Pemilik
Restoran Mamak Malaysia, Nani Rahayu Yusof Hughie yang menerima
pengiktirafan 'Satu Bintang' oleh Michelin Guide Disember lepas.
-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tidak sampai setahun beroperasi dan bersaing
dengan restoran ternama lain di kota New York, restoran Mamak Malaysia
mencipta nama apabila diiktirafkan dengan penarafan 'Satu Bintang' oleh
Michelin Guide, buku panduan antarabangsa bagi hidangan menarik dan
menyelerakan.
Dimiliki oleh Nani Rahayu Yusof Hughie, bekas wartawan Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (Bernama), restoran itu yang menyajikan
hidangan popular masyarakat India Muslim Pulau Pinang, diberikan
pengiktirafan itu oleh Michelin Guide pada Disember lepas.
Penarafan itu diberikan Michelin Guide berdasarkan laporan pemeriksa
yang identitinya dirahsiakan, apabila mengunjungi sesebuah restoran.
Penarafan 'Satu Bintang' menunjukkan kehebatan sesebuah restoran itu
dalam menawarkan hidangan bertaraf tinggi dengan kesedapannya konsisten.
"Saya terkejut dan berbesar hati dengan pengiktirafan ini kerana saya
bukannya chef professional, begitu juga dengan pasukan di restoran
saya. Malah, saya amat baru dalam perniagaan restoran, belum sampai
setahun pun," kata Nani Rahayu kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya surat pengiktirafan "Satu Bintang" Michelin Guide itu diterimanya pada 23 Disember lepas.
Nani Rahayu, 42, yang juga seorang penulis bebas, berkata anugerah
itu amat bermakna buat dirinya dan pasukan restorannya yang gigih
bekerja untuk memastikan hidangan disediakan mengikut standard tinggi
dan konsisten.
Restoran Mamak Malaysia menampilkan masakan India, Melayu dan Cina
yang popular di Pulau Pinang, katanya sambil menjelaskan beberapa
hidangan itu tidak dijual di restoran Malaysia lain di Amerika Syarikat.
Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, Nani Rahayu menubuhkan
Mami Penang Cooking Inc, syarikat berdaftar yang mengendalikan Mamak
Malaysia, iaitu restoran Malaysia pertama yang halal sepenuhnya di kota
New York.
Restoran itu terletak di 35-20 Farrington Street, Flushing di kawasan bandar Queens.
Sejak berpindah ke New York pada 2005 kerana mendirikan rumah tangga
dengan pakar pemakanan warganegara Amerika Syarikat, Nani Rahayu telah
membina dua perniagaan yang berjaya iaitu Masakan Mami PG yang terkenal
dengan Nasi Lemak dan Nasi Kandar, serta Melayu Cookies yang popular
dengan Kuih Tart Nanas dan kuih Samperit Bunga.
Nasi lemak terkenal di Masakan Mami PG, New York.
Restoran Mamak Malaysia pula terkenal dengan Nasi Kandar Udang, Nasi
Kandar Daging Lembu, Nasi Kandar Sotong, Bendi Goreng dan Kambing
Rendang.
Nani Rahayu berkata dalam tempoh tiga bulan selepas pembukaannya,
restoran itu menerima reaksi positif daripada pelbagai media termasuk
The New York Times, The New York Magazine, Chopsticks and Marrow dan
Chowhound.
"Kami juga dipaparkan dalam segmen televisyen Globe Trotter oleh Jon
Haggins. Chowhound pula memilih kami sebagai 'The Best New York
Chowhound Find in 2013' pada 5 Januari," katanya.
Udang Sambal antara menu yang terkenal di Restoran Mamak Malaysia.
Beliau berkata beberapa blog makanan terkenal seperti Midtown Lunch,
Eating in Translation dan Chubby Chinese Girl Eats telah memberi ulasan
menarik mengenai Mami PG pada tahun lepas selain liputan oleh pelbagai
akhbar di Malaysia.
Sejak dibuka pada Mei tahun lepas, Mamak Malaysia juga menarik
kunjungan kerabat diraja, orang kenamaan dan selebriti, yang turut
memberi sentuhan kemasyhuran dan glamor untuk restoran itu.
Nani Rahayu berkata beliau merasa bangga kerana berpeluang memberi
perkhidmatan kepada putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan
rombongannya semasa lawatan mereka ke New York pada 2 November lepas.
Menteri-menteri, Anggota Parlimen serta selebriti dari Malaysia tidak
ketinggalan mengunjungi Mamak Malaysia, yang turut menyediakan
perkhidmatan katering bagi beberapa Misi Tetap Asean ke Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan
atau perayaan masing-masing.
Selain itu, Mamak Malaysia juga memberi perkhidmatan kepada pejabat
NBC, PBB, Warner Brothers, Seamless, Tourism Malaysia dan pelbagai Misi
Tetap ke PBB dari Malaysia, Brunei dan Singapura.
Bendi goreng
Memandangkan perniagaannya semakin berkembang, Nani Rahayu turut
mendapatkan kerjasama Queens Economic Development Corporation untuk
membangunkan produk jenama syarikatnya bagi pasaran Amerika Syarikat.
Namun, ini tidak mudah kerana beliau perlu mematuhi prosedur ketat dan undang-undang negara itu dalam memasarkan produknya.
"Membuka restoran juga bukanlah senang kerana ia memerlukan kerja keras, perancangan dan komitmen tinggi.
"Keadaannya lebih sukar di luar negara memandangkan cabaran dan
halangan besar yang perlu saya hadapi...saya perlu tabah dan bersemangat
tinggi untuk melakukannya," kata Nani Rahayu ibu kepada anak lelaki
berusia 5 tahun dan anak perempuan berusia 3 bulan.
Untuk itu, beliau menggunakan media sosial seperti Facebook dan
Twitter bagi mempromosikan restorannya selain saling berhubung dengan
rakan dan pelanggannya.
Nani Rahayu berkata kemahiran keusahawanannya disemai sejak remaja
dengan menjual Mee Rebus Mamak semasa Hari Kantin di sekolahnya setiap
tahun.
"Ketika belajar di kolej pula, saya menjual burger. Perniagaan itu kemudian diteruskan adik saya di kampung," katanya.
Nani Rahayu dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran. Ibunya
berketurunan Punjabi dan India Muslim manakala bapanya, seorang guru,
dari keturunan Belanda, Thailand dan Nyonya.
Dibesarkan dalam masyarakat majmuk India, Melayu dan Cina di
Georgetown, Nani Rahayu didedahkan dengan dunia masakan asli Pulau
Pinang sejak berumur 10 tahun. -
BERNAMA
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01
111281452 (Selayang),
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar-
0183968580 (Lembah Pantai)
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra)
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka
Rahmat 0147266599 (Jasin)