Monday, 23 January 2017

Guna Strategi ‘Hantu’, Gerai Ini Tarik Pengunjung.

Gerai 'Hantu' Tarikan Baharu Pelancong Di Johor Bahru


JOHOR BAHRU – Mahu makan dengan hantu? Kedengaran pelik dan menakutkan tetapi strategi digunakan pengusaha gerai makanan Selera Flat Lama Bandar Baru Uda di sini berjaya menarik pelanggan berkunjung ke gerai mereka.

Diilhamkan daripada kisah-kisah hantu di flat berkenaan, idea yang direalisasikan empat bulan lepas mendapat perhatian ramai sehingga pengusaha tidak ‘menang tangan’ selepas kisah mereka tersebar menerusi media sosial.
Tinjauan Bernama ke lokasi berkenaan mendapati gerai makanan itu penuh sesak dengan ramai pelanggan yang mahu melihat sendiri kelibat “hantu” yang bebas berkeliaran.
Gimik bermula selepas solat Isyak dengan lampu kedai dipadamkan dan lagu seram dimainkan disusuli kemunculan “hantu-hantu” yang bergerak dari meja ke meja bertemu pelanggan dan bergambar bersama-sama mereka.
Gerai 'Hantu' Tarikan Baharu Pelancong Di Johor Bahru
Pengurus premis, Norafiq Sa’at, 30, berkata bermodalkan pengalaman dalam bidang katering selama lima tahun, beliau memberanikan diri membuka perniagaan itu.
“Saya pernah menyertai kursus perniagaan pada 2015, dan dari situ saya mula mendapat idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan katering sedia ada saya jadi perniagaan yang lebih kukuh,” katanya kepada Bernama.
gerai-hantu2
gerai-hantu1
Beroperasi sejak empat bulan lepas, Norafiq yang dibantu isterinya Aminatuhsamsiah Samhari, 24, berkata mereka bermula dengan hanya empat gerai namun kini berkembang kepada 14 gerai, hasil bantuan Kelab Sukan dan Rekreasi Johor Bahru.
“Kami menyediakan pelbagai masakan seperti ayam penyet, ‘laksa penang’, ‘shell out budget’, ‘sate boom’ dan sotong bakar,” katanya sambil menambah bahawa hidangan utama pilihan pelanggan ialah ‘Nasi Lemak Berhantu’.
Norafiq berkata mereka juga menawarkan pekerjaan kepada golongan belia yang tidak berpelajaran tinggi dan berkata: “Kami bimbing mereka asas-asas perniagaan bagi membantu mereka menjadi usahawan di kemudian hari.”
Sementara itu, pengasas bersama premis, Mohd. Nizam Haron, 38, berkata idea menggunakan gimik hantu timbul berikutan kawasan berkenaan antara kawasan dalam bandar paling banyak berlaku perkara mistik.
“Strategi pemasaran ini nyata berjaya kerana kami berjaya menarik pelanggan termasuk yang datang dari Singapura semata-mata mahu melihat gimik hantu,”katanya lagi.
Gerai Selera Flat Lama Bandar Baru Uda dibuka operasi bermula pukul 5.30 petang sehingga 1.00 pagi dari Selasa hingga Ahad manakala Isnin pula mereka berehat. 
BERNAMA.


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Sunday, 22 January 2017

Rancang Buka Kilang Robot di Malaysia



PETALING JAYA – Syarikat dari Singapura, GT Robot merancang untuk membuka kilang pembuatan dan pemasangan robot bernilai RM300 juta di Malaysia.

Presiden GT Group, Dr. Paul Zhang Baolu berkata, kilang itu dijangka dibina di lokasi sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.

Kilang itu diunjur menjana pendapatan kira-kira AS$20 bilion atau bersamaan dengan 10 juta robot mudah alih.

“Ia adalah kilang pertama bagi pembuatan robot di Asia dengan perkakasan berteknologi tinggi selepas China,” katanya ketika berucap sempena pelancaran GT Dollar di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

GT Robot dan GT Dollar adalah syarikat di bawah GT Group yang berpangkalan di Singapura dan merupakan sebuah entiti khusus dalam penyelesaian inovatif dalam teknologi maklumat dan e-perdagangan yang ditubuhkan pada tahun 2014.

Menurut Paul, kilang itu dijangka menyediakan 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Pengurus Produk GT Robot, Yiting Hao berkata, syarikat itu masih belum memutuskan bila kilang itu akan dibina.

Katanya, pada masa ini GT Robot sudah membangunkan robot protaip yang dinamakan GT Wonder Boy dan akan dipasarkan untuk komersial pada Mac ini di Beijing dan California pada bulan April.

Robot itu dianggarkan bakal dijual pada harga AS$2,000 sebuah.

