Sunday, 2 March 2014

Shazia Saleem Leat Food, Makanan Halal Di London.

Shazia Saleem

SHAZIA Saleem sempat merasa kecewa dengan sukarnya memperoleh makanan halal . Itulah yang selanjutnya mendorong Shazia membina perniagaan makanan halal .

Yang hebat , Shazia bermula ketika ia masih menjadi mahasiswa di Warmick University . 


 "Sebahagian besar teman - teman saya non - Muslim . Saya selalu iri dengan mereka , sementara saya hanya boleh membeli keju atau pasties bawang , " kata dia dilansir onislam.net , Selasa ( 25 / 2). 
Shazia tak berdiam diri . Ia mula berfikir untuk menghasilkan makanan sendiri . Selama lapan tahun ia merintis itu , hingga akhirnya ia mengeluarkan produk bernama ieat .

" Saya korbankan impian saya untuk ieat . Saya harus pergi dan melakukan sesuatu untuk diri saya , " kata dia yang sempat bekerja di BBC TV ini .


Awalnya , ia memulakan rintisannya itu ketika membeli resort yang sudah tidak terpakai di Kemboja. Beberapa kerabatnya , menilai langkah itu sebagai hal yang gila . Namun , Shazia acuhkan omongan itu .


" Di sana , saya kembangkan satu tempat percutian yang mesra alam . Dan itu berjaya , " kata dia .Berjaya merantau di Kemboja , Shazia kembali ke Inggeris . 


Di negeri kelahirannya , Shazia memperkenalkan ieat Foods . Ini merupakan hasil dari penyelidikan dan rasa kecewa Shazia .

" Pada mulanya , kami mungkin ingin mencuba pelbagai makanan barat . Tapi pada akhirnya kita harus kembali pada ajaran Islam , " kata dia .


Ketika dilancarkan pertama kali , ieat Foods hanya ditemui secara terhad di London , Birmingham dan Leicester . Wajar terhad , kerana Shazia hanya dibantu lima pekerja . 


 " Cita-cita saya memang untuk membuat kehidupan lebih baik bagi saya dan keluarga serta saudara seiman di luar sana , " katanya . ( ROL / sbb / dakwatuna/IH )

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Makanan halal cara Islam menjadi pemangkin ke arah kebangkitan ekonomi Islam. Terutama di negara bukan Islam, yang ekonomi dan politiknya tertekan. Makan cara Islam adalah wajib, penyembelehan adalah wajib dan memulakan usaha ekonomi adalah wajib. Itulah kunci pemangkinnya untuk terus menaik!

Tuesday, 25 February 2014

McDonalds Didenda AUD $15,000 Kerana Menindas Pekerja.

abc news
AUSTRALIA - Sebuah gerai francais segera di Rockingham , Australia Barat didenda AUD $ 15 ribu kerana melanggar syarat menggaji pekerja remaja .

Seorang gadis berusia 14 tahun yang bekerja di gerai tersebut mengaku perlu bekerja selama 15 jam ketika mendapat tugas jaga atau shift malam , dan bahkan pernah juga bekerja sampai lewat tengah malam padahal besoknya harus bersekolah .


Kementerian Perdagangan kemudian berinisiatif memfailkan saman undang-undang terhadap McDonald . Menteri Perdagangan , Michael Mischin menggambarkan kes ini sebagai sesuatu yang sangat mengerikan .


Ini merupakan ke - 5 kalinya restoran francais McDonalds divonis bersalah kerana melanggar undang-undang mengenai pekerja remaja . Keputusan terakhir diterima McDonalds atas pelanggaran sejenid pada tahun 2007 lalu .


Di Australia gerai francais segera dibolehkan menggaji remaja berusia antara 13 dan 15 tahun , tapi mereka tidak dibolehkan bekerja lewat dari pukul 10 malam atau sebelum pukul 06.00 di pagi hari . (ABC news)

Monday, 24 February 2014

Herba: Buah... Eh, Malu Nak Sebut. Khasiatnya, Huuu ...

