Thursday, 9 February 2017

Keluarga Ini ‘Kebas’ Duit Maybank RM36 Juta, Bagaimana Ya?

Kantoi! 13 Sekeluarga Ditahan 'Kebas' Duit Bank

HAIRAN! Bagaimana boleh 24 individu termasuk 13 sekeluarga mencuri RM36 juta daripada sebuah bank? 

Kesemua suspek terbabit dituduh berjaya menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam dalam kes songlap yang dianggap antara paling besar di Malaysia!

Bagaimanapun, kesemua tertuduh yang berusia 23 hingga 62 tahun itu masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Kesemua tertuduh berkenaan terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan masing-masing bekerja sebagai peniaga, pekerja swasta dan bekerja sendiri manakala dua daripadanya merupakan penjawat awam.
Mereka ialah Baharuddin Selamat, 61; Zulhilmi Mat Nayan@Ahmad, 34; Shafii Ismail, 44; Mohd. Azhar Baharom, 33; Hamsah Selamat, 59; Hairol Azali Mohd. Yusof, 43; Nor Azuan Shafie, 41; Nur Jamaaton Baharuddin, 27; Noraishah Nasarudin, 28; dan Nor Ashikin Nasarudin, 33.
Turut dituduh ialah Noorasmahwati Nasarudin, 37; Salisa Essah, 38; Norsyahira Fazira Hamzah, 23; Norhayati Mohd. Nor, 46; Nasarudin Ali, 62; Zulfieka Fareez Hamsah, 28; Alias Mohamad, 55; Ahmad Shazni Mat Hassan, 34; Hasril Hassan, 43; Mohd. Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39; Mohd. Najib Khamis, 40; Hafiz Dahlan, 37; Mohd. Azmi Md. Ishak, 38, dan Harun Mohd. Yusof, 32.
Difahamkan, penyalahgunaan wang itu dilakukan menerusi manipulasi sistem perbankan dalam talian.
Media tempatan melaporkan, 24 individu tersebut didakwa mencuri melalui kaedah transaksi yang memasukkan wang ke dalam akaun Maybank masing-masing dengan jumlah di antara RM9,894.86 hingga RM4,567,683.26.
Kesalahan tersebut dilakukan antara bulan Oktober 2014 dan Januari 2015 di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Sementara itu, 11 daripada mereka turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.5 juta.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai aktiviti atau RM5 juta.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sebelum menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes. 

Felda perlu kaji perjanjian tanam semula kedua



Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sewajarnya mengarahkan semakan semula perjanjian Tanam Semula Kedua sebagai langkah mewujudkan keharmonian peneroka Felda dan pihak pengurusan. Saranan ini sejajar dengan 'keterbukaan' beliau untuk menyelamatkan Felda dari permasalahan yang ditinggalkan oleh Tan Sri Isa Samad.

Program Tanam Semula kali kedua sekarang ini membabitkan beberapa Tanah Rancangan yang dibuka sebelum 80-an. Tidak semua daripada 317 Tanah Rancangan Felda terlibat buat masa ini, tetapi mereka semua bakal melalui proses ini. Sebahagian peneroka Felda yang terlibat dengan Program Tanam Semula Kedua terkejut dengan terma  perjanjian yang telah dan bakal mereka tandatangani sebelum proses menyerahkan urusan ini kepada pihak Felda. Pihak Felda pula menyerahkanya semua urusan tebang pokok tua, tanam pokok baru, penjagaan dan urusan pengurusan selanjutnya kepada Felda Technoplant.

Peneroka dan pewaris mereka tiada pilihan lain selain daripada bersetuju atau terpaksa menerima program ini walaupun mereka mengetahui banyak perkara menyulitkankan mereka. Hanya segelintir peneroka terpaksa melanggar ketetapan ini dan bertegas menguruskan sendiri proses tanam semula kedua sebagai jalan selamat untuk mengelak dari perjanjian yang mereka tidak persetujui. Terdapat beberapa klausa " menakutkan" dan "mengikat" peneroka Felda. Perkara ini tiada dalam perjanjian terdahulu semasa mereka menyertai tanam semula pertama 30 tahun lalu.