Robot setinggi 238 milimeter itu berupaya melakukan penjejakan automasi, navigasi suara, boleh berkomunikasi dua hala, pendidik interaktif, perkhidmatan pelanggan pintar, jurugambar peribadi, menyanyi dan menari serta boleh bercakap dalam pelbagai bahasa.


Trump Jelaskan Mengapa AS Tarik Diri Sertai TPPA


Menteri perdagangan dan pegawai dari 12 negara anggota pada majlis menandatangani perjanjian TPPA di Auckland, New Zealand pada 4 Februari 2016.
WASHINGTON – Pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melibatkan 12 negara atas alasan bagi melindungi peluang pekerjaan rakyat di negara itu.
Menurut White House dalam satu kenya­taan, Trump bagaimanapun komited untuk berunding dengan perjanjian perdaga­ngan lain iaitu Perjanjian Dagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang ditandatangani antara AS, Kanada dan Mexico pada 1994.
“Selepas sekian lama, rakyat Amerika terpaksa menerima perjanjian perdaga­ngan untuk kepentingan golongan elit Washington dengan menggunakan tenaga kerja rakyat negara ini.
“Akibatnya, kilang-kilang ditutup di bandar-bandar AS dan peluang pekerjaan berpindah ke luar negara manakala rakyat negara ini berdepan defisit dan industri pengeluaran pula merosot,” kata kenya­taan itu yang dikeluarkan selepas Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-45 di Capitol Hill, Washington DC kelmarin.
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Friday, 20 January 2017

R&R, Jualan Tak Sampai RM10, 24 Jam Berniaga.

Hasil jualan tak sampai RM10 Nur Akmal menunjukkan kiosk bersaiz besar yang berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat informasi pelancongan di Hentian R&R Perasing.
Hasil jualan

Hasil jualan tak sampai RM10

KEMAMAN - Kesemua peniaga kiosk di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) terpaksa menanggung kerugian saban hari ekoran hasil jualan yang diperoleh tidak sampai RM10 walaupun 24 jam berniaga.

Masalah berkenaan berlaku disebabkan tidak ramai pengguna lebuh raya itu singgah di hentian itu berikutan kawasan berkenaan terpalit dengan pelbagai cerita hantu yang ditularkan di media sosial.

Susulan itu, kesemua peniaga berkenaan tampil menafikan bahawa adanya gangguan mistik di kawasan berkenaan kerana sepanjang berniaga di hentian itu sejak Mei 2015 mereka masih belum berdepan dengan gangguan seperti yang didakwa.

Aliran trafik tinggi, tapi pengunjung kurang

Peniaga air minuman, Nurul Hafizah Abdul Karim, 24, berkata, Hentian R&R Perasing yang merupakan hentian terbesar di negara ini selamat untuk disinggahi walaupun pada waktu malam.

Menurutnya, hentian itu cantik, luas, moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan tetapi tidak dimajukan serta tidak menerima kunjungan ramai.

“Jadi kita mohon agar kerajaan negeri jadikan Hentian R&R Perasing ini sebagai duta kecil untuk mempromosikan Tahun Melawat Terengganu 2017 memandangkan kawasan ini adalah pintu masuk kepada negeri ini.

“Kita cadangkan diwujudkan satu pusat informasi pelancongan atau ‘tourism centre’ di hentian ini untuk kemudahan pelancong dan pada masa sama dapat rancakkan program di tempat ini yang dapat tarik kehadiran pengunjung sekaligus dapat meningkatkan pendapatan kami para peniaga,” katanya.

Menurutnya, keadaan ketika ini sangat kritikal kepada peniaga kerana ada juga dalam kalangan mereka yang kadangkala tidak dapat memungut walaupun satu sen hasil jualan dalam tempoh sehari.

“Malah saya sendiri pernah peroleh RM2 saja sehari. Dengan wang jualan sikit sebegini nak bayar sewa pun tak lepas dan kebanyakan kami terpaksa guna wang dari sumber lain sebagai modal pusingan.

“Kalau keadaan ini berterusan, memang kami akan gulung tikar. Kami masih bertahan sampai sekarang sebab fikirkan modal melebihi RM20,000 yang telah dilabur untuk beli peralatan dan hias kiosk,” katanya.

Peniaga kiosk Keropok Cap Mutiara, Nur Akmal Alias, 36, yang berniaga di hentian itu sejak lapan bulan lalu berkata, apa yang mereka alami sekarang adalah keadaan yang sangat dahsyat berikutan masalah kekurangan pengunjung yang ketara walaupun mereka difahamkan jumlah aliran trafik di LPT2 pada hari biasa adalah kira-kira 300,000 sebulan manakala pada musim perayaan dan hujung minggu lebih kurang 700,000 jumlah pengguna sebulan direkodkan.