BUAH ini masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Kalau nak makan dipecahkan kulitnya, isinya kehitam-hitaman, berlapis-lapis macam asam keping, rasanya pahit-pahit manis. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar..
Namanya buah 'Kote Mamak' (KM). Sejenis tumbuhan atau buah ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai 'Samanea Saman'. Tumbuhan atau buah ini, diburu kerana kaya dengan khasiat semulajadi. Ia dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis.
Sejarah, mengapa disebut 'kote mamak', tak tahulah. Kata orang tua-tua bijinya boleh dibuat ubat seperti di atas. Minyaknya pula dipercayai boleh diurut pada senjata lelaki supaya menjadi lebih besar, panjang dan power. 


Tumbu subur di pinggir hutan, buahnya bergayutan di pohon.

Buah ini dikatakan berasal dari Kepulauan India. Di Malaysia ,ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang. 

By HMH HERBA

Lihat herba-herba seterusnya.. 
E-Buku IH-81: Herba

Wednesday, 19 February 2014

Syed Mokhtar, anak Mahathir tersenarai antara 10 terkaya di Malaysia




Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.

Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan kedua proksi Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.
"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lepas," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.
Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.
Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.

Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lepas.
"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, SapuraKencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.
"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lepas, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.
Mokhzani merupakan anak bekas perdana menteri paling lama negara serta terlibat secara aktif dalam politik bersama parti pemerintah Umno.
Dalam kenyataan itu lagi, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.
"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat sebanyak 11.73% berbanding RM194.86 billion setahun lalu," kata majalah tersebut lagi dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.

Majalah tersebut menyifatkan peningkatan kekayaan tersebut disumbangkan oleh pasaran saham dan kadar inflasi yang meningkat pada tahun lalu, susulan beberapa pemotongan subsidi oleh kerajaan pusat.
"Keseluruhan peningkatan kekayaan ini disumbang oleh pasaran saham dan kenaikan inflasi, memandangkan kekayaan mereka berasaskan pegangan saham.
"Ia juga bersangkutan dengan prestasi syarikat dan perkembangan ekonomi Malaysia yang positif sejak 12 tahun lalu," katanya lagi.

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong  serta memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM54.48 billion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lepas.
Beliau disusuli taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan bernilai RM33.19 billion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas Sdn Bhd.

Senarai itu juga mencatat dua individu terkaya yang kembali berada dalam senarai 40 orang tersebut.
"Dua individu kembali ke dalam senarai tahun ini. Datuk Tony Tiah daripada TA Enterprise berada di tangga ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail daripada Puncak Niaga berada di tangga 40 terkaya dengan RM543.74 juta," kata majalah itu lagi.

Senarai penuh 40 taikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu.
Seperti tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat tersenarai.
Malaysian Business diterbitkan Berita Publishing Sdn Bhd. – 19 Februari, 2014. (TMI)

Malaysia paling digemari pelancong Islam, kajian syarikat Singapura


Malaysia menjadi negara yang paling digemari oleh pelancong Islam dari seluruh dunia, menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh sebuah badan di Singapura Selasa lalu.

Malaysia mendahului negara-negara Islam utama di dunia termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Turki, Indonesia dan Arab Saudi dalam "Halal friendly Holiday" yang dikeluarkan oleh Crescentrating, sebuah badan yang pakar dalam pelancongan Islam yang berpangkalan di Singapura.

Menurut akhbar Strait Times Singapura, kajian mereka menunjukkan Malaysia berjaya memenuhi keperluan pelancong Islam apabila menyediakan restoran halal melalui daging disembelih mengikut kehendak Islam dan penyediaan tempat solat di lapangan terbang, pusat beli-belah dan hotel.

"Banyak destinasi sekarang cuba memenuhi keperluan segmen ini dengan menyesuaikannya dengan kepercayaan unik pelancong Islam," kata Ketua Pegawai Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen. – 19 Februari, 2014. (TMI)

Saturday, 15 February 2014

Syed Mokhtar Diserang Monopoli Gula -Anwar Ibrahim


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.

"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.