Perkara (13) (b) dengan jelas Felda akan mempunyai kuasa 'Eksklusif' ke atas kebun peneroka dalam tempoh perlaksanaan ini. Apakah dalam tempoh ini peneroka hilang hak ke atas semua urusan kebun mereka sehingga semua hutang lama dan baru dilunaskan. 

Klausa lain yang mengejutkan peneroka Felda ialah, mereka TIDAK lagi diberi peluang untuk menguruskan sendiri kebun mereka selepas pokok mula mengeluarkan hasil selepas 36 bulan seperti perjanjian sebelum ini. Perjanjian kali ini mengikat peneroka Felda selama 15 tahun. Dalam tempoh selepas tahun ke-4, peneroka Felda dibayar wang saraan sahaja dikenali 'Pendahuluan Hasil' sekitar RM1,500 sebulan sehingga tahun ke-8.

Jika mereka peneroka berhajat melanggar perjanjian ini mereka perlu menjelaskan segala hutang peneroka kepada Felda merujuk kepada perkara (14) (g) yang berbunyi 'Membuat bayaran balik kepada Felda, termasuk dengan caj perkidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh Felda seperti di jadual 2 (6.25 peratus), dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun selepas mencapai tahap titik pulang modal untuk kos seperti yang berikut (kemudian daripada ini disebut "Hutang Peneroka").

Peneroka memahami perkara ini, mereka akan diikat dengan tempoh yang lama 8-15 tahun berdasarkan tahap titik pulang modal dan tempoh bayaran kembali. Persoalan yang timbul jika sekarang ini pun Technoplant gagal membuktikan secara terperincil kos yang menyebabkan mereka berhutang bagaimana pula akan datang iaitu hutang kos pembangunan tanam semula kedua.

Berdasarkan penerangan oleh pihak Felda, mereka berhak memasukan "Perintah Larangan" jika perlu. Ini menimbulkan keluh resah di kalangan peneroka. Apakah Akta GSA yang mengikat peneroka selama ini tidak cukup kuat? 

Keseluruhan perjanjian ini adalah bersifat sangat berat  sebelah apabila merujuk perkara (19) yang mana Felda tidak dianggap memungkiri perjanjian ini jika terdapat kegagalan pelaksanaan yang sepenuhnya atau sebahagianya terhadap tugas dan kewajipan di bawah perjanjian ini yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, tindakan kerajaan Pusat atau kerajaan negeri, perperangan, kekecohan awam, pemberontakan, embargo dan sebab-sebab lain di luar kawalan mana-mana pihak.

Kami melihat perkara (19) ini satu langkah selamat yang menguntungkan Felda dan akan menimbulkan masalah besar kepada peneroka Felda kemudian hari jika kegagalan pihak Felda menjayakan program tanaman semula in terutamanya melibatkan  Felda Technoplant.

Lebih mengejutkan Felda hanya  memaklumkan secara lisan, urusan proses tanam semula ini diserahkan kepada Syarikat Technoplant dan Felda tidak bersedia mendedahkan perjanjian antara Felda dengan Technoplant .

Pengerusi Felda sebelum ini, pernah mengakui kegagalan Technoplant melaksanakan urusan tanam semula di beberapa tanah rancangan di Melaka. (Rujuk kenyataan Tan Sri Isa Abdul Samad di Majalah Rasmi Felda Aspirasi Glokal keluaran 28 Mac 2015)

Peneroka mempertikaika mengenai kos keseluruhan Hutang Peneroka Felda yang menyertai skim tanam semula kedua ini sangat tidak munasabah dengan nilai RM169,600 sehingga tahun ke-8 untuk keluasan 10 ekar. Keseluruhan kos ini ditanggung peneroka Felda sedangkan mereka kebun luar atau pekebun kecil mendapat bantuan insentif dari MPOB sebanyak kurang lebih RM7,000 perhektar.

Justeru ini saya mohon pihak Felda membuka kembali pintu rundingan dengan peneroka Felda agar kata sepakat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Pas melalui Unit Hal Ehwal Peneroka Felda juga mencadangkan agar pihak Felda membenarkan mana-mana peneroka Felda yang mempunyai kemampuan dan teknologi sendiri untuk mengusahakan kebun mereka tanpa terikat dengan perjanjian ini atau menguruskan sendiri kebun-kebun mereka tanpa sekatan, malahan Felda perlu membantu mereka untuk bergelar usahawan peneroka berdikari. 