“Saya kerap tidur kat kiosk ditemani suami dan anak-anak. Sepanjang tidur dan berniaga memang kami tak pernah jumpa makhluk halus. Jadi tiada apa yang patut digeruni oleh orang ramai untuk singgah di sini,” katanya.

16 kiosk beroperasi

Hentian R&R Perasing memiliki sebanyak 32 buah kiosk makanan dan minuman yang memiliki 300 buah kerusi, dua kiosk dalam kaca bersaiz besar, 44  buah tandas dan kemudahan lain seperti surau yang besar serta taman permainan kanak-kanak.

Setakat ini hanya 16 kiosk minuman dan makanan yang beroperasi sementara bakinya masih kosong dan daripada jumlah kiosk beroperasi itu mereka menjual variasi makanan dan minuman termasuk yang beridentitikan Terengganu iaitu keropok lekor.

Dalam pada itu, peniaga kiosk produk bakeri pula, Mohsin Mokhtar, 37, berkata, dia amat gembira jika berjaya memperoleh hasil jualan RM100 sehari.

"Sekarang saya terpaksa guna duit dari perniagaan lain untuk terus berniaga di sini. Malahan dah empat kiosk ditutup di sini, kalau kesemua peniaga lari yang ruginya kerajaan negeri juga sebab bangunan ini mungkin terbiar begitu saja.

“Yang penting kerajaan juga perlu segerakan pembinaan jalan dari kawasan penempatan di Jabor dan Perasing Jaya ke sini untuk bolehkan penduduk sekitar ini datang makan dan minum di sini tanpa lalui lebuh raya,” katanya.

Menurut seorang lagi peniaga air minuman dan snek, Napisah Mat Saman, 52, pendapatan dia dan suaminya, Syed Jafaar Yahya, 48, hanya bergantung pada kutipan hasil jualan kiosk mereka itu.

“Duit hasil jualan ni nak buat makan pun tak lepas. Inikan pula kalau nak buat bayar sewa RM530 sebulan. Patutnya sewa asal RM1,060  tapi pihak konsesi bagi diskaun separuh harga,” katanya.

Jadikan meeting point

Mengulas mengenai masalah yang membelenggu peniaga itu, Exco Infastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman menzahirkan rasa simpati dengan nasib kesemua peniaga hentian tersebut.

Menurutnya, beliau akan mengatur perjumpaan dengan kesemua penjual tersebut dalam masa terdekat untuk membincangkan kaedah-kaedah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Buat masa ini saya dah berbincang dengan pihak pengurusan Plus Malaysia Bhd agar tidak menaikkan kadar sewaan dan caj-caj sehingga keadaan bertambah baik di pihak penjual.

“Antara langkah yang kita boleh ambil adalah menjadikan kawasan R&R Perasing ini sebagai ‘meeting point’ masyarakat di kawasan ini. Ini boleh terlaksana dengan pembinaan jalan yg menghubungkan R&R ini dengan kawasan sekitar seperti dalam perancangan asal. Kos pembangunan jalan perhubungan ini dianggarkan sebanyak RM20 juta,” katanya

Monday, 9 January 2017

AGROGEMS 2017 sasar lahir jutawan tani muda


 KL: Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS) 2017 diteruskan dengan sasaran melahirkan lebih ramai petani muda di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, program tersebut diyakini membantu golongan muda mendapat pemahaman jelas berkait peluang pertanian, lapor SelangorKini.

“2016 menyaksikan penyertaan yang saya sifatkan sebagai ‘dasyat’ kerana kita menerima ramai penyertaan daripada golongan muda.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa individu terlibat dalam sektor pertanian juga mampu berjaya dan menjana pendapatan yang baik khususnya kepada golongan muda,” katanya.

Beliau berkata, pengisian program bagi tahun ini diteruskan dengan sesi seminar membabitkan peserta dan individu yang berjaya dalam bidang pertanian.

“Mereka akan diberikan taklimat dan panduan oleh usahawan tani yang pernah menyertai program ini dan telah bergelar jutawan tani hasil daripada aktiviti pertanian diusahakan.

“Selepas seminar, mereka juga akan diberikan khusus lanjutan dan ilmu secara praktikal supaya mereka boleh mengaplikasikan pemahaman secara terus dalam sektor pertanian,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Program AGROGEMS mula diperkenalkan Januari 2016 sebagai suntikan kerajaan negeri menggalakkan penyertaan usahawan tani di bawah umur 40 tahun dalam sektor pertanian.