"Harga gula naik sebab monopoli Syed Mokhtar. Saya lawan Umno, Barisan Nasional (BN) termasuk tokoh-tokoh besar,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun mengakui tidak semua harga barangan mampu dikawal kerajaan memerintah.

"Masalah kita di Kajang apa, masalah ekonomi, kehidupan.

"Saya akui, ada kerajaan mana-mana pun tidak boleh kawal. Harga minyak, gula contohnya, tidak boleh naik," katanya.

Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan pendekatan cemuhan peribadi terhadap mana-mana pemimpin dan individu dalam kempen ceramah mereka.

"Saya tidak maki orang. Saya terangkan apa yang kita lakukan.
"Saya dalam PKR sedikit pun tidak berganjak untuk menyebarkan dakwah," katanya.

Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak memulakan pemotongan subsidi petrol dan gula yang menyebabkan kos sara hidup meningkat.
Selain itu, tarif elektrik turut dinaikkan berkuatkuasa 2014.

Semasa membentangkan Bajet 2014 Oktober lalu, Najib mengumumkan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa April 2014.

Pengkritik melihat pengenalan GST akan menambahkan beban kepada orang ramai.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Lee chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut.
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain.
PR sudah mengumumkan Anwar sebagai calon mereka bagi PRK Kajang manakala BN masih lagi belum berbuat demikian.

Tetapi, spekulasi mengatakan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diletakkan untuk melawan Anwar. – 15 Febuari, 2014. (TMI)

Friday, 14 February 2014

Putrajaya Henti Kenaikan Tol, Dorong Ekonomi Jatuh, Kata Credit Suisse

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu mengumumkan kenaikan kadar tol tidak akan berlaku tahun ini. Gambar fail. 


Agensi kewangan dunia, Credit Suisse membidas keputusan Putrajaya tidak menaikkan tol kerana ia bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi pada masa depan.

Agensi berpengkalan di Switzerland itu berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku pada ketika penarafan kredit Malaysia masih berada pada kedudukan membimbangkan.

"Keputusan berpatah balik menaikkan tol tidak sepatutnya berlaku.
"Keputusan berpatah balik yang besar akan memberi kesan kepada penurunan penarafan kredit," kata Credit Suisse dalam laporan Malaysia Market Strategy hari ini.

Pada Julai lalu, agensi penarafan kredit dunia Fitch Ratings melaporkan unjuran kredit Malaysia dilihat sebagai lemah.
Fitch Rating menurunkan ramalan unjuran kredit Malaysia daripada stabil kepada negatif.
Walaupun melihat langkah pengukuhan defisit fiskal bukan suatu yang popular, Credit Suisse berkata, ia adalah langkah yang kritikal.

"Tapi ia adalah polisi yang kritikal untuk mengurangkan defisit fiskal," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Menteri Kewangan semasa pembentangan Bajet 2014 lalu mengumumkan beberapa polisi pengukuhan fiskal, antaranya pengurangan beberapa subsidi yang dinikmati oleh rakyat.

Bagaimanapun, pemotongan subsidi seperti petrol, elektrik dan gula menyumbang kepada kesan domino khususnya kepada rakyat.

Malah kadar inflasi meningkat 3.2% pada hujung Disember 2013.
Credit Suisse berkata, tindakan tidak menaikkan tol tersebut sebagai langkah oportunis yang diambil oleh Umno dan tidak melihat kesan jangka masa panjang.

"Malangnya, segelintir dalam parti perdana menteri memilih kesan jangka pendek dan mengabaikan kesan jangka panjang yang bakal berlaku.
"Kami percaya ini adalah kes opotunis politik dalam Umno," katanya.

Menurut Kredit Suisse, langkah tidak menaikkan kadar tol yang dikatakan menelan subsidi sebanyak RM900 juta sedang diperhatikan agensi penarafan dunia, memberi amaran Malaysia bakal berdepan dengan situasi buruk jika unjuran kredit tidak diperbaiki.

"Malaysia tidak boleh lagi terjatuh dalam unjuran kredit, sebaliknya perlu mensasarkan kepada penambahbaikan," katanya lagi. - 10 Februari 2014. (TMI)