Tuesday 7 February 2017

Ke mana hala tuju Proton?



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu pembelian saham Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton) di Tanjung Malim Plant sebanyak 51% oleh syarikat dari China, Geely Automobile Holdings Limited (Geely) seperti yang dilaporkan dalamhttp://m.scmp.com/business/china-business/article/2067885/geely-shares-soar-record-report-its-buying-protons-malaysia danhttp://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/03/cimb-proton-deal-will-fasttrack-geelys-presence/.

Proton yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia hasil usaha bangsa Malaysia kini semakin tidak jelas hala tuju selepas syarikat asing yang menguasai sahamnya.

Kerajaan Malaysia sewajarnya membantu dan mempertahankan Proton. Proton bukan hak milik Barisan Nasional. Usah kerana ketirisan dan kegagalan mengurus tadbir, aset negara yang digadaikan.

DPPN Perak memohon penjelasan ini atas dasar kedudukan Bandar Proton City yang membangun di Tanjung Malim. Tanjung Malim yang kini diwartakan sebagai Daerah Muallim dinyatakan sebagai bandar masa depan di mana peluang pendidikan dan pekerjaan dapat disediakan. Penjualan saham Proton ini akan menjejaskan hasrat ini secara tidak langsung.

Seandainya perkara ini tidak benar, disarankan agar dinafikan segera. Seandainya ianya benar, maka kerajaan harus menyatakan justifikasi dan implikasi kepada rakyat di atas penjualan saham tersebut.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"

Mohd Akmal Kamarudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak 
9 JamadilAwwal 1438 / 6 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 6/2/2017

No comments:

Post a Comment