Felda juga perlu menghentikan semua diskriminasi terhadap golongan peneroka dan waris mereka yang mengusahakan sendiri kebun mereka dengan diberi galakan dan diwujudkan satu mekanisma menang-menang antara peneroka dan Felda. Kami yakin jika Pengerusi Felda mengamalkan pendekatan pintu terbuka, Felda mampu dikembalikan pada landasan asal dan mencipta kembali zaman kegemilangan seperti sebelum era Tan Sri Isa Samad.

Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
9 Februari 2017 / 12 Jamadil Awal 1438 
HARAKAHDAILY 9/2/2017

Wednesday, 8 February 2017

Syarikat China Sah Beli Proton?

Syarikat China sah beli Proton?
Kilang pengeluar kereta Proton di Tanjung Malim akan menjadi milik Geely sekiranya Proton sah dibeli oleh syarikat China.

SYARIKAT Proton Holdings Bhd (Proton) telah lama mencari rakan kongsi dari syarikat negara asing bagi meneruskan perniagaan ketika kedudukan kewangannya mencatatkan kerugian setiap tahun.

Berita Proton untuk mencari rakan niaga sebenarnya bukan rahsia lagi kepada sesiapa yang sentiasa mengikut perkemba-ngan urus niaganya. Namun sehingga hari ini, masih belum ada perjanjian hitam putih dimeterai antara syarikat pengeluar kereta nasional kita ini dengan mana-mana syarikat.

Bagaimanapun, laporan terbaru daripada kebanyakan portal berita dari China menyebut, syarikat pengeluar kereta terbesar dari negara mereka, iaitu Geely Automobile Holdings Ltd. (Geely) difahamkan berpeluang cerah untuk memiliki Proton, selain beberapa syarikat asing turut mengadakan perbincangan kerjasama sebelum ini, antaranya Renault, PSA dan Suzuki. 

Media sosial China ini yang memetik sumber dalaman Proton memberitahu, Proton hanya akan mengumumkan secara rasmi nama syarikat rakan kongsi terbarunya pada April depan. Namun, difahamkan Geely telah menjadi pilihan Proton, sekali gus menyaksikan kereta nasional kita bakal diambil alih syarikat dari negara komunis itu.

Spekulasi pembelian Geely ke atas Proton turut diyakinkan pelabur China apabila harga saham Geely di bursa saham China naik sembilan peratus ketika dibuka pada hari pertama selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina, minggu lalu.

Geely adalah sebuah perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang. Pada 2009, Geely membuat kejutan dengan membeli Volvo dari Ford Motors pada harga USD1.3 bilion (RM5.7 bilion).

Kereta Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo. Pada tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo telah mencecah sejuta unit.

Sekiranya Geely berjaya membeli 51 peratus pega-ngan saham Proton dan mengambil alih kilang pemasangan di Tanjung Malim, Perak, tidak mustahil usaha sama ini turut membuahkan hasil seperti mana kejayaan bersama dengan Volvo.

Kemasukan Geely ke dalam industri pembuatan kereta negara kita juga dipercayai mempunyai perancangannya tersendiri. Ini kerana, syarikat ini bakal menjadikan Malaysia sebagai pusat utama pembuatan dan penjualan kereta keluarannya di rantau Asia Tenggara.

Dengan memiliki Proton, Geely akan memindahkan lokasi operasi pengeluarannya dari Zhejiang ke Tanjung Malim sebelum memasarkan ke Asia Tenggara. Sebagai 'balasan', Geely akan membantu Malaysia mengeksport jenama kereta Proton untuk dijual di China.

Mungkin inilah satu-satunya jalan yang terpaksa dipilih oleh Proton ketika sudah menjadi 'nyawa-nyawa ikan' ketika ini!

Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan wakil Geely akan berunding dengan Proton di Malaysia Ogos tahun ini. Namun, pihak Geely dan Proton tidak memberikan sebarang maklumat rasmi mengenainya.

