Monday 23 January 2017

Guna Strategi ‘Hantu’, Gerai Ini Tarik Pengunjung.

Gerai 'Hantu' Tarikan Baharu Pelancong Di Johor Bahru


JOHOR BAHRU – Mahu makan dengan hantu? Kedengaran pelik dan menakutkan tetapi strategi digunakan pengusaha gerai makanan Selera Flat Lama Bandar Baru Uda di sini berjaya menarik pelanggan berkunjung ke gerai mereka.

Diilhamkan daripada kisah-kisah hantu di flat berkenaan, idea yang direalisasikan empat bulan lepas mendapat perhatian ramai sehingga pengusaha tidak ‘menang tangan’ selepas kisah mereka tersebar menerusi media sosial.
Tinjauan Bernama ke lokasi berkenaan mendapati gerai makanan itu penuh sesak dengan ramai pelanggan yang mahu melihat sendiri kelibat “hantu” yang bebas berkeliaran.
Gimik bermula selepas solat Isyak dengan lampu kedai dipadamkan dan lagu seram dimainkan disusuli kemunculan “hantu-hantu” yang bergerak dari meja ke meja bertemu pelanggan dan bergambar bersama-sama mereka.
Gerai 'Hantu' Tarikan Baharu Pelancong Di Johor Bahru
Pengurus premis, Norafiq Sa’at, 30, berkata bermodalkan pengalaman dalam bidang katering selama lima tahun, beliau memberanikan diri membuka perniagaan itu.
“Saya pernah menyertai kursus perniagaan pada 2015, dan dari situ saya mula mendapat idea bagaimana untuk mengembangkan perniagaan katering sedia ada saya jadi perniagaan yang lebih kukuh,” katanya kepada Bernama.
gerai-hantu2
gerai-hantu1
Beroperasi sejak empat bulan lepas, Norafiq yang dibantu isterinya Aminatuhsamsiah Samhari, 24, berkata mereka bermula dengan hanya empat gerai namun kini berkembang kepada 14 gerai, hasil bantuan Kelab Sukan dan Rekreasi Johor Bahru.
“Kami menyediakan pelbagai masakan seperti ayam penyet, ‘laksa penang’, ‘shell out budget’, ‘sate boom’ dan sotong bakar,” katanya sambil menambah bahawa hidangan utama pilihan pelanggan ialah ‘Nasi Lemak Berhantu’.
Norafiq berkata mereka juga menawarkan pekerjaan kepada golongan belia yang tidak berpelajaran tinggi dan berkata: “Kami bimbing mereka asas-asas perniagaan bagi membantu mereka menjadi usahawan di kemudian hari.”
Sementara itu, pengasas bersama premis, Mohd. Nizam Haron, 38, berkata idea menggunakan gimik hantu timbul berikutan kawasan berkenaan antara kawasan dalam bandar paling banyak berlaku perkara mistik.
“Strategi pemasaran ini nyata berjaya kerana kami berjaya menarik pelanggan termasuk yang datang dari Singapura semata-mata mahu melihat gimik hantu,”katanya lagi.
Gerai Selera Flat Lama Bandar Baru Uda dibuka operasi bermula pukul 5.30 petang sehingga 1.00 pagi dari Selasa hingga Ahad manakala Isnin pula mereka berehat. 
BERNAMA.


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

No comments:

Post a Comment