Thursday 2 February 2017

Starbucks akan gaji 10,000 pelarian


Hasil carian imej untuk Gergasi kafe kopi Amerika Syarikat (AS), Starbucks
WASHINGTON – Gergasi kafe kopi Amerika Syarikat (AS), Starbucks mengumumkan rancangan untuk menggaji seramai 10,000 pelarian dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai membantah sekatan imigresen Presiden AS, Donald Trump.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Howard Schultz menggariskan pelaksanaan dasar itu secara meluas dua hari selepas Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menyekat rak­yat dari tujuh negara Islam daripada memasuki ke AS.
Schultz merupakan penyokong calon Parti Demokrat, Hillary Clinton yang tewas kepada Trump dalam pilihan raya presiden AS, November lalu.
Beliau berikrar untuk menawarkan kemudahan penjagaan kesihatan kepada kakitangannya dan menyuarakan sokongan kepada pendatang tanpa izin serta penanam pokok kopi di Mexico.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Gergasi kafe kopi Amerika Syarikat (AS), Starbucks
... 'minum kopi' – sehingga ia didapati merayau-rayau dan akhirnya berjaya memasuki sebuah kedai kafe Starbucks di utara California, Amerika Syarikat.
Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) telah mencabar dan memenangi perintah menggantung sementara pengusiran itu, namun lebih 100 orang telah ditahan selama beberapa jam sebelum dibenarkan masuk ke AS.
Schultz menulis: “Ada lebih 65 juta orang di seluruh dunia yang dikategorikan sebagai pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kami mahu menggaji 10,000 daripada mereka dalam tempoh lima tahun lagi di 75 buah negara yang mana Starbucks beroperasi.”
Beliau berkata, usaha itu akan memberi fokus untuk menggaji imigran yang pernah berkhidmat bersama tentera AS sebagai penterjemah dan kakitangan sokongan. – Agensi

No comments:

Post a Comment