Menteri perdagangan dan pegawai dari 12 negara anggota pada majlis menandatangani perjanjian TPPA di Auckland, New Zealand pada 4 Februari 2016.
WASHINGTON – Pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) melibatkan 12 negara atas alasan bagi melindungi peluang pekerjaan rakyat di negara itu.
Menurut White House dalam satu kenyataan, Trump bagaimanapun komited untuk berunding dengan perjanjian perdagangan lain iaitu Perjanjian Dagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang ditandatangani antara AS, Kanada dan Mexico pada 1994.
“Selepas sekian lama, rakyat Amerika terpaksa menerima perjanjian perdagangan untuk kepentingan golongan elit Washington dengan menggunakan tenaga kerja rakyat negara ini.
“Akibatnya, kilang-kilang ditutup di bandar-bandar AS dan peluang pekerjaan berpindah ke luar negara manakala rakyat negara ini berdepan defisit dan industri pengeluaran pula merosot,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan selepas Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-45 di Capitol Hill, Washington DC kelmarin.
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat
No comments:
Post a Comment