Saturday 17 June 2017

Petani harumanis perlukan FAMA

 ABDULLAH memetik buah mempelam harumanis yang kini mengalami kejatuhan harga di Kampung Bongor Kudong, Sanglang semalam.



KANGAR – Kebanyakan petani mempelam harumanis di negeri ini menyatakan bahawa mereka memerlukan bantuan dan bimbingan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memasarkan buah yang menjadi ikon Perlis itu dengan lebih meluas.
Seorang petani, Abdullah Hassan, 55, dari Kampung Bongor Kudong, Sanglang dekat sini berkata, bantuan FAMA itu diperlukan kerana mereka tidak mempunyai cara terbaik untuk mempromosi dan menjual buah itu hingga menyebabkan berlaku lambakan di pasaran.
“Rata-rata pengusaha hanya mengharapkan peraih datang ke kebun untuk membeli buah dan ia menjadi antara punca berlakunya lambakan harumanis,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kebunnya di Kampung Bongor Kudong dekat sini semalam. (Kosmo!)

No comments:

Post a Comment