Kedudukan kewangan Proton dilihat semakin tenat apabila pada April tahun lalu, kerajaan mengumumkan kelulusan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion kepada syarikat GLC ini.

Antara syaratnya ialah Proton harus mendapatkan rakan kongsi terkemuka yang akan membantu dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Selain laporan berita dari China, media-media tempatan di negara kita turut tidak ketinggalan melaporkan bahawa Geely mempunyai kelebihan memiliki Proton, berbanding dengan syarikat-syarikat lain.

"Sebagai bukti, bagi membuat persediaan bekerjasama dengan rakan kongsi baharu, Proton melakukan rombakan jawatan ke atas pegawai pengurusan tertinggi apabila Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Abdul Rashid Musa dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd awal bulan ini,"

lapor sebuah akhbar Inggeris tempatan, baru-baru ini.

Proton dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga mempengaruhi rugi bersih yang dialami oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) berjumlah RM821.3 juta.

Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah.
Ketika berita Proton bakal dibeli oleh syarikat pengeluar kereta China tersebar secara meluas, kerajaan masih belum bersedia memberikan jawapan secara jelas.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani kelmarin mengakui, pada masa ini terdapat tiga hingga empat syarikat dari negara asing telah menyatakan minat mereka untuk menjadi rakan kongsi Proton, namun Kementerian Kewangan masih belum membuat keputusan muktamad mengenainya.
Kata Johari, sekiranya Proton mempunyai ranca-ngan mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara, ia perlu mencari rakan pelabur asing yang sesuai.

Bagi rakyat Malaysia, ia tidaklah begitu mengejutkan Proton menjadi milik China satu hari nanti, memandangkan hubungan perdagangan antara Malaysia dengan China semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Dari segi dunia perniagaan, daripada terus menanggung kerugian ratusan juta ringgi setiap tahun, adalah lebih baik dijual kepada orang lain sahaja. Tetapi harus diingat yang dijual bukan sahaja syarikat semata-mata, maruah negara pun turut terpalit! (SH)

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Hasil carian imej untuk peluang kerja di korea selatan

Tuesday, 7 February 2017

Petrol: Ikut Kesusahan Rakyat Bukan Ikut Harga Pasaran. -PAS





KERAJAAN harus menentukan harga petrol bulanan menggunakan timbang rasa terhadap kesusahan rakyat dan bukannya mengikut harga pasaran semata-mata.

Sekiranya harga minyak sedunia meningkat secara mendadak kerana berlaku manipulasi dan spekulasi harga, dan kerajaan juga mengikut rentaknya secara membuta-tuli, ia akan memberi kesan buruk terhadap kadar inflasi negara kerana kos petrol merupakan kos kepada semua barangan.

Contohnya, sekiranya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen bulan hadapan kerana kenaikan harga minyak sedunia sehingga para peniaga terpaksa menaikkan harga jualan untuk menampung kos pengangkutan yang meningkat, mustahil harga jualan ini akan menurun semula apabila harga petrol menurun semula di bulan-bulan seterusnya.

Jika kerajaan dapat menggunakan timbang rasa dalam menentukan harga petrol bulanan, kerajaan boleh memilih untuk mengekalkan harga petrol untuk sebulan dua ketika harga minyak sedunia melambung walaupun terpaksa menanggung sedikit subsidi daripada menaikkan harga petrol secara mendadak sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga barangan yang akan kekal selamanya.

Sekiranya harga minyak sedunia terus naik, barulah kerajaan menaikkan harga petrol pada kadar berpatutan sejajar dengan kemampuan rakyat untuk menanggungnya.

Ingatlah bukan rakyat yang mendapat BR1M sahaja yang susah, mereka yang tidak layak mendapat BR1M bergaji sederhana di kota pun sama sahaja susahnya kerana kenaikan kos sara hidup yang mendadak yang berpunca bukan sahaja daripada harga petrol malah nilai Ringgit yang lemah seperti yang dialami MyDIN.

Dan ia bukanlah satu indikasi yang baik untuk kerajaan jika lebih ramai rakyat mendapat BR1M tahun depan kerana ini bermakna bertambahnya rakyat yang mengalami kesempitan hidup dan berkurangannya kemakmuran negara.

