjawat awam.
Mereka ialah Baharuddin Selamat, 61; Zulhilmi Mat Nayan@Ahmad, 34; Shafii Ismail, 44; Mohd. Azhar Baharom, 33; Hamsah Selamat, 59; Hairol Azali Mohd. Yusof, 43; Nor Azuan Shafie, 41; Nur Jamaaton Baharuddin, 27; Noraishah Nasarudin, 28; dan Nor Ashikin Nasarudin, 33.
Turut dituduh ialah Noorasmahwati Nasarudin, 37; Salisa Essah, 38; Norsyahira Fazira Hamzah, 23; Norhayati Mohd. Nor, 46; Nasarudin Ali, 62; Zulfieka Fareez Hamsah, 28; Alias Mohamad, 55; Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Hasril Hassan, 43; Mohd. Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39; Mohd. Najib Khamis, 40; Hafiz Dahlan, 37; Mohd. Azmi Md. Ishak, 38, dan Harun Mohd. Yusof, 32.
Difahamkan, penyalahgunaan wang itu dilakukan menerusi manipulasi sistem perbankan dalam talian.
Media tempatan melaporkan, 24 individu tersebut didakwa mencuri melalui kaedah transaksi yang memasukkan wang ke dalam akaun Maybank masing-masing dengan jumlah di antara RM9,894.86 hingga RM4,567,683.26.
Kesalahan tersebut dilakukan antara bulan Oktober 2014 dan Januari 2015 di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Sementara itu, 11 daripada mereka turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 juta.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai aktiviti atau RM5 juta.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sebelum menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes. 

No comments:

Post a Comment