Thursday 3 March 2016

Teroka peluang baharu di Arab Saudi

JEDDAH – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mencari lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan di Arab Saudi yang dilihat mampu membantu me­lonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata, Malaysia telah membangunkan kekuatan tersendiri seperti pengurusan lapangan terbang, rawatan kesihatan, pengeluaran tenaga dan perumahan awam yang boleh memberi manfaat kepada Arab Saudi dan negara lain.
“Kita perlu keluar dan mene­roka peluang baharu yang mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Berikutan kejatuhan harga minyak, kita perlu memper­kenalkan kepelbagaian strategi ekonomi,” katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah (JEF) 2016 di sini malam semalam. (IH)

No comments:

Post a Comment