Mereka berminat boleh mendaftar di pejabat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani di Tingkat 15 bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sunday, 8 January 2017

Cina Kirim 6.000 Tenaga Kerjanya Ke Israel


Hasil carian imej untuk pekerja cina

Beijing. Otoritas Cina telah memberikan izin terhadap keputusan pengiriman 6.000 orang tenaga kerjanya berprofesi buruh bangunan untuk bekerja di wilayah Palestina yang diduduki penjajah Israel.

Kebijakan ini berdasarkan kesepakatan pemerintah Cina dengan Israel. Rencananya ribuan pekerja yang dijanjikan ini akan tiba di Tel Aviv pada pertengahan tahun 2017 mendatang. Sebagaimana yang dilansir situs Palestina, Shehab.ps, Jumat (6/1/2017).

Para pengamat mengkritik langkah pengiriman buruh ini karena bertentangan dengan sikap resmi pemerintah Cina terhadap pembangunan permukiman Israel. Dikarenakan dalam voting DK PBB beberapa waktu lalu, Cina termasuk pihak yang mendukung resolusi berisi kecaman terhadap pembanganan permukiman di atas tanah Palestina.
Menurut data Kemendagri Israel saat ini terdapat 8.000 pekerja asing di Israel yang sebagain besar mereka berasal dari Eropa Timur. (msy/dakwatuna)

Indonesia: 'Koperasi Syariah 212’ Dari Umat untuk Umat


GNPF-MUI: ‘Koperasi Syariah 212’ Dari Umat  untuk Umat
Launching Koperasi Serba Usaha Syariah 212 
di Masjid Andalusia, Kampus STEI Tazkia, 
Sentul City, Bogor

Hidayatullah.com– Dewan Ekonomi Syariah Gerakan Nasional Pengawal Fatwa MUI (GNPF-MUI) menjelaskan latar belakang pendirian ‘Koperasi Syariah 212’  diharapkan bisa merealisasikan ekonomi yang berkeadilan dan berpihak kepada rakyat.
Ekonom syariah ini mengatakan, Indonesia memiliki potensi besar. Negara Muslim terbesar di dunia dengan proporsi umat Islam di atas 87 persen.
Namun sangat disayangkan, potensi ini belum seimbang dengan penguasaan aset nasional dan aset bangsa. Daya beli dan jumlah umat Islam yang sangat besar saat ini hanya dimanfaatkan sebagai pasar oleh negara lain.
“Agar sumber daya dan potensi-potensi yang tercecer ini bisa dirajut menjadi kekuatan yang rahmatan lil alamin,” kata Dr Syafi’I Antonio Jum’at (06/01/2017) saat  konferensi pers terkait pendirian Koperasi Serba Usaha Syariah 212  di Masjid Andalusia, Kampus STEI Tazkia, Sentul City, Bogor.
Sementara itu, Ketua GNPF-MUI Bachtiar Nasir  menjelaskan kronologi berdirinya koperasi ini. Menurutnya, hadirnya koperasi ini berawal dari aspirasi umat Islam yang merasakan energi persatuan dan semangat kebangkitan dalam Aksi Damai 02 Desember 2016 atau ‘Aksi 212’.
Bachtiar Nasir menekankan visi dan semangat yang diusung dalam koperasi ini adalah Pasal 33 UUD 45.
“Sesuai dengan misi GNPF-MUI untuk menegakkan hukum, yang dalam hal ini adalah hukum ekonomi. Yang akan kita bangkitkan adalah semangat Pasal 33 UUD 45, ini yang menjadi acuan kami,” ungkapnya.
Koperasi ini diharapkan bisa mewujudkan tiga hal. Kemakmuran yang berkeadilan, proporsional, dan tidak terjadi ketimpangan.
Sementara itu,  Wakil Ketua GNPF-MUI Zaitun Rasmin mengatakan,  GNPF-MUI tidak memiliki kepentingan apa-apa dari gerakan ini. GNPF-MUI hanya merasa bertanggung jawab secara moral, bahwa potensi besar umat dari ‘Aksi 212’ perlu disatukan dan difasilitasi agar bisa maksimal.
Setelah terbentuk Koperasi ini maka tanggung jawab GNPF-MUI dianggap selesai.
Oleh karena itu tidak satupun pimpinan GNPF-MUI yang masuk dalam struktur pengurus koperasi ini.
“Sampai di sini tugas pimpinan GNPF-MUI hampir selesai, mengantarkan umat kepada terbentuknya suatu lembaga keuangan atau lembaga ekonomi syari’ah yang diharapkan bisa jadi pemandu demi ekonomi umat yang lebih baik kedepan,”  tegas Wasekjen MUI ini.
“Ii dari umat, oleh umat untuk umat,” tegas Zaitun.*/ibw


PERHATIANPeluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..