Friday 10 February 2017

Hijabista Ayana Moon, Mualaf Korea Jadi Duta Butik Di M'sia.

Instafamous Mualaf Korea Dilantik Jadi Duta Butik Di M'sia


BAGI yang mengikuti perkembangan trend fesyen wanita berhijab atau hijabista, instafamous bernama Ayana Moon mungkin sudah tidak asing lagi.

Gadis dari Korea Selatan menjadi sensasi seluruh dunia selepas mendedahkan kisah uniknya memeluk Islam.
Tambahan pula, wajahnya yang manis disempurnakan dengan penampilan dirinya yang lengkap santun berhijab membuatkan dirinya menarik perhatian ramai.
Setelah lebih setahun kisah viralnya berlalu, jelitawan ini menetap di Seoul ini khabarnya telah dipilih sebagai duta di sebuah butik fesyen muslimah di Malaysia, baru-baru ini.
Menurut pemilik butik Leeyana Rahman, Nur Leeyana Abdul Rahman, dia memilih gadis 22 tahun itu kerana mahu mencipta kelainan berbanding duta-duta produk Muslimah lain yang merupakan selebriti atau model.
Selain itu, dia ingin menolong saudara baru Islamnya, kerana mendapat tahu penduduk beragama Islam di Korea Selatan sukar mencari kerja.
“Jadi kami putuskan untuk bawa dia ke Malaysia, sambil kita berniaga, sambil menolong saudara baru Islam kita,” katanya kepada ProjekMMO.
Sementara itu, mengimbas kembali detiknya ingin mengenali Islam, Ayana memberitahu niat itu tercetusnya ketika perang Iraq pada 2003, semasa usianya baru lapan atau sembilan tahun.
“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan Internet mencari Iraq di Internet.
“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk (Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan perkataan ‘Islam’ sangat comel.
“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari Internet dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang,” kata Cik Ayana dalam sebuah video bertajuk ‘My Journey to Islam’ di YouTube.
Sampai kemudian, dia menyertai kem Kesatuan Belia Islam Dunia (Wamy), di Korea Selatan selama tiga hari dua malam, dan menyertai program agama di masjid hingga memeluk agama Islam.
Difahamkan, awalnya Ayana tidak selalu mengenakan tudung kerana budaya Korea sendiri memang tidak terlalu ‘akrab’ dengan konsep keagamaan dan cukup menyukarkan bagi Muslim yang ingin mengenakan kostum berbaur agama.
Pun begitu, kini Ayana manis bertudung litup hingga berjaya menambat hati para peminat di serata dunia khususnya negara Malaysia dan Indonesia.
Sumber: ProjekMMO
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

No comments:

Post a Comment