Tuesday 31 January 2017

Skandal forex dan kerugian Bank Negara... Nur Jazlan bersuara


Ramai yang lupa kisah ini... ketika kecoh-kecoh Bank Negara Malaysia rugi kerana main forex, gabenor ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein meletak jawatan. Sepertinya Jaafar yang menjadi gabenor mengambil tanggungjawab terhadap apa yang terjadi.
Hari ini menantu Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata kebenaran di sebalik peletakan jawatan Jaafar akhirnya terbongkar selepas dua dekad selepas peristiwa berlaku.
“Beliau meletak jawapan hari April Food (1 April) 1994, kerana kesalahan orang lain,” katanya menurusi siri twit akaunnya petang Isnin.
Nur Jazlan menantu kepada Jaffar Hussein, gabenor BNM 1985-1994 yang meninggal dunia pada 1998, 4 tahun selepas meletak jawatan. Kenyataan Nur Jazlan itu menyusuli pendedahan Datuk Abdul Murad Khalid, bekas penolong gabenor BNM, yang mendakwa bank pusat itu kehilangan berbilion dolar akibat dagangan mata wang asing pada awal 1990an ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
Beliau mendakwa kerugian tukaran mata wang asing lebih besar dari yang dilaporkan dan dalam bentuk dolar AS, tetapi tiada siasatan dilakukan ke atas mereka yang bertanggungjawab. Nur Jazlan memuat naik twit memaparkan keratan wawancara Murad oleh New Straits Times, bertajuk “US$10 bilion bombshell”.
Nur Jazlan juga menaikkan keratan muka hadapan Utusan Malaysia yang menampilkan gambar Jaffar, bertajuk “Saya silap – Gabenor”, dengan tajuk kecil “Bank Negara rugi RM5.7 bilion tahun lalu”.
“Bapa mertua saya meletak jawatan kerana rasa bertanggungjawab ke atas kesilapan orang lain, sesuatu yang jarang berlaku dalam politik dan kerajaan walaupun pada hari ini.
“Kesalahan seperti itu selalunya disentuh sepintas lalu demi perpaduan dan kestabilan, hanya didedahkan pada masa yang sesuai beberapa tahun kemudian,” kata Nur Jazlan.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapakah yang bersalah dalam skandal terbesar kewangan dunia itu. Kenyataan Murad mengatakan pihak tertentu yang sebenarnya bertanggungjawab untuk skandal yang menggemparkan awal 1990an itu.
Pendedahan Murad menyusuli laporan ke atas dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang mengaitkan pentadbiran Dr Mahathir kepada kerugian AS$1 bilion.
Kerugian itu akibat daripada pinjaman daripada Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pada 1980an kepada beberapa syarikat meragukan, termasuk unit Carrian Holdings Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.-30/1/2017 (AD)

Perhatian:

Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

Post a Comment