Tuesday 20 June 2017

Bincang Harmanis Lepas Raya -FAMA


FAMA rangka pelan komprehensif bagi mengatasi masalah lambakan harumanis di Perlis.

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal mengadakan perjumpaan dengan petani dan agensi berkaitan di Perlis bagi berbincang mengenai masa depan pasaran buah tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, satu pelan pemasaran yang komprehensif perlu dirangka selepas FAMA menganalisis harga pasaran beberapa jenis buah mempelam lain di Lembah Klang baru-baru ini.
“Bagi memastikan pelan tersebut dapat dilaksanakan, kualiti harumanis perlu dijaga kerana ia berada dalam kelas tersendiri. Antara aspek yang perlu difokuskan ialah harumanis perlu dituai ketika ia matang bagi mengelak buah menjadi masam dan tidak enak.
“Pokok juga perlu diberi rawatan bebas daripada kulat untuk memastikan ia tidak cepat rosak,” kata beliau selepas majlis pelancaran Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal di Pasar Tani Bukit Angkasa di sini semalam.

No comments:

Post a Comment