TUAN IBRAHIM TUAN MANTimbalan Presiden PAS
7 Februari 2017 – HARAKAHDAILY 7/2/2017

Ke mana hala tuju Proton?



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu pembelian saham Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton) di Tanjung Malim Plant sebanyak 51% oleh syarikat dari China, Geely Automobile Holdings Limited (Geely) seperti yang dilaporkan dalamhttp://m.scmp.com/business/china-business/article/2067885/geely-shares-soar-record-report-its-buying-protons-malaysia danhttp://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/03/cimb-proton-deal-will-fasttrack-geelys-presence/.

Proton yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia hasil usaha bangsa Malaysia kini semakin tidak jelas hala tuju selepas syarikat asing yang menguasai sahamnya.

Kerajaan Malaysia sewajarnya membantu dan mempertahankan Proton. Proton bukan hak milik Barisan Nasional. Usah kerana ketirisan dan kegagalan mengurus tadbir, aset negara yang digadaikan.

DPPN Perak memohon penjelasan ini atas dasar kedudukan Bandar Proton City yang membangun di Tanjung Malim. Tanjung Malim yang kini diwartakan sebagai Daerah Muallim dinyatakan sebagai bandar masa depan di mana peluang pendidikan dan pekerjaan dapat disediakan. Penjualan saham Proton ini akan menjejaskan hasrat ini secara tidak langsung.

Seandainya perkara ini tidak benar, disarankan agar dinafikan segera. Seandainya ianya benar, maka kerajaan harus menyatakan justifikasi dan implikasi kepada rakyat di atas penjualan saham tersebut.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"
"Pemuda Istiqamah Peneraju Kemenangan"

Mohd Akmal Kamarudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak 
9 JamadilAwwal 1438 / 6 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Monday, 6 February 2017

Pasaraya Mydin rugi teruk tahun 2016, pertama sejak 60 tahun berniaga



Ini satu peristiwa bersejarah buat Mydin Mohamed Holdings Bhd sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1957. Buat julung kalinya pasaraya terkenal tempatan itu mencatatkan kerugian yang amat teruk pada laporan kewangan berakhir March 2016 yang lalu.

Pertama dalam tempoh 60 tahun berniaga !

Untuk tahun 2017 ini juga nampaknya macam tak berapa nak elok. Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, kalau mereka dapat kekalkan jumlah kerugian yang sama untuk tahun 2017 ni, sudah kira bagus !.

Dari kenyataan itu nampaknya dia lebih risau kalau-kalau kerugian akan menjadi lebih teruk lagi pada tahun ini. Ertinya tak payah nak cakap pasal untung lagi. Kekalpun dah bersyukur.

Kenapa Mydin rugi teruk

Sejak Mydin ditubuhkan, ia berkembang dengan amat pesat sekali. Menjadi satu-satunya pasaraya tempatan yang amat besar yang boleh dibanggakan. Kalau orang nak kata dia bukan Melayu, tapi dia mamak, tak kisahlah, sekurangnya dia rakyat Malaysia yang saya yakin berstatus Bumiputera.

Trajedi mengalami kerugian sudah tentu disebabkan berbagai faktor. Dan salah satu penyumbang kepada cabaran tersebut menurut Mydin adalah disebabkan polisi kerajaan yang tidak membantu. Polisi terutamanya terhadap para peniaga peruncitan seperti mereka.

Malang sudah jatuh ditimpa tangga kemudian diberak ke muka dek ayam apabila secara kebetulan kerajaan mula laksanakan sistem GST. Kemudian kerajaan ketatkan pula akta kawal harga dan seumpamanya. Kemudian nilai RM pula teruk menjunam. Semua itu seperti memalitkan gara pada luka.

Ditambah lagi pula dengan kawalan gaji yang kerajaan buat dengan berbagai levi. Kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing dari negara lain meningkatkan semua kos operasi pasaraya seperti Mydin.

Mydin terpaksa tarik brake kesemua perancangan pembesaran mereka akibat dari apa yang sedang berlaku sekarang.

Kuasa membeli rakyat makin teruk

Kerajaan kakat mereka berikan BR1M supaya rakyat boleh guna untuk berbelanja dan galakkan ekonomi negara. Nampaknya terbukti itu semua langsung tidak membantu. Jumlah jualan pasaraya Mydin merosot.

Pasaraya seperti Mydin mensasarkan golongan berpendapatan rendah sebagai pelanggan utama mereka. Dan golongan ini sebenarnya berada dalam keadaan yang parah sekarang. Kos hidup meningkat sedangkan jumlah pendapatan macam tidak bergerak langsung.

Kerajaan boleh kata macam-macam. Cari kerja tambahan, kerja lebih masa, buat dua atau tiga kerja dan sebagainya. Tapi masalahnya semua orang hanya ada 24 jam saja sehari. Sampai berapa kerja tambahan rakyat berpendapatan rendah boleh tambah ?

Baca laporan dari sumber asal kat sini.

Walau apapun, jangan risau, be positif, be positif, negara lain rakyatnya jauh lebih teruk...

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

Piza itik salai The Plated


Hanisyan (tengah) bergambar bersama kakitangan Restoran The Plated di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Jika berkunjung ke Restoran The Plated, anda pasti terpukau dengan persembahan makanan, bau yang menyelerakan dan keenakan pelbagai hidangan di situ.

Restoran yang terletak di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya itu menampilkan hidangan berkonsepkan gabungan makanan (fusion) Asia dan Barat. Ia bagi memberi lebih banyak pilihan dan memenuhi cita rasa masyarakat tempatan.
Menurut Ketua Eksekutif Cefnya, Hanisyan Nan, sebanyak 54 jenis hidangan makanan dan 69 minuman disediakan di restoran tersebut.
“Kami memilih konsep fusion bagi memberi lebih banyak pilihan makanan di bawah satu bumbung yang menghidangkan makanan tempatan serta Barat.
“Pelanggan tidak perlu khuatir kerana makanan yang disediakan mampu memenuhi selera dan pada harga yang sangat berpatutan,” katanya yang mempunyai 19 tahun pengalaman dalam bidang masakan di hotel serta restoran terkemuka.
Antara hidangan yang disediakan ialah seperti nasi lemak, selera Minang, ayam bakar, pasta, sandwic, piza, stik, ikan dan kentang, sup cendawan, salad buah, spageti bersama sos lada merah dan salmon, burger, kambing panggang, ayam bakar dengan sos teriyaki serta chicken chop.
Jelas anak kelahiran Kodiang, Kedah itu, ayam bakar dengan sos teriyaki menghidangkan tiga konsep gaya Asia iaitu Melayu, Cina dan Jepun.
Ia dihidangkan dalam satu set iaitu ayam bakar disaluti sos teriyaki, nasi bawang (gaya Cina), sayur goreng ala Jepun, sambal belacan dan sup kosong.
Menariknya, restoran itu turut menghidangkan piza itik salai yang enak dan pastinya berbeza dengan piza sedia ada di pasaran.
 PIZA itik salai kelainan yang ditampailkan di Restoran The Plated.

Kelainan


Ujar Hanisyan, piza itik itu merupakan satu kelainan di restoran itu, malah ia sukar ditemui di premis makanan lain.
“Daging itik yang disalai dan dibakar bersama roti serta taburan keju serta sos menghasilkan kombinasi rasa sangat enak sehinggakan ramai pelanggan tidak melepaskan peluang untuk mencubanya.
“Makanan di sini diolah menggunakan resipi dan kepakaran cef masing-masing untuk memberikan rasa lebih sedap serta sesuai dengan kehendak pelanggan tempatan,” katanya yang mempunyai pengalaman bekerja di restoran Itali selama tujuh tahun.
Restoran itu boleh memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa dan menyediakan tempat yang selesa untuk pelanggan menikmati juadah serta bersantai bersama rakan mahupun keluarga tercinta.
Di samping itu, Restoran The Plated turut menghidangkan minuman yang mampu menghilangkan dahaga seperti peach magarita, brazilian lemonade dan coklat susu kocak.
Tidak ketinggalan makanan pembuka selera iaitu ayam goreng telur masin yang dicicah bersama sos Thai.
Sebagai pelengkap hidangan, turut disediakan aneka pilihan menu pencuci mulut seperti tiramisu, jeli kelapa segar dan aiskrim. (Kosmo!